SlimFit Weigh Loss Coaching

SlimFit Weigh Loss Coaching Kami menyediakan platform untuk anda buat income RM600 sehari dengan teknik mudah melalui online sahaja.

Kami di Pena Qur'an memberikan bantuan khusus bagi mereka :-

1) Yang mencari guru pengajian Al-Quran di rumah atau di pejabat anda.

2) Yang hendak menambah mutu pembacaan al-Quran dengan memahami makhraj
huruf, hukum tajwid dan kaedah mudah membaca al-Quran.

3) Yang ingin menambah nilai orang lain dengan mengajarkan al-quran

4) Yang ingin mencari peluang perniagaan.

5) Yang hendak menc

ari keredhaan ALLAH dengan memberikan bantuan
sumbangan kepada anak-anak yatim/OKU dan Orang2 tua.

07/05/2012
TAHFIZ BUTA AL_QURAN : Mereka mengaku murid dan pelajar tahfiz ketika mengutip derma atau melakukan jualan amal kononnya...
07/05/2012

TAHFIZ BUTA AL_QURAN : Mereka mengaku murid dan pelajar tahfiz ketika mengutip derma atau melakukan jualan amal kononnya untuk membiayai pelajaran. Namun apabila didesak, mereka tidak fasih membaca al-Quran, malah lebih mengejutkan ada yang tidak boleh membaca kitab suci itu walaupun berusia 14 tahun.

BERSATULAH WAHAI SEMUA MUSLIM....
07/05/2012

BERSATULAH WAHAI SEMUA MUSLIM....

Apa tugas Malaikat Jibril kini?Sebagai orang ISLAM yg beriman ,kita tau bahwa tugas malaikat jibril menyampaikan wahyu k...
05/05/2012

Apa tugas Malaikat Jibril kini?

Sebagai orang ISLAM yg beriman ,kita tau bahwa tugas malaikat jibril
menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul,tapi apa yg dilakukan malaikat
Jibril sekarang??

ada 10 tugas malaikat jibril sekarang ini:

1. Mengangkat keberkahan dimuka bumi ini,orang tak ada lagi yg percaya namanya berkah.

2. Mengangkat cinta dihati para makhluk,maksudnya cinta yg suci karena Allah saja.

3. Mengangkat rasa kasih sayang dari para kerabat.

4. Mengangkat sifat rasa adil dari pemerintah.

5. Mengangkat sifat malu dari para perempuan ,sehingga mereka tak tau malu lagi dengan dandanan mencolok.

6. Mengangkat sifat sabar dari fakir miskin.

7. Mengangkat sifat pemurah dari orang-orang kaya.

8. Mengangkat sifat Wara' ulama sehingga ia menjual agamanya sendiri untuk kepentingan pribadinya sendiri.

9. Mengangkat Alquran(tidak ada lagi yg bisa membaca Alquran).

10. Diangkatnya Iman dari seluruh bumi ini yg akan menyegerakan kiamat.

Itulah tugas malaikat jibril,setelah lepas dari tugas menyampaikan wahyu.

Wahyu pertama dari ALLAH melalui Jibril Alaihis Salam merupakan Suatu Seruan penting kpd semua Manusia untuk mencari ILM...
02/05/2012

Wahyu pertama dari ALLAH melalui Jibril Alaihis Salam merupakan Suatu Seruan penting kpd semua Manusia untuk mencari ILMU sepanjang ZAMAN...

MENGAPA ANAK JADI DERHAKA?Khutbah Jumaat PilihanSidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita bertaqwa kepada Allah d...
30/04/2012

MENGAPA ANAK JADI DERHAKA?

Khutbah Jumaat Pilihan

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Iaitu melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Mudah- mudahan kita semua selamat di dunia mahupun di akhirat. Ingatlah muslimin sekalian bahawa keingkaran kita kepada Allah hanya akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Anak ialah anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya. Kehadirannya adalah lambang kebahagiaan dan juga lambang tanda kasih saying seorang suami dan isterinya. Sebab itulah anak atau zuriat yang lahir akan disebut sebagai cahaya mata. Ia cahaya yang akan mewarnai kehidupan sesebuah keluarga yang mana sudah pasti cahaya yang lahir darinya ialah cahaya harapan bagi kebahagiaan dan kegembiraan malah anak juga adalah kebanggaan kepada agama kita.

Antara faktor utama yang menjadikan anak-anak derhaka ialah kurangnya pendidikan agama dan kesedaran beramal dengannya. Amatlah malang sekiranya kita mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya tetapi bersikap buruk dan menderhaka kepada ibubapanya. Anak-anak yang dididik dengan dengan mementingkan kebendaan semata-mata akan menilai kehidupan ini dengan aspek kebendaan sahaja, mengira untung rugi dan mengejar kemewahan.

Sebab itu nanti akan muncul generasi yang beranggapan bahawa golongan orang tua khususnya ibubapa adalah sebagai beban dalam kehidupan mereka. Tiada kasih sayang atau belas ehsan tetapi yang difikirkan ialah bagaimana mahu melepaskan diri dari tangungjawab dan bebanan tersebut. Maka tidak hairanlah ada anak-anak yang sanggup menghantar ibubapa mereka ke rumah-rumah kebajikan. Malah yang menyedihkan ada juga tergamak meninggalkan ibubapa di tepi jalan kerana tidak sanggup menjaga kebajikan dan kehidupan mereka.

Sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa bermakna bakal mendapat layanan yang baik dari Allah SWT dan begitulah sebaliknya. Hakikat ini perlu diterima oleh kita semua kerana tanpa ilmu agama, sudah tentu untuk menangani gejala penderhakaan terhadap kedua ibubapa amatlah sukar. Sedarilah bahawa pedoman yang paling berkesan ialah pedoman daripada panduan yang digariskankan oleh Al-Quran dan As- Sunnah.

Apa juga usaha jika tidak mengikut ajaran agama maka hasilnya akan menjadi sia-sia. Pendekatan agama amat penting kerana akan melahirkan anak-anak yang beriman. Iman itu perlu dijaga dengan ibadah dan kedua- duanya akan melahirkan manusia yang bersifat Ihsan.

Pernah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a , seorang bapa mengadu tentang penderhakaan anaknya. Saidina Umar memanggil anak yang menderhakai bapanya dan bertanya apakah benar perkara tersebut berlaku serta mengingatkan budak itu tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Lalu budak itu bertanya kepada saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya?”. Saidina Umar menjawab “Benar”. Bertanya anak tersebut “Apakah hak ibubapa terhadap anak”. Saidina Umar Menjawab : “Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik dan mengajarnya Al-Quran”. Budak tersebut menyatakan tiada satu pun hak tersebut dipenuhi oleh bapanya. Lalu Saidina Umar bertanya kepada bapa anak yang mengadu tadi dengan katanya: “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu? Kamu telah menderhakinya sebelum dia menderhaki kamu”.


Kisah ini adalah sebagai iktibar kepada kita jika tidak mahu anak-anak kita menjadi seorang yang derhaka. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Sesungguhnya ibubapa adalah contoh tauladan dan guru yang akan mendidik dan turut mencorak sikap dan akhlak anak-anak mereka. Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi contoh kepada anak-anak. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Setiap anak dilahirkan dalam fitrah (islam).Ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi,nasrani atau majusi”. (Riwayat Al-Bukhari) Dalam hadis lain daripada Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda: “Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah pada mereka adab yang baik”. (Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat juga dikalangan ibubapa yang terlalu memanjakan anak- anak sehingga membiarkan anak-anak melakukan apa sahaja tanpa sekatan dan pemantauan yang selalunya tersasar dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh Islam. Kemanjaan seperti ini pasti mengundang kemusnahan dan yang paling menyedihkan adalah anak itu akan menyalahkan ibubapanya sendiri.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kejadian derhaka kepada ibubapa terlalu banyak menimbulkan penyakit sosial dalam masyarakat. Ianya bukan sekadar melibatkan kes seperti lari daripada rumah, berzina, penyalahgunaan dadah, penyelewengan akidah dan kadangkala berakhir dengan pembunuhan.

Kerosakan seperti inilah akan melemahkan ummah dan dinantikan oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan. Kelemahan inilah selalunya diambil kesempatan untuk mereka menyerap pelbagai serangan khususnya serangan pemikiran kepada umat Islam kerana sedar umat Islam yang dihimpit pelbagai masalah kehidupan memang mudah dipengaruhi dengan pelbagai dakyah. Malah dengan mengunakan pertubuhan-pertubuhan kebajikan mereka bergerak secara terancang dengan mendekati golongan atau mangsa anak-anak derhaka dengan memberi perhatian dan layanan yang boleh menggoncangkan iman.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Anak-anak adalah pelapis kepimpinan akan datang dan peneraju yang akan memastikan islam itu dimartabatkan. Oleh yang demikian semua pihak perlu bersepadu menangani masalah ini. Untuk menangani masalah ini mereka perlu diberi tarbiyah Islamiyah dan bimbingan untuk menyelesaikan masalah kehidupan khususnya dalam menghadapi serta menangani masalah mereka. Sudah tiba masanya kaedah Islam diambil dalam merawat penyakit yang sedang melanda umat manusia pada masakini.

Oleh itu, ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Antara peranan dan tanggungjawab ibubapa ialah:
>Pertama: Ibubapa hendaklah mengajar anak-anak dan ahli keluarga dengan pendidikan agama yang sempurna.
>Kedua : Ibubapa hendaklah menjadi model dan guru dalam membimbing keluarga.
>Ketiga : Ibubapa hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga dalam usaha menjadikan kehidupan yang selesa.
>Keempat: Ibubapa hendaklah berusaha membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mengikut cara hidup Islam.

Firman Allah SWT: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyususnya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu serta kepada Aku jua tempat kembali”. (Luqman: 14) Khutbah Jumaat - JAIS

Sumber : http://decemor.com

KUALA TERENGGANU – Pelupusan kitab suci al-Quran dan ayat-ayat al-Quran dalam semua bentuk seharusnya dilakukan mengikut...
29/04/2012

KUALA TERENGGANU – Pelupusan kitab suci al-Quran dan ayat-ayat al-Quran dalam semua bentuk seharusnya dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu ALLAH yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad Saw serta panduan hidup umat Islam hingga ke hari kiamat.
JHEAT: Tertib Lupus Al-Quran Lama

Namun, ramai yang mungkin masih belum tahu cara terbaik menguruskan ayat-ayat suci itu, apatah lagi jika al-Quran berkenaan sudah buruk atau terkoyak sehinggakan ada yang sekadar membiarkannya dalam almari, hingga semakin rosak dimakan tikus.

Malah, tidak dapat dinafikan tanpa sedar atau tidak ada yang sekadar melonggokkan al-Quran bersama buku-buku lain lalu kemudiannya dijual di pusat pengump**an barang terpakai, ataupun membakarnya begitu sahaja.

Bagaimanapun, usaha berterusan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Bahagian Penyelidikan, sedikit sebanyak mengubah senario berkenaan, sekali gus meningkatkan kesedaran komuniti di negeri ini agar sama-sama menjaga kesucian al-Quran dalam apa juga keadaan.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd Noor Mohamad berkata, kerja-kerja pelupusan al-Quran bermula daripada peringkat awal hingga akhir, tidak boleh dilakukan secara remeh sebaliknya mengikut panduan fatwa oleh Jabatan M***i Negeri Terengganu.

“Sebenarnya pelupusan al-Quran lama ini menjadi tanggungjawab individu, bagaimanapun didapati banyak al-Quran atau teks berkaitan tidak diuruskan dengan sewajarnya dan kita tidak ingin keadaan sebegini berterusan berlaku dalam masyarakat di negeri ini.

“Peranan JHEAT khususnya melalui Bahagian Penyelidikan diharapkan mengubah keadaan itu. Biasanya, al-Quran lama atau rosak ini diperoleh daripada individu, masjid ataupun Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu,” katanya.

Menurutnya, proses pelupusan al-Quran bermula daripada kerja-kerja pengasingan, merincih, membakar hingga pembuangan abu.

“Sepanjang proses dijalankan, setiap petugas disyaratkan berada dalam keadaan berwuduk, bebas daripada hadas dan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, proses berkenaan agak mengambil masa kerana ia dilakukan secara manual dan dengan usaha sendiri kakitangan Bahagian Penyelidikan juga telah mendapatkan tong serta merekabentuknya sebagai relau bagi kerja-kerja pembakaran.

“Proses peringkat pertama melibatkan pengasingan iaitu mengasingkan helaian al-Quran bagi memastikan ia diceraikan satu-persatu daripada kulitnya. Manakala, al-Quran yang basah akan dikeringkan terlebih dahulu.

“Seterusnya, peringkat merincih dan membakar. Kerja-kerja membakar helaian tersebut dilakukan dalam relau yang direka khas dan keadaan api akan dikawal dari masa ke masa bagi mengelakkan ketidaksempurnaan hasil pembakaran.

“Setelah petugas yakin setiap helaian tersebut betul-betul hangus dan menjadi abu iaitu tanpa meninggalkan sedikitpun kesan fizikal tulisan al-Quran, barulah abu berkenaan dikumpulkan untuk dimasukkan dalam karung plastik. Plastik ini p**a haruslah mengandungi dua lapisan,” katanya.

Menurutnya, tindakan selanjutnya ialah melupuskannya dan selain dibuang ke dalam laut, ia juga boleh ditanam tetapi ia tidak boleh dilakukan di lokasi sewenang-wenangnya, sebaliknya harus diambil kira beberapa faktor agar kawasan berkenaan tidak digali semula khususnya bagi tujuan pembangunan.

Penulis berpeluang mengikuti JHEAT ke Program Pelupusan al-Quran Lama dan Bahan-bahan Bercetak yang Mengandungi Teks al-Quran anjuran Bahagian Penyelidikan JHEAT yang melupuskan 200 kilogram abu al-Quran di perairan Terengganu, baru-baru ini.

Perjalanan sejauh kira-kira sembilan batu nautika menaiki kapal milik Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur bagaikan tidak terasa, apatah lagi program ketuai sendiri Mohd Nor selain kehadiran Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh.

Sumber : http://detikperubahan.com

Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun.Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu y...
29/04/2012

Anai-Anai Mengenali Kesucian Ayat Al-Quran Berusia 100 Tahun.

Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.

Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”

Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.

Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat

Daripada Saidina Ali r.a :

Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama p**a tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekump**an jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”

(Saidina Ali r.a)

Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Subhanallah, Wallahu’alam….

Petikan dari http://hasnulhadiahmad.com/

Serangga di Makan Oleh Tumbuhan
28/04/2012

Serangga di Makan Oleh Tumbuhan

Rahasia Mukjizat Al-Quran Situs Abduldaem Al-Kaheel

Mukjizat Al-Quran yang amat luas ilmunya..
28/04/2012

Mukjizat Al-Quran yang amat luas ilmunya..

Rahasia Mukjizat Al-Quran Situs Abduldaem Al-Kaheel

26/04/2012
Alangkah rindunya diriku bertemu mu Ya ALLAH....
26/04/2012

Alangkah rindunya diriku bertemu mu Ya ALLAH....

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SlimFit Weigh Loss Coaching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category