SATU water

SATU water Laman media sosial rasmi SATU ini berfungsi sebagai medium penyampaian informasi, hebahan dan makluman kepada orang awam. Terima kasih.

SATU merupakan sebuah organisasi bekalan air di Terengganu.Visi kami ialah ke arah sebuah organisasi bekalan air terulung di negara Ini. Kami bertanggungjawab menyediakan bekalan air bersih yang bermutu kepada pengguna dan sebagai balasan pengguna pula membantu meningkatkan jualan kami. Salah satu piagam pelanggan kami ialah membekalkan air bersih yang berkualiti dan mencukupi kepada semua pengguna.

MEMPERKASA PENDIGITALAN RANGKAIAN AGIHAN AIR MELALUI TEKNOLOGI PINTARSyarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah dije...
13/10/2026

MEMPERKASA PENDIGITALAN RANGKAIAN AGIHAN AIR MELALUI TEKNOLOGI PINTAR

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pendekatan dalam pemodenan sistem bekalan air menerusi Water Malaysia 2026 Specialised Conference & Exhibition, yang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Pulau Pinang.

Mewakili SATU, Ketua Pegawai Eksekutif, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut, telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Navigating Digital Transformation: Challenges of a Medium-Sized Utility – Ensuring Continuous Water Supply in Terengganu’s Semi-Urban, Rural and Touristic Land Communities.”

Menerusi pembentangan tersebut, beliau berkongsi pengalaman dan pendekatan SATU dalam mengemudi transformasi digital sebagai sebuah utiliti air bersaiz sederhana, khususnya dalam memastikan kesinambungan bekalan air di kawasan separa bandar, luar bandar dan komuniti pelancongan di Terengganu.

Perkongsian ini mengetengahkan kepentingan menyesuaikan penggunaan teknologi dengan keperluan operasi, keupayaan organisasi dan cabaran perkhidmatan bagi memperkukuh kecekapan pengurusan bekalan air.

Selaras dengan tema “Recharting Malaysia’s Water Future: Resilient | Inclusive | Sustainable”, penyertaan ini mencerminkan komitmen SATU untuk terus memperkasa operasi melalui transformasi digital ke arah perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, berdaya tahan dan mampan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR UniSZA KE LOJI RAWATAN AIR BUKIT SAH KEMAMANPada 8 Oktober 2026, SATU Daerah Kemaman telah berbes...
12/10/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR UniSZA KE LOJI RAWATAN AIR BUKIT SAH KEMAMAN

Pada 8 Oktober 2026, SATU Daerah Kemaman telah berbesar hati menerima kunjungan 25 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dan 46 orang pelajar Diploma Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan UniSZA yang diiringi bersama empat (4) orang pensyarah selaku pegawai pengiring.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan proses rawatan air, operasi loji serta peranan SATU dalam memastikan bekalan air yang bersih, selamat, berkualiti dan mencukupi kepada pengguna.

Program ini turut menjadi salah satu medium perkongsian ilmu dan pengalaman antara pihak SATU dan UniSZA lebih lebih lagi berkaitan aspek keselamatan air dan kesihatan awam.

Pihak SATU merakam setinggi jutaan terima kasih kepada pihak UNISZA kerana memilih LRA Bukit Sah sebagai destinasi pelajar untuk menimba ilmu sekaligus memenuhi keperluan kursus yang diambil masing-masing.

The 28th Malaysian Finance Association International Conference 2026 (MFAIC2026)Syarikat Air Terengganu (SATU) terus men...
08/10/2026

The 28th Malaysian Finance Association International Conference 2026 (MFAIC2026)

Syarikat Air Terengganu (SATU) terus menyokong pemerkasaan ilmu, pembangunan profesional dan jaringan strategik dalam bidang kewangan menerusi penajaan Platinum bagi 28th Malaysian Finance Association International Conference 2026 (MFAIC 2026) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 6–8 Oktober 2026.

Mengangkat tema “Global Finance in the Digital Age: Stability, Sustainability and Inclusivity”, persidangan ini menghimpunkan ahli akademik, pengamal serta pakar kewangan dari dalam dan luar negara untuk membincangkan perkembangan, cabaran dan peluang dalam landskap kewangan global, termasuk aspek kestabilan, kelestarian dan transformasi digital.

Majlis diserikan dengan kata-kata aluan oleh Assoc. Prof. Dr. Nazli Aziz, Dean, Faculty of Business, Economics and Social Development, UMT. Turut hadir Prof. Dr. Hooy Chee Wooi, President, Malaysian Finance Association, dan Prof. Ts. Dr. Noor Maizura Mohamad Noor, Deputy Vice Chancellor of Academic and International, UMT. Mewakili SATU, Pengurus Besar Kanan, Kewangan & Korporat, Puan Ana Salwati binti Embong, turut hadir bersama barisan pengurusan SATU.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen SATU dalam menyokong perkongsian ilmu dan kolaborasi strategik, khususnya dalam memperkukuh amalan kewangan yang berdaya tahan, mampan dan bersedia menghadapi perubahan global.

SATU mengalu-alukan sebut harga dan kerjasama bagi kerja-kerja yang berkaitan.Mana-mana pihak yang berminat boleh imbas ...
08/10/2026

SATU mengalu-alukan sebut harga dan kerjasama bagi kerja-kerja yang berkaitan.

Mana-mana pihak yang berminat boleh imbas kod QR tertera atau klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

https://shorturl.at/jMuzY

hashtag hashtag

MAKLUMAN TERKINI | AGIHAN BEKALAN AIR DAERAH BESUTKerja-kerja agihan bekalan air dan pergerakan lori tangki ke kawasan y...
06/10/2026

MAKLUMAN TERKINI | AGIHAN BEKALAN AIR DAERAH BESUT

Kerja-kerja agihan bekalan air dan pergerakan lori tangki ke kawasan yang terjejas di Daerah Besut sedang giat dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu keperluan pengguna.

Usaha pemulihan dan agihan bekalan air akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
☎️ SATU Careline: 1300-88-2111
☎️ Bilik Gerakan: 09-695 5512

Persediaan Henti Tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai TongSyarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sedang melaksanakan pers...
05/10/2026

Persediaan Henti Tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Tong

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sedang melaksanakan persediaan bagi kerja-kerja kritikal henti tugas di Loji Sungai Tong pada 5 hingga 6 Oktober 2026.

▪️ Masa Kerja: 10.00 malam – 4.00 pagi (6 jam)
▪️ Masa Pemulihan: 4.00 pagi – 6.00 pagi (2 jam)

Kerja melibatkan penggantian dan pemasangan injap bagi memastikan sistem bekalan air sentiasa berada dalam keadaan baik dan beroperasi secara optimum.

Sesi Libat Urus Bersama Wakil Kepimpinan Daerah SetiuSebagai langkah proaktif, Syarikat Air Terengganu (SATU) telah meng...
01/10/2026

Sesi Libat Urus Bersama Wakil Kepimpinan Daerah Setiu

Sebagai langkah proaktif, Syarikat Air Terengganu (SATU) telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil kepimpinan Daerah Setiu mengenai Henti Tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Tong yang akan dilaksanakan pada 5 hingga 6 Oktober 2026. Sesi ini bertujuan untuk menyelaras maklumat awal, tempoh gangguan, serta pelan persediaan bersama penghulu mukim yang terlibat.

Sesi berimpak ini disampaikan oleh Pengurus Daerah Setiu, Encik Khairil Azizi bin Nodin bersama Seksyen Komunikasi & Korporat SATU. Wakil pejabat daerah diketuai oleh En Muhammad Tarmizi Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu bersama Ketua Penolong Pegawai Khas ADUN Langkap, Pegawai Khas ADUN Permaisuri, Penghulu Kanan Daerah Setiu, Penghulu Mukin Guntung, Penghulu Mukim Merang, Penghulu Mukim Tasek, Penghulu Mukim Hulu Nerus 2, Penghulu Hulu Setiu, Penghulu Hulu Nerus, Penghulu Mukim Chalok 1 dan Penghulu Mukim Chalok 2.

SATU komited mengukuhkan kerjasama strategik bersama pemimpin komuniti bagi memastikan maklumat disampaikan secara menyeluruh kepada penduduk. Pengguna di Daerah Setiu dinasihatkan untuk bersedia membuat simpanan bekalan secukupnya sebelum tempoh pelaksanaan kerja dilakukan.

Pelaburan terbaik sesebuah organisasi bukan hanya pada aset dan teknologi, tetapi pada insan yang menggerakkannya. Denga...
30/09/2026

Pelaburan terbaik sesebuah organisasi bukan hanya pada aset dan teknologi, tetapi pada insan yang menggerakkannya. Dengan melabur dalam tenaga kerja yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti, kita membina kekuatan hari ini demi menjamin kelangsungan bekalan air negara pada masa hadapan.

Kecemerlangan sumber manusia Syarikat Air Terengganu (SATU) bukan sekadar isu dalaman organisasi sebaliknya mempunyai kaitan langsung dengan kepentingan lebih 1.2 juta rakyat Terengganu yang bergantung kepada kualiti dan keberterusan bekalan air.

Baca berita penuh 👇

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) berbangga menjadi tuan rumah bagi penganjuran Persidangan dan Mesyuarat Water I...
30/09/2026

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) berbangga menjadi tuan rumah bagi penganjuran Persidangan dan Mesyuarat Water Industry Human Resources 2026 (MyWinHR 2026). Platform strategik tahunan ini menghimpunkan para peneraju sumber manusia dari seluruh industri air negara untuk berkongsi pengalaman, merangka penandaarasan serta mencari penyelesaian bersama dalam mendepani cabaran modal insan yang kian kompleks.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Ariffin Bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu yang berlangsung di Primula Beach Hotel.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, mewakili Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar serta Pengerusi Tetap MyWinHR, YBhg. Dato' Mohd Zulkifli bin Abdul Hamid serta Ketua Pegawai Sumber Manusia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), YBrs. Encik Mohamed Parrish Ersalle bin Abdul Hameed. Turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut bersama barisan pengurusan kanan Syarikat Air Terengganu (SATU).

SATU percaya pelaburan terbaik sesebuah organisasi bukan sekadar pada aset dan teknologi, tetapi pada insan yang menggerakkannya. Melabur dalam tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran adalah kunci membina kekuatan hari ini demi kelangsungan bekalan air negara pada masa hadapan.

Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

1-300-882-1111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SATU water posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share