Balai Polis Hi-Tech

Balai Polis Hi-Tech Facebook rasmi Balai Polis Hi-Tech

12/01/2022
MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.
25/12/2021

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KRISMAS TAHUN 2021

Salam sejahtera.

Bersempena dengan perayaan Hari Krismas 2021, saya dan keluarga serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga PDRM serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

Semoga perayaan Krismas tahun ini diraikan dengan lebih meriah dan harmoni dalam kesepakatan kita menjunjung nilai-nilai murni masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Marilah kita sama-sama bersatu hati untuk terus memelihara perpaduan serta mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi di tanah air ini. Sesungguhnya keutuhan silaturahim di antara kaum, sikap kebertanggungjawaban dan kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia amat membantu usaha PDRM untuk memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan negara.

Dalam kemeriahan dan keriangan menyambut Krismas, sama-samalah kita beringat dan jangan sesekali alpa untuk terus kekal mematuhi protokol kesihatan yang masih berkuat kuasa. Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR”

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara

25/12/2021

DIG DATO’ RAZARUDIN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN KPN KE-28

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan DIG Dato’ Razarudin Husain sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu yang ke-28 berkuat kuasa mulai 26 Disember 2021.

Sebagai makluman, Dato’ Razarudin Husain dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Zainah Othman.

Siswa Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini pernah diamanahkan pelbagai jawatan penting dalam Pasukan.

Antaranya Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Komander Special Task Force on Organised Crime (STAFOC), Timbalan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perak sebelum dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9 September 2020.

Sekali lagi bagi pihak warga Pasukan, kami mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara buat DIG Dato’ Razarudin Husain!





#24122021

TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA ATAS PENERIMAAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN P.M.N.  #13112021
13/11/2021

TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA ATAS PENERIMAAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN P.M.N.


#13112021

TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA ATAS PENERIMAAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN P.M.N.

Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri.

Ketua Polis Negara telah menerima P.M.N. dalam Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.


#13112021

INFOGRAFIK : TALIAN TELEFON KONTINJEN DAN DAERAH SEBAGAI RUJUKAN UNTUK PESARA POLIS / BEKAS POLIS / PETUGAS POLIS ERA DA...
16/10/2021

INFOGRAFIK : TALIAN TELEFON KONTINJEN DAN DAERAH SEBAGAI RUJUKAN UNTUK PESARA POLIS / BEKAS POLIS / PETUGAS POLIS ERA DARURAT SERTA WARIS.

Infografik talian telefon seperti paparan boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM. Anda juga boleh melayari pautan berikut : https://epesara.rmp.gov.my.

Sumber : Jabatan Pengurusan PDRM

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA Pengumuman Kebenaran Merentas Negeri.
10/10/2021

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA

Pengumuman Kebenaran Merentas Negeri.

"INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN"(Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali)Ketua Polis Kedah serta seluruh warga ...
30/08/2021

"INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN"
(Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali)

Ketua Polis Kedah serta seluruh warga PDRM Kontinjen Kedah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis Allahyarham D/Sjn 117376 Bahari Bin Mat Kesa yang telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2021 jam 8 pagi.

Tugas terakhir Allahyarham di Cawangan D9, BSJ IPD Kulim.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

KETUA POLIS NEGARA TURUN PADANG MENYEMPURNAKAN OP BANTU DI DAERAH KULIMKULIM, 26 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara, YDH IG ...
26/08/2021

KETUA POLIS NEGARA TURUN PADANG MENYEMPURNAKAN OP BANTU DI DAERAH KULIM

KULIM, 26 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara, YDH IG Dato' Sri Acryl Sani Bin Hj. Abdullah Sani berbesar hati untuk turun padang menyempurnakan Program Op Bantu di Daerah Kulim, hari ini.

Sebanyak 56 buah rumah telah menerima sumbangan melalui program yang diadakan pada hari ini.

YDH IG Dato' Sri Acryl Sani telah mengunjungi 5 buah rumah yang melibatkan rumah asnaf dan pesara PDRM.

Di kesempatan itu juga, YDH IG Dato' Sri Acryl Sani turun menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), Sijil dan mock check One Off RM500 kepada SM (B) Othman. Sarjan Mejar (B) 23739 Othman Bin Senawi yang berusia 91 tahun. Beliau telah bersara pada 7 September 1985.

Hadir sama, YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat, Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato' Othman Bin Nanyan, Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Dato' Roze Bin Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah, Ketua-ketua Jabatan Kedah, dan Pegawai-Pegawai Kanan daerah Kulim.



  DEGIL TAK NAK BERHENTI DI SJR Tindakan tiga lelaki yang sengaja tidak mahu memberhentikan kereta ketika ditahan dalam ...
25/08/2021

DEGIL TAK NAK BERHENTI DI SJR

Tindakan tiga lelaki yang sengaja tidak mahu memberhentikan kereta ketika ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan sebuah bank di Jalan Serdang, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, pegawai polis berkenaan memberi isyarat kepada pemandu kereta dinaiki suspek supaya memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.

TEKAD PERKHIDMATAN AWAM.Sumber :-Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
16/08/2021

TEKAD PERKHIDMATAN AWAM.

Sumber :-
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

TEKAD PERKHIDMATAN AWAM

SYARIKAT PEMBINAAN LANGGAR SOP DIKOMPAUN RM50,000KULIM : Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah sy...
13/07/2021

SYARIKAT PEMBINAAN LANGGAR SOP DIKOMPAUN RM50,000

KULIM : Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah syarikat pembinaan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh di kawasan perindustrian Padang Meha, di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 1 petang itu mendapati lebih 200 pekerja yang kebanyakannya warga asing sedang melakukan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang.

“Syarikat terbabit didapati mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur pembinaan iaitu pembinaan empangan, saliran dan pembentungan.

“Bagaimanapun kita mendapati syarikat itu menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang yang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Kata beliau, selain itu, syarikat tersebut juga didapati melakukan kesalahan lain antaranya gagal memastikan kehadiran pekerja 60 peratus apabila seramai 220 pekerja hadir berdasarkan rekod buku kehadiran dan tidak menyediakan laluan keluar masuk.

“Polis juga mendapati tiada penjarakan fizikal di tapak pembinaan berkenaan,” ujarnya.

Kamarul Zaman memberitahu, seramai 41 pekerja ditahan dan selebihnya dipercayai sempat melarikan diri.

“Kesemua pekerja warga asing yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut bagi menyemak sama ada mereka mempunyai dokumen sah berada di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 836 kilang, tapak pembinaan dan asrama di seluruh negeri ini telah diperiksa dengan 78 kompaun dikeluarkan sejak 26 Julai lalu hingga semalam.

Sumber : Utusan Malaysia.

KULIM: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah syarikat pembinaan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh di kawasan perindustrian Padang Meha, di sini hari ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 1...

Address

Kulim
09000

Telephone

+6044031222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Hi-Tech posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share