KGC gadget Store

KGC gadget Store Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KGC gadget Store, Mobile Phone Shop, Jalan Ks 2, Kampung Perenggan, Lunas.

06/08/2019
👉Nak tahu kenapa laptop anda SLOW dan problem⁉️5⃣ answer about computer knowledge you have to know:1. Perfomance speed b...
04/08/2019

👉Nak tahu kenapa laptop anda SLOW dan problem⁉️
5⃣ answer about computer knowledge you have to know:
1. Perfomance speed between hardisk & SSD you must know.
2. Always force shutdown the laptop become window problem and bluescreen.
3. Laptop always overheat and auto shutdown without service your laptop.
4. Open too a lot tab and program multitasking without add on ram become hang.
5. Software driver missing also become laptop no sound & wifi.

👆Ke atas kebanyakan orang tidak tahu laptop knowledge,jadi bagi orang repair terlalu mahal‼️
📌 Company kita provided professional technical support team dan experience atas 10 tahun.
📌 FREE checking your laptop without charges (even apa2 masalah).
📌 💯Service terjujur dan terbaik.
📌 Warranty included after repair.
Zaman sekarang laptop baru terlalu mahal,lepas repair dan upgrade , laptop speed serupa baru.

Beza antara RAM DDR4 dengan DDR3 dari segi SpesifikasiBilangan RAM DDR4 di pasaran kini semakin bertambah sungguhpun RAM...
04/08/2019

Beza antara RAM DDR4 dengan DDR3 dari segi Spesifikasi

Bilangan RAM DDR4 di pasaran kini semakin bertambah sungguhpun RAM DDR3 masih lagi digunakan oleh sebahagian pengguna PC di Malaysia. Berdasarkan situasi ekonomi semasa, tidak menghairankan masih ada lagi pengguna-pengguna yang memilih untuk kekal menggunakan sistem komputer yang menggunakan memori DDR3.

Pun begitu, harga DDR4 2400 berspesifikasi bajet kini sudah tidak jauh bezanya dengan DDR3 1600. Misalnya, harga untuk RAM 8GB DDR4 2400 adalah sekitar RM329, manakala RAM 8GB DDR3 1600 p**a adalah sekitar RM309.


Namun, untuk menggunakan RAM DDR4, pengguna perlu menukar keseluruhan papan induk berserta cip pemprosesannya sekali. Hal ini tentunya memerlukan kos yang lebih besar untuk menaik taraf spesifikasi perkakasan.

Untuk jangka panjang, penggunaan DDR4 masih lagi mendatangkan kelebihan buat pengguna yang menaik taraf memori sistem komputer masing-masing sementara menantikan pengeluaran DDR5. Terdapat keunikan tersendiri pada DDR4 yang memberikannya kelebihan berbanding DDR3. Antaranya;

Voltan yang lebih rendah
Pertama sekali, DDR4 boleh dioperasikan pada voltan yang lebih rendah berbanding DDR3, di mana ia dioperasikan pada 1.2 volt, berbanding 1.5 volt pada DDR3. Beza voltan ini tidak mendatangkan perbezaan yang besar bagi pengguna PC biasa di rumah.

Namun, perbezaan ini memberikan kesan yang besar terhadap pusat-pusat data yang memerlukan kapasiti RAM yang lebih besar serta jumlah komputer pelayan yang lebih banyak.

Kadar pemindahan data
Perbezaan ketara lain di antara DDR4 dengan DDR3 adalah dari segi kelajuannya. Spesifikasi DDR3 bermula dari 800 MT/s (Jutaan per saat atau Millions of Transfers per second) hingga 2133. Manakala bagi DDR4 p**a, ia bermula 2133 dan untuk model berprestasi tinggi, ia menawarkan sehingga 2666. Peningkatan kelajuan ini memberi makna peningkatan terhadap lebar jalur secara keseluruhannya.

Peningkatan kelajuan bagaimanapun turut mempengaruhi tahap kependamannya (latency). Cuma, kependaman pada DDR4 ini telah ditutupi dengan peningkatan kelajuan klok. Menjadikannya hampir sama dengan tahap kependaman pada memori DDR2 dan DDR3.


DDR3-1600 dioperasikan pada kependaman CL11, yang memerlukan 13.75 nanosaat untuk memulakan aktivitibaca. DDR4-2133 p**a pada CL15 dan memerlukan masa sebanyak 14.06 nanoseconds untuk mula membaca.

Keseluruhannya
Perbezaan di antara memori DDR3 dan DDR4 mampu menawarkan prestasi yang berbeza terutamanya terhadap sistem komputer berspesifikasi permainan. Untuk jangka panjang, penggunaan DDR4 mampu memberikan ruang yang lebih besar buat pengguna untuk menaik taraf perkakasan sistem komputer pada masa akan datang.

Ingat kereta ja ka boleh buat kelajuan? Laptop pon boleh.- Upgrade Ram 4gb ddr4.- Upgrade SSD 480gb.- Install Second HDD...
04/08/2019

Ingat kereta ja ka boleh buat kelajuan? Laptop pon boleh.

- Upgrade Ram 4gb ddr4.
- Upgrade SSD 480gb.
- Install Second HDD Caddy 500gb.

Terima kasih support geng.

PEMPROSES AMD KALAHKAN INTELPENGUASAAN perkongsian pasaran untuk pemproses konvensional bukan lagi milik Intel sebalikny...
04/08/2019

PEMPROSES AMD KALAHKAN INTEL

PENGUASAAN perkongsian pasaran untuk pemproses konvensional bukan lagi milik Intel sebaliknya sudah didominasi pesaing terdekat mereka iaitu Advanced Micro Devices (AMD).

Kemunculan pemproses keluaran AMD generasi Ryzen pada dua tahun lalu memberi kejayaan besar kepada syarikat berkenaan kerana mampu ‘menundukkan’ Intel.

Faktor penawaran cip Ryzen yang lebih murah berbanding Intel menjadi pendorong utama selain daripada kuasa prestasi yang ditawarkan sudah mengatasi Intel sejak pelancaran Ryzen Generasi 3000 beberapa bulan lalu.

Intel sendiri sudah mengakui mereka terpaksa akur dengan penguasaan AMD terutama dalam segmen pemproses binaan 7nm.

Menerusi satu laporan menyatakan kejayaan AMD menghasilkan pemproses daripada binaan 7nm adalah garis pengukur dominasi syarikat itu dan kini, Intel sudah ketinggalan dua tahun ke belakang dalam aspek ‘tahun teknologi’.

AMD Ryzen 3000 memperlihatkan peningkatan jualan yang sangat ketara malah pemproses syarikat itu semakin diterima umum apabila memberikan prestasi yang lebih baik berbanding Intel.

Pemproses AMD Ryzen berjaya menewaskan kedudukan pasaran Intel dalam dua hari apabila ia dilancarkan bagi segmen pasaran Asia.

Ketika pemproses jenis itu dilancarkan pada hari pertama, berlaku peningkatan jualan sebanyak 48.72 peratus manakala hari kedua, ia sudah berjaya mengatasi jualan Intel dengan 52.36 peratus berbanding Intel yang mencatatkan jualan 46.64 peratus saja.

Ketua Pegawai Eksekutif AMD, Dr Lisa Su dalam satu temu bual menyatakan kejayaan AMD menghasilkan pemproses daripada binaan 7nm adalah satu kejayaan besar dan ia sangat bersejarah.

Lisa turut membayangkan AMD bakal melancarkan pemproses kelas prestasi miliknya iaitu ‘Treadripper’ pada tahun ini dengan menggunakan struktur binaan pemproses yang sama iaitu 7nm.

“Saya tidak pernah menyatakan pemproses Treadripper akan dihentikan cuma kita melihat sesuatu yang baru daripada Threadripper.

“Anda semua akan melihat lebih banyak lagi Threadripper selepas ini terutama dalam segmen desktop kelas premium dan kami menjanjikan lebih banyak Threadripper,” katanya.

10 Jenama Komputer Terbaik Di DuniaPengeluar - pengeluar komputer sentiasa berusaha untuk memastikan jenama komputer rib...
04/08/2019

10 Jenama Komputer Terbaik Di Dunia

Pengeluar - pengeluar komputer sentiasa berusaha untuk memastikan jenama komputer riba atau komputer mereka mampu mengekalkan reputasi dari segi kualiti dan nilai kepada pelanggan.

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai jenama komputer terbaik yang telah menyerang pasaran dan bersaing dalam penambahbaikan dari segi kebolehpercayaan dan kualiti.

Di bawah ini diberikan sebahagian daripada jenama komputer terbaik dan anda boleh nilai sendiri yang bersesuaian untuk anda dan juga keluarga anda.

1. Apple


Apple adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Syarikat multinasional Amerika ini, sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam revolusi PC dan adalah salah satu jenama komputer yang paling digemari di dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Cupertino,California. Sebagai salah satu jenama komputer terbaik di dunia, firma ini membantu dalam membangunkan, merekabentuk dan menjual komputer peribadi, peralatan elektronik, perisian komputer dan lain-lain. Antara yang peranti terbaik keluaran firma ini adalah iPad, komputer Mac, telefon pintar iPhone, peranti media iPod, dan lain-lain.
Diasaskan oleh Ronald Wayne, Steve Jobs, dan Steve Wozniak pada April 1, 1976 , firma ini telah dicipta untuk menjual dan membangunkan PC. Pada 3 Januari 1977, ia menggabungkan sebagai Apple Computer Inc. dan kemudiannya telah ditukar nama kepada Apple Inc. Berada di ranking ke-9 di The Fortune 2016 Global 500.
2. Dell

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat multinasional berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga merupakan firma teknologi komputer yang menonjol. Ia beribu pejabat di Round Rock Texas. Pekhidmatan utama syarikat ini ialah ia membekal dan memberi khidmat bantu membaiki komputer. Firma ini dinamakan sempena pengasasnya Micheal Dell dan dianggap salah satu firma teknologi yang terbesar di dunia. Memiliki seramai 103 ribu pekerja yang bekerja di seluruh dunia dalam firma ini.

3. Asus

Ini adalah salah satu jenama komputer yang terbaik di dunia. Asus disebut sebagai Asus Inc. adalah sebuah syarikat multinasional firma elektronik dan perkakasan Taiwan. Ia terletak di Daerah Beitou Taipei Taiwan. Firma ini menawarkan produk yang berkaitan dengan netbook, komputer peribadi, komputer riba, LCD / panel LED, peranti rangkaian, telefon pintar, monitor, motherboard, hard disk, kad grafik, produk multimedia, server, komputer tablet, workstation dan lain-lain.

4. Lenovo


Lenovo boleh menjadi pilihan yang baik. Ini adalah salah satu jenama komputer terbaik dan yang dipercayai. Pada asasnya, ia adalah sebuah firma komputer multinasional China. Ia terletak di Beijing ,China dan mempunyai beberapa pejabat di Amerika Syarikat seperti di North Carolina, Morrisville, dan lain-lain. Ia menawarkan perkhidmatan mengilang, reka bentuk, menjual dan membangunkan telefon pintar, PC, tablet, workstation, server, smart tv, peranti simpanan elektronik, perisian pengurusan Teknologi Maklumat, dan lain-lain
Adakah anda tahu bahawa pada tahun 2013, Lenova dianggap sebagai salah satu vendor PC peribadi yang terbesar dari segi jualan unit?
5. MSI

MSI ( Micro-Star International Co.Ltd.) adalah syarikat teknologi maklumat multinasional Taiwan yang beribu pejabat di New Taipei City, Taiwan. Ia membentuk, membangun dan menyediakan perkakasan komputer, produk dan perkhidmatan berkaitan komputer riba, papan induk, kad grafik, All-in-One PC, server, komputer , perisian dan lain-lain

Syarikat ini tersenarai di papan utama Bursa Saham Taiwan dan ditubuhkan pada tahun 1986 oleh 5 orang pengasas iaitu Hsu Xiang (aka Joseph Hsu), Huang Jinqing (aka Jeans Huang), Lin Wentong (aka Frank Lin), Yu Xian'neng (aka Kenny Yu) dan Lu Qilong (aka Henry Lu). Pertama kali memulakan perniagaan di Taiwan , MSI kemudian berkembang ke tanah besar China di Shenzhen pada tahun 2000 dan membina pejabat penyelidikan dan pembangunan di Kunshan pada tahun 2001. Ia juga menyediakan perkhidmatan waranti global di Amerika Utara, Tengah / Amerika Selatan, Asia, Australia dan Eropah.
6. HP (Hewlett-Packard)

Kebanyakan kita ragu- ragu apakah komputer yang terbaik untuk dibeli. HP juga antara salah satu jenama komputer terbaik di dunia. Ia adalah sebuah syarikat IT multinasional berpangkalan di Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Palo Alto,California. Ia menyediakan perkhidmatan perkakasan dan perisian untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, pengguna dan juga kepada syarikat-syarikat besar yang menjalankan perniagaan di sektor kerajaan, pendidikan dan kesihatan. Berada di ranking ke-48 di The Fortune 2016 Global 500.

7. Microsoft

Microsoft Corporation biasanya dirujuk sebagai Microsoft atau MS adalah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Redmond, Washington. Lebih pop**ar dengan penjualan sistem operasi komputer Microsoft Windows. Produk perkakasan pop**arnya adalah Xbox (konsol permainan video) dan Microsoft Surface (tablet pc). Sehingga sekarang, ia adalah pembuat perisian terbesar di dunia dan salah satu syarikat yang paling berharga di dunia.

Microsoft diasaskan oleh Paul Allen dan Bill Gates pada 4 April 1975, untuk membangunkan dan menjual BASIC jurubahasa untuk Altair 8800 . Ia meningkat untuk menguasai pasaran sistem operasi komputer dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an, diikuti oleh Microsoft Windows.

8. Acer

Ia juga dirujuk sebagai Acer Inc. Acer adalah sebuah firma elektronik dan perkakasan multinasional Taiwan yang beribu pejabat di Xizhi,Taipei. Ia menawarkan perkhidmatan mengilang, reka bentuk, menjual dan membangunkan telefon pintar, PC, tablet, workstation, server, smart tv, peranti simpanan elektronik, perisian pengurusan Teknologi Maklumat, dan lain-lain. Di samping itu, ia memberi perkhidmatan e-perniagaan untuk pengguna, perniagaan, kerajaan, dan lain-lain. Pada tahun 2013, Acer telah dianggap sebagai vendor PC keempat terbesar di seluruh dunia.

9. Samsung

Ia mula dikenali sebagai Samsung Group dan pada awal penubuhannya, ia telah bermula sebagai salah satu daripada firma jualan peralatan elektronik utama dunia. Firma ini dianggap sebagai jenama komputer terbaik di dunia dan merupakan syarikat multinasional Korea Selatan. Syarikat ini beribu pejabat di Samsung Town, Seoul.
Ia mempunyai pelbagai anak syarikat dan bersatu dibawah satu jenama Samsung yang mengabungkan pelbagai jenis perniagaan dan dianggap salah satu chaebol Korea Selatan yang paling besar.
10. Toshiba

Toshiba juga dirujuk sebagai Toshiba Corporation. Firma ini adalah syarikat elektronik dan konglomerat kejuruteraan multinasional Jepun. Ia beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Produk-produk dan perkhidmatan dari firma ini terdiri daripada peranti elektronik, sistem komunikasi dan peralatan, sistem kuasa, bahan-bahan, sistem infrastruktur sosial dan industri, peralatan perubatan, peralatan pejabat, peralatan rumah, lampu, logistik, dan lain-lain.

Laptop slow? selalu heng? mai upgrade 2 benda ni. insyallah performance laptop akan terasa laju.ddr4 Ram4gb+original lap...
01/08/2019

Laptop slow? selalu heng? mai upgrade 2 benda ni. insyallah performance laptop akan terasa laju.

ddr4 Ram4gb+original laptop 4gb.
Ssd 480gb 10x lagi laju dari hdd biasa.

Laptop too slow? When u open multi program will jam or not responding? Or too many startup program?“ that’s why we need ...
01/08/2019

Laptop too slow? When u open multi program will jam or not responding?
Or too many startup program?
“ that’s why we need more ram “

Upgrade Now

01/08/2019

Apple's macOS Mojave is now in beta, but will it work on your machine?

01/08/2019

The update, previously codenamed 19H1, is a lightweight update in terms of forward-facing features that consumers will notice.

“WHY WE NEED SSD???”Bcos “ FASTER EVERYTHING ““Faster boots and faster program loads compared to a hard drive.”Imagine c...
01/08/2019

“WHY WE NEED SSD???”
Bcos “ FASTER EVERYTHING “

“Faster boots and faster program loads compared to a hard drive.”

Imagine clicking on a program and having it load immediately. That’s the power of an SSD. SSDs also enable “instant on” performance — the ability for your system to boot almost immediately. Since SSDs don’t have to mechanically seek out data on a moving platter (as a hard drive does), they help your system achieve instant-on performance.

“Faster backups, faster antivirus full system scans, faster everything!”

The improved data access capabilities of an SSD allow you to toggle multiple programs with ease. From backing up your data to running antivirus system scans to accessing apps, websites and playlists, an SSD enables you to multitask like a pro — with little to no lag time.

—Share from crucial web

01/08/2019

A follow-up to Google's premium Chromebook, the Pixelbook, is long overdue. Here's everything we know about the Pixelbook 2 and what we hope to see.

Address

Jalan Ks 2, Kampung Perenggan
Lunas
09000

Telephone

0174602105

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KGC gadget Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KGC gadget Store:

Share