25/09/2024
Macam Mana Nak Kekalkan ‘Performance’ Komputer & Laptop Supaya Sentiasa Tip Top.
Jika kau ingin tahu, sebenarnya penjagaan komputer ini tidak la susah mana. Ada beberapa perkara sahaja yang kau perlu beri perhatian terhadap komputer agar performance nya sentiasa tip top. 4 Aspek Ini Perlu Selalu Dijaga.
1. Pembersihan Habuk.
Habuk ni pemusnah utama prestasi sesebuah komputer. Kalau komputer anda dah macam sarang tikus habuknya, tidak pernah servis walaupun sudah 10-15 tahun, processor anda akan mengeluarkan haba yang lebih panas daripada biasa kerana kipas cooler processor akan berputar perlahan.
Apabila itu berlaku, maka komponen seperti processor akan overheat. Apabila overheat, ianya sedikit sebanyak akan effect pada prestasi komputer. Solusinya, Bila komputer sudah berhabuk, bersihkan segala kekotoran yang terkumpul.
2. Penggantian Thermal paste.
Thermal paste ini liquid yang diletak atas processor. Tujuannya adalah untuk menyejukkan processor komputer kita. Sekarang ini sudah ada 2 jenis thermal paste, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis seperti getah. Thermal paste ini eloknya setahun sekali anda kena tukar sebab apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan suhu processor akan meningkat.
3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara).
Di dalam sebuah rumah, aliran udara atau air flow sangat penting untuk mengekalkan suhu rumah di dalam keadaan dingin. Apabila sebuah rumah tidak mempunyai air flow yang bagus, bila panas terik sahaja, sudah pasti di dalam rumah akan terasa bahang cahaya matahari. Begitulah juga dengan komputer.
4. Susun File.
Haa.. yang ni kami nak tegur sikit. Kebanyakan customer yang kami jumpa, boleh kata ramai yang letak file-file mereka ni di Desktop. Adakalanya sampai penuh dekat desktop tu sehingga tak nampak ruang kosong langsung. Apabila anda letak semua file di Desktop, secara tak langsung, anda memberatkan komputer untuk load semua file tu ketika proses “Booting Windows.”
Kami lebih sarankan supaya file-file yang ada di transfer ke partition lain dengan tujuan tidak mengganggu Windows Partition. Walau bagaimanapun, itu hanya pendapat kami. Terpulang la anda nak ikut atau tak.
Semoga kongsian ini bermanfaat, Jika ada sebarang pertanyaan boleh Call kami.