23/08/2023
PAS SUDAH JADI GERGASI, BERSATU PUN SUDAH KENA HENYAK
- Bila saya baca laporan berita yang kata Bersatu tak puas hati sebab hanya 3 wakil mereka dilantik jadi Exco di Kedah, saya cuma ketawa. Pertamanya, sebab rupa-rupanya Bersatu tak sedar diri lagi mereka sebenarnya hanya passenger saja dalam PN. Yang jadi tuan tanah adalah Pas sebagai sejak dari PRU15 lagi kerana parti itu lebih dominan dalam pakatan itu.
- Walaupun Muhyiddin jadi Pengerusi PN tapi rata-rata orang Melayu lihat Pas adalah parti utama yang mendominasi kedudukan dan kelebihan kerusi baik di Parlimen mahupun di DUN-DUN.
- Keduanya, baru Bersatu tahu macam mana liciknya permainan politik pak lebai. Nampak saja alim dan tawaduk, tapi bila masuk bab jawatan, kedudukan dan kuasa, memang geng pak lebai dalam Pas ini kelabu mata. Mereka akan cuba kuasai semaksimum mungkin peluang untuk pegang jawatan walaupun terpaksa ketepikan rakan kerjasama mereka.
- Sebab itulah bukan setakat di Kedah saja, tapi di Kelantan dan Terengganu pun Pas bolot hampir semua jawatan Exco. Di dua negeri Pantai Timur itu, Bersatu hanya dapat 1 kerusi Exco saja sebab Pas anggap mereka paling power dan paling layak dapat sapu semua jawatan Exco kerana mereka menang paling banyak kerusi.
- Perkara ini bukan isu baru pun. Ketika Pas bersama Semangat 46 tubuhkan kerajaan negeri Kelantan di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996), lihatlah bagaimana layanan mereka kepada rakan politik yang bersama-sama tumbangkan BN pada tahun ini. Mungkin nasib Semangat 46 lebih baik sedikit daripada Bersatu apabila wakil mereka, Datuk Rozali Isohak dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dan 4 wakil mereka sebagai Exco. Tapi sepanjang tempoh berkenaan berlaku beberapa konflik kepentingan antara Pas dan juga Semangat 46 sehingga membawa kepada perpecahan APU.
- Semangat 46 boleh dikatakan agak kuat dan berpengaruh ketika itu kerana ia diterajui oleh Tengku Razaleigh yang sememangnya dihormati rakyat Kelantan waktu itu. Jadi tak hairanlah bagaimana Pas dan Semangat 46 berjaya tumbangkan kerajaan BN yang menguasai Kelantan sejak 1978. Tapi dengan Pas-Bersatu ini boleh dianggap seperti gajah dan tikus saja.
- Memang senario ketika pra dan pasca PRU15 lalu menyaksikan Pas seperti duduk di bawah ketiak Bersatu kerana ketika itu parti Bunga Raya ini membelai pak lebai dengan peruntukan dana yang banyak sekali. Sebab itulah Pas banyak menikus dan ikut saja.
- Tapi bila Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu dikenakan beberapa pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan, serta akaun parti itu dibekukan oleh SPRM untuk tujuan, maka kantung Bersatu mula kosong. Pas juga sudah tak dapat lagi dana besar daripada Bersatu untuk menghadapi PRN lalu. Sampaikan ada calon-calon Pas terpaksa guba dana sendiri untuk berkempen.
- Bersatu p**a masih pergunakan jentera pilihanraya Pas untuk bantu calon-calon mereka berkempen. Bila banyak kerja orang-orang Pas buat sebab tak ada lagi FEESABILILLAH, maka Pas pun gunakanlah kesempatan sekarang untuk claim balik semua penat lelah mereka dari Bersatu. Sebab itulah Pas pulun hampir semua jawatan Exco di tiga negeri yang mereka kuasai. Tinggallah Bersatu dengan cuma 1 kerusi Exco setiap negeri atas ehsan Pas.
- Sebab itulah saya ulang, keputusan Presiden UMNO dan pucuk pimpinan parti putuskan kerjasama dengan MN dan PN adalah tindakan yang tepat. Ini kerana UMNO sudah boleh baca tindak tanduk Pas yang licik dalam memanip**asi rakan politik mereka.
- Pas dulu dah tak sama dengan Pas sekarang. Pas dulu kerja fisabilillah tapi Pas sekarang kerja FEESABILILLAH. Bak kata orang putih, No Money No Talk dan Cash Is King macam yang mereka kata kat UMNO sebelum ini.
- Orang Pas ni bila mereka dapat kuasa memang s**ar diramalkan. Kadang-kadang Lebai Naik Junjung lebih teruk perangainya daripada Pak Kadok.
- Macam juga dengan perangai MB baru Kelantan. Mula-mula selepas angkat sumpah jawatan, nada cakapnya cukup sopan santun. Dia cakap akan baiki hubungan dengan Kerajaan Pusat yang agak keruh (sekeruh air paip AKSB) sebelum ini.
- Tapi tak sampai seminggu pegang title MB, dia cari gaduh p**a dengan YB dari BN dan PH. Ketika beri kuliah ilmu di Kota Bharu empat hari lepas, dia tuduh dua wakil rakyat dari BN dan PH iaitu ADUN Galas serta ADUN Kota Lama sebagai orang yang tolak perjuangan Islam.
- Wah bukan main sedap mulut saja dia tuduh orang tolak Islam. Dia hina dua YB itu macam juga dia hina rakyat yang undi mereka. Adakah MB Kelantan nak cakap rakyat tak undi calon Pas di dua DUN itu adalah orang yang tolak Islam? Wahai tuan guru, pengundi di DUN Galas dan Kota Lama itu bukan tolak Islam tapi mereka tolak Pas sebab Islam bukan Pas dan Pas bukan Islam.
- Saya ingatkan bila naik MB baru di Kelantan hari ini, tak ada lagi timbul isu-isu atau tuduhan orang itu tolak Islam, orang ini tolak agama sebab yang naik jadi MB pun katanya bukan calang-calang orang. Ada gelaran Datuk Panglima Perang lagi tu. Tapi rupanya cara pemikiran dia tak jauh beza dengan bekas Timbalan MB Kelantan, Nik Amar yang terbuang itu. Oh terlupa saya, MB Kelantan baru ini kata orang belajar kat Mesir pun tak habis tapi claim lulusan Universiti Al Azhar.
- Tapi nak buat macam mana kan, dah geng walaun memang s**a dapat MB yang level macam itu. Walaun s**a MB yang mulut lantang, s**a jatuhkan hukum ses**a hati dan bercakap ikut nafsu bukannya rasional.
NOTA KAKI*
- Pas ni macam Incredible Hulk, bila dia bertukar warna hijau dan jadi gergasi dia akan hilang kewarasan. Semua benda yang lalu depan dia akan dihenyak, dipijak dan dihentam sampai hancur.