22/08/2026
๐จ WASPADA! JANGAN TERPEDAYA DENGAN PHISHING ๐จ
Jenayah phishing semakin berleluasa dan menyasarkan mangsa melalui e-mel, SMS, panggilan telefon, media sosial serta laman web palsu untuk mencuri maklumat peribadi dan kewangan.
โ ๏ธ Ingat: SEMAK โข FIKIR โข SAHKAN sebelum anda klik
โ
Semak sumber mesej, e-mel atau pautan yang diterima.
โ
Fikir sebelum mengklik pautan atau mengimbas kod QR.
โ
Sahkan kesahihan laman web atau pihak yang menghubungi anda melalui saluran rasmi.
โ Jangan klik pautan daripada sumber yang tidak dikenali.
โ Jangan sesekali berkongsi OTP, TAC, PIN atau kata laluan kepada sesiapa.
โ Jangan log masuk atau membuat transaksi di laman web yang meragukan.
๐ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโฃ Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
๐จ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐ Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Satu klik yang silap boleh menyebabkan kehilangan wang simpanan dan maklumat peribadi. Berfikir sebelum klik, semak sebelum percaya.