PKNP Agro-Tech SDN BHD

PKNP Agro-Tech SDN BHD Anak Syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

πŸŒ™ ✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Mengenang kepu...
24/08/2026

πŸŒ™ ✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Mengenang keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan tekad untuk terus memperkukuh ukhuwah, memelihara keharmonian, dan menyuburkan nilai-nilai murni dalam sanubari demi kesejahteraan ummah dan negara.

Kain pelikat hiasan jejaka,
Dipakai indah ke tepi laman,
Selawat dan salam tanda cinta,
Menjadi penyelamat akhir zaman.

Pokok selasih tumbuh melata,
Daunnya subur di tepi perigi,
Hidupkan sunnah di dalam jiwa,
Lambang cinta yang amat tinggi.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja PKNP Agro-Tech Sdn Bhd

PENGURUSAN AIR DI TANAH GAMBUTPada 12 Ogos 2026, satu program perkongsian ilmu yang bertajuk Pengurusan Air di Tanah Gam...
14/08/2026

PENGURUSAN AIR DI TANAH GAMBUT

Pada 12 Ogos 2026, satu program perkongsian ilmu yang bertajuk Pengurusan Air di Tanah Gambut telah diadakan di AnCasa Royale, Pekan, Pahang.

Program perkongsian ilmu ini dikendalikan oleh Ahli Agronomi dari LKPP Corp. Peserta yang terlibat dalam program ini ialah kakitangan Ladang Ganchong, Ladang Sebayan, Unit Teknikal dan juga Unit Ladang. Selain itu, Encik Rahmat bin Hussin selaku Pengurus Besar turut hadir bersama dalam program ini.

Semoga dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dapat meningkatkan kemahiran pengurusan air di ladang masing-masing.

13/08/2026
πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ - π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-67 Kebawah Duli Paduk...
31/07/2026

πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ - π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448 Hijrah.

β€œSemoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melanjutkan usia Baginda Tuanku serta dikurniakan keafiatan untuk terus memerintah Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh adil, sasa dan sejahtera.”

Sembah Takzim daripada,
Seluruh Warga Kerja PKNP Agro-Tech Sdn Bhd

KENYATAAN IKLAN SEBUT HARGA :1) MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJA JENIS COMPOUND (N : 8%, P: 5%, K: 24% + 2MgO + 0.5B) BAGI K...
27/07/2026

KENYATAAN IKLAN SEBUT HARGA :

1) MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJA JENIS COMPOUND (N : 8%, P: 5%, K: 24% + 2MgO + 0.5B) BAGI KEGUNAAN DI FASA 3 DAN 4 LADANG PKNP MUKIM GANCHONG, PEKAN, PAHANG (PUSINGAN 3 TAHUN 2026).

Tarikh & Tempat Dokumen Boleh Didapati:

(28.07.2026 - 07.08.2026)

PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd.
Tingkat 4, Bangunan PKNP,
Jalan Besar,
25000 Kuantan, Pahang.

Tarikh & Waktu Tutup Sebut Harga:

Sebelum atau pada 10.08.2026 (Isnin) jam 12.00 tengahari

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat (8.30 pagi - 5.30 Petang)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Teknikal
di Talian 09-5159169

*Pejabat PKNP Agro-Tech ditutup pada 31 Julai 2026 (Jumaat) sempena CUTI HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG.

HARGA SENASKAH : RM50.00 (TUNAI SAHAJA)

Notis dikeluarkan : 27 Julai 2026

~TEAM BUILDING | ANJUNG JANDA, JANDA BAIK~Pada 15 dan 16 Jun 2026, satu program Team Building telah diadakan di Anjung J...
24/06/2026

~TEAM BUILDING | ANJUNG JANDA, JANDA BAIK~

Pada 15 dan 16 Jun 2026, satu program Team Building telah diadakan di Anjung Janda, Janda Baik, Pahang. Program ini melibatkan seramai 29 orang peserta terdiri daipada kakitangan ibu pejabat dan kakitangan dari ladang-ladang PKNP Agro-Tech Sdn Bhd. Turut hadir di program ini ialah Pengurus Besar iaitu Encik Rahmat bin Hussin.

Semoga hasil daripada program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan, semangat kerjasama yang semakin meningkat dan dapat memupuk kepercayaan sesama kakitangan.

KENYATAAN IKLAN SEBUT HARGA :1) MENJALANKAN KERJA-KERJA MENCUCI DAN MENDALAMKAN PARIT DI LADANG PKNP MUKIM GANCHONG, PEK...
22/06/2026

KENYATAAN IKLAN SEBUT HARGA :

1) MENJALANKAN KERJA-KERJA MENCUCI DAN MENDALAMKAN PARIT DI LADANG PKNP MUKIM GANCHONG, PEKAN, PAHANG.

Tarikh & Tempat Dokumen Boleh Didapati:

(23.06.2026 - 03.07.2026)

PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd.
Tingkat 4, Bangunan PKNP,
Jalan Besar,
25000 Kuantan, Pahang.

Tarikh & Waktu Tutup Sebut Harga:

Sebelum atau pada 06.07.2026 (Isnin) jam 12.00 tengahari

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat (8.30 pagi - 5.30 Petang)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Teknikal
di Talian 09-5159169

HARGA SENASKAH : RM50.00 (TUNAI SAHAJA)

Notis dikeluarkan : 22 Jun 2026

πŸŒ™βœ¨SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H βœ¨πŸŒ™Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam.Berinspirasikan semangat hijrah yang...
16/06/2026

πŸŒ™βœ¨SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H βœ¨πŸŒ™

Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam.

Berinspirasikan semangat hijrah yang membawa perubahan ke arah kebaikan, semoga tahun baharu Islam ini menjadi titik permulaan untuk kita terus menimba ilmu, meningkatkan potensi, dan mencapai kejayaan yang diimpikan.

Semoga kehadiran 1448H membawa limpahan rahmat, kedamaian, dan keberkatan yang berpanjangan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja PKNP Agro-Tech Sdn Bhd

πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ - π“πˆππ†π†πˆ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yan...
01/06/2026

πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ - π“πˆππ†π†πˆ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah Takzim daripada Seluruh Warga Kerja PKNP Agro-Tech Sdn Bhd

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.Ikhlas da...
31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja PKNP Agro-Tech Sdn Bhd

Address

TINGKAT 5, BANGUNAN PKNP, Jalan BESAR, KUANTAN DARUL MAKMUR
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKNP Agro-Tech SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PKNP Agro-Tech SDN BHD:

Shortcuts

Share