11/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan di Subang, Shah Alam dan kawasan sekitar atas kepercayaan serta sokongan yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan perkhidmatan membaiki TV sebelum ini.
Untuk makluman, saya telah berpindah ke Ipoh, Perak atas urusan peribadi. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan repair TV di kawasan Shah Alam tidak lagi dapat diteruskan buat masa ini.
Kini, saya hanya menyediakan perkhidmatan membaiki TV di sekitar Ipoh dan kawasan berhampiran sahaja. Kepada pelanggan di Ipoh yang memerlukan servis seperti pemeriksaan, baik pulih, atau nasihat berkaitan TV, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya.
Saya amat menghargai segala sokongan yang telah diberikan sebelum ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang proses peralihan ini.
Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan anda semua π
Semoga kita dapat berurusan lagi di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.