30/06/2021
JUN 2021
-
Alhamdulillah, walaupun kedai dah sebulan tutup sementara sebab PKP, tetapi masih ramai lagi yg requested nak walk in kedai. Mostly regular customer yg pernah beli phone atau yg pernah repair phone dgn kami.
Terima kasih sebab percaya kami JUAL phone. Terima kasih sebab percaya kami REPAIR iphone, REPAIR android anda. Kami bekerja ikhlas nya hanya mencari sesuap nasi. Tidak mengharapkan wang yg banyak.
Syukur kerana hari-hari mesti ada sahaja yg call atau whatsapp kami untuk repair handphone. Walaupun kedai tutup, kami tetap repair phone, tapi pergi ke rumah customer. Kdg2 kami lambat, kami lewat tiba. Maaf dari kami, Xultan Thron Mobile Phone. Kami akan improve dari hari ke hari servis kami supaya anda dan juga saya akan merasa senang dan selesa. 🙏🏻
Terima kasih juga kerana bila kami repair face to face di rumah anda semua, anda akan hidang kami air, hidang kuih. Allah sahaja mampu membalas jasa kebaikan anda semua. Saya nak pusing semula berbalas kuih dengan anda sememangnya tak sempat kerana mengejar repair phone di tempat lain p**a.
Anda sememangnya sangat terbaik. Dalam pada kami tengah repair, ada juga terselit kisah2 yg baik dari anda. Ada juga pangkat abang2 atau kakak2 yg sudah berumah tangga bercerita pasal anak berebut handphone sebab PDPR. Allahu rabbi. Keadaan sekarang, nak beli handphone pun fikir 3 4 kali. Sebab nak berjimat untuk keperluan rumah dan komitmen tatkala elaun di potong, OT tak dibenarkan dan mcm2 lagi. Allahu.... Kdg2 nak menangis bila dgr ada yg dah jual kereta moto, allahu sakitnya. Kalau kita berada di tempat mereka, mampukah kita hadapi? Komitmen sekarang makin banyak. Kesian kepada yg telah dibuang kerja and telah beralih kepada buat delivery makanan, buat freelance wiring, buat freelance photo, berniaga kecilan. Semoga dimurahkan rezeki yg abg2 dan kakak2 semua..
Yg masih belajar, belajar elok2. Kalau tak mampu nak masuk belajar tinggi buat sijil kemahiran di kolej2 juga b*k manfaat nya. Lihat sekarang, yg ada kemahiran mampu bergerak sendiri, buat kerja yg mereka belajar masa sijil kemahiran dulu. Ada yg buat kek, ada yg baiki aircond kereta, ada yg amik job buat pondok wakaf, ada juga yg buat job menjahit baju kurung, baju pengantin(fitting), ada juga buat plumbing. Nampak tak? Sangat berguna sebenarnya kemahiran anda. Dulu maybe kurang yakin, tapi bila dah terdesak, memaksa diri kita buat juga. So tgk sekarang? Alhamdulillah rezeki tak salah alamat. Dari takut jadi berani, dari kecil jadi besar, dari newbie jadi amatur. Semoga murah rezeki semua. Buat lah kerja mengikut kemahiran anda, buat lah pekerjaan yg anda s**a dan seronok. Rezeki Allah bagi, kita manusia teruskan berusaha. 💪🏻💪🏻💪🏻
-
Repair iphone : 013-6888354
Repair huawei / oppo / realme / vivo / android / asus : 013-6888354
Servis : bateri, Lcd, Charging port, speaker, camera dan sebagainya boleh buat.
Area : kuantan - Sungai Ular