Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON *Kemudahan Internet secara kolektif
*Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar

09/08/2026

Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang menawarkan pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran dilihat mampu membantu meringankan beban ibu bapa, khususnya keluarga yang mempunyai ramai anak.

08/07/2026

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, memudahkan urusan harian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Orang ramai boleh merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tepat.


08/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπŒπ”ππˆπ’π€π’πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ“’

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluas pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) bagi perlindungan tambahan terhadap demam campak dan rubella sepanjang tahun 2026. πŸ©ΊπŸ’‰

βœ… Siapakah yang layak?
πŸ”Έ Belum pernah mendapatkan suntikan MR dalam tempoh 4 Ogos 2025 – 1 Disember 2025
πŸ”Έ Tidak melebihi usia 7 tahun semasa mengambil suntikan vaksin MR
πŸ”Έ Tarikh tutup slot vaksinasi: 31 Disember 2026 ⏰

πŸ“ Bagaimana untuk mendapatkan imunisasi?
1️⃣ Janji temu melalui aplikasi MySejahtera;
2️⃣ Janji temu di Klinik Kesihatan KKM; atau
3️⃣ Walk-in ke Klinik Kesihatan KKM.

Lindungi anak-anak kita, mulakan langkah hari ini πŸ§’πŸ»πŸ‘§πŸ»πŸ’™

Pengesahan umur di media sosial jadi β€œperisai digital” kekang jenayah siber terhadap kanak-kanak.
06/06/2026

Pengesahan umur di media sosial jadi β€œperisai digital” kekang jenayah siber terhadap kanak-kanak.

Hari Belia Negara 2026 dengan tema β€œMenggerak Belia” telah berlangsung selama 3 hari bermula 15-17 Mei 2026 bertempat di...
18/05/2026

Hari Belia Negara 2026 dengan tema β€œMenggerak Belia” telah berlangsung selama 3 hari bermula 15-17 Mei 2026 bertempat di D’Tempat Country Club, Sendayan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan.

Dalam ucapan yang disampaikan, penekanan diberikan kepada peranan anak muda dan golongan belia sebagai aset penting negara. Kerajaan mahu melihat anak muda tampil ke hadapan, berani mencipta peluang serta terus melibatkan diri dalam pelbagai bidang demi masa depan negara yang lebih baik.

NADI Negeri Sembilan turut sama menjayakan program Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan dengan mendekatkan NADI dengan pengunjung supaya lebih mengenali dan cakna peranan NADI di komuniti mereka.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program termasuk Pendaftaran ahli NADI, pameran, kuiz dan aktiviti interaktif serta sesi taklimat ringkas berkaitan isu keselamatan dalam talian dan literasi digital. Turut juga diperkenalkan 5 Teras Perkhidmatan Pintar NADI.

Terima kasih MCMC dan petugas-petugas NADI Kluster Seremban, Kuala Pilah, Tampin, Jempol dan Rembau yang turut sama menjayakan HBN ini selama 3 hari berturut-turut.





08/03/2026

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT

πŸ“† 7 Mac 2026
⏰ 2.00 pm - 6.00 pm
πŸ“ Bazar Ramadan Metropark Sendayan

Kerajaan MADANI terus memperkukuh keselamatan dalam talian menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2.0 yang dipergiat di seluruh negara.

Kempen ini merupakan usaha strategik bagi membina masyarakat celik digital di samping mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja.

πŸ“’ GUIDANCE TUITION JANUARI 2026: TINGKATAN 4 πŸ“’Tahun baharu, semangat baharu! Jom mulakan sesi persekolahan 2026 dengan l...
05/01/2026

πŸ“’ GUIDANCE TUITION JANUARI 2026: TINGKATAN 4 πŸ“’

Tahun baharu, semangat baharu! Jom mulakan sesi persekolahan 2026 dengan langkah kanan bersama DILEA Tuisyen Rakyat.

πŸ“š Subjek: Matematik Tingkatan 4
πŸ—“οΈ Tarikh: 5 Januari 2026
πŸ’‘ Hari: Isnin
πŸ•ž Masa: 3.30 PM – 4.30 PM

RM2.7 bilion lesap akibat scam dalam talian.Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menuntut platform lebih bertanggun...
05/01/2026

RM2.7 bilion lesap akibat scam dalam talian.

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menuntut platform lebih bertanggungjawab untuk lindungi pengguna.

Hentikan penipuan. Keselamatan digital mesti diperkukuh.


16/12/2025

πŸ“£ NADI KINI ADA APLIKASI!
Semua urusan jadi lebih mudah di hujung jari anda.

Daftar sebagai Ahli NADI dan nikmati pelbagai kemudahan melalui Aplikasi Ahli NADI. Lebih pantas, lebih mudah, semuanya dalam satu aplikasi.

Antara kemudahan yang tersedia
βœ”οΈ Tempahan penggunaan PC di NADI
βœ”οΈ Carian lokasi NADI terdekat
βœ”οΈ Kemas kini maklumat keahlian
βœ”οΈ Pemantauan rekod kesihatan
βœ”οΈ Makluman dan pengumuman rasmi NADI

πŸ“₯ Muat turun Aplikasi Ahli NADI sekarang

iOS (App Store)
https://apps.apple.com/my/app/nadi-member/id6753041480

Android (Google Play)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nadi.nadi_member_2

Aktifkan akaun anda dan mula manfaatkan perkhidmatan digital NADI hari ini.

Address

Balairaya, Jalan Dato Shaharadan, Kampung Felda LB Johnson
Labu
71760

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162130426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg LB JOHNSON:

Shortcuts

Share