02/01/2026
Alhamdulillah, tahun 2025 telah melabuhkan tirainya dan kini kami melangkah ke tahun 2026.
Kaki juga masih menjadi pemain industry ini walau dalam skala Kecil...
CLE Power Sdn Bhd
masih teguh berdiri hingga ke hari ini, walaupun cabaran industri semakin besar dan persaingan harga semakin mencabar serta tidak menentu. Namun, dengan kekuatan semangat pasukan yang komited, berdisiplin dan berpengalaman, kami terus diberi kepercayaan serta kekal menjadi pilihan kontraktor dan pembekal alat ganti yang mementingkan kualiti, ketelusan dan harga yang munasabah.
Tahun demi tahun, graf industri sentiasa berubah. Namun prinsip kami kekal sama memberi penyelesaian yang praktikal, berkualiti dan boleh dipercayai. Kami terus konsisten sebagai pembawa dan pengedar jenama-jenama dipercayai seperti YOGAWA KABEL. Ecobright, Brikoz, CLE Power LED, Yazaki, ABB, Siemens, dan banyak lagi, demi memenuhi keperluan projek serta rakan industri kami.
Akhir kata daripada seluruh pasukan CLE Power Sdn Bhd,
kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan, rakan strategik, pembekal dan tenaga kerja yang sentiasa bersama dalam setiap fasa perjalanan ini.
Kami melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang lebih kukuh, visi yang lebih jelas dan komitmen yang tidak pernah luntur.
Terus bergerak, terus menyala, terus memberi nilai.
CLE Power Sdn Bhd
The Power of Bright