Laptop Depot

Laptop Depot A CONVENIENT and COMPREHENSIVE shopping place for all your Laptop needs from Batteries, Adapters, LCDs, LEDS, Notebook Hinge, LCD/ LED Cable an etc..

23/03/2023
16/10/2021

Sale Executive, E Commerce, Accounts.

16/10/2021

Sale Executive, E-Commerce Handling, Accounts, Clerks.

"HOT MODEL RESTOCK"Grab now with affordable price.. your satisfaction is our priority!!!For Sales! - We have all brand B...
10/10/2016

"HOT MODEL RESTOCK"

Grab now with affordable price.. your satisfaction is our priority!!!

For Sales! - We have all brand Battery,Keyboard,Screen,Adapter & etc in market for new and for replacement . We also accept laptop repair.

-HIGH QUALITY
-NEW CONDITION
-TRUSTED SELLER
-LOW PRICE
-GOOD SERVICES & FAST DELIVERY

whatsapp 018-6669532

dont give up! =)
08/10/2016

dont give up! =)

CARA CUCI SKRIN SESENTUH (TOUCH SCREEN) DENGAN BETUL-Skrin gadget anda penuh dengan kotoran dan comot? Mungkin skrin and...
07/10/2016

CARA CUCI SKRIN SESENTUH (TOUCH SCREEN) DENGAN BETUL

-Skrin gadget anda penuh dengan kotoran dan comot? Mungkin skrin anda senang untuk menangkap kesan cap cari dan kotoran yang terdapat pada tangan anda.

-Anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan mencucinya dengan cara yang betul. Kenapa perlu cuci? Kerana ia boleh memanjangkan jangka hayat skrin sesentuh anda.

-Tapi bagaimana untuk mencuci skrin sesentuh dengan betul?

Kaedah #1: Guna Kain Mikrofiber

Berikut adalah beberapa langkah yang anda perlu ikuti jika anda ingin menggunakan kain mikrofiber untuk tujuan ini.

1. Pilih Kain Mikrofiber Yang Sesuai

Pilihan kain yang digunakan adalah penting dalam menjaga skrin sesentuh anda. Sesetengah peranti menyediakan kain jenis ini semasa anda membelinya, dan ada juga sesetengah tidak menyediakan.

Anda boleh dapatkannya kain mengelap ini dari kedai alat elektronik dan gadget, namun jika tidak mahu, anda boleh gunakan kain yang datang bersama bekas kaca mata anda, pinjamlah dari orang yang mempunyainya (jika anda tidak memakai kaca mata).

Kos kain ini boleh berbeza mengikut pelbagai faktor. Sesetengah syarikat akan menyatakan anda terikat dengan sesuatu jenama kain, ini menyebabkan harganya lebih mahal. Kalau tak nak ikut cadangan yang diberi oleh syarikat tersebut, anda boleh cari mana-mana yang lebih berkualiti, tetapi juga berkualiti.

2. Matikan Peranti

Okay, setelah anda mendapatkan kain mikrofiber yang sesuai dengan peranti anda, langkah pertama adalah matikan (turn off) peranti tersebut. Adalah lebih mudah untuk melihat di mana kotoran jika peranti tersebut dalam keadaan tutup. Jika on, pastikan anda susah untuk lihat kotoran kerana cahaya yang dikeluarkan.

3. Lapkan Skrin Sepintas Lalu

Lapkan skrin sesentuh anda secara sepintas lalu, dengan lap keseluruhan permukaannya. Ini boleh membuang kebanyakan kotoran yang nyata pada permukaan skrin anda.

4. Lembabkan Kain Jika Perlu

Jika anda inginkan kesan yang lebih baik, lembapkan kain tersebut semasa mengelap skrin peranti tersebut. Kadang kala cara ini lebih berkesan berbanding dengan tidak basah.

Jika kain mikrofiber anda disertakan dengan panduan ataupun instruktor, bacanya terlebih dahulu dan ikut apa yang dinyatakan di dalamnya. (Abaikan langkah ini).

Jika anda ingin lembapkan kain, pastikan anda menggunakan larutan yang sesuai untuk digunakan pada skrin sesentuh. Biasanya orang akan menggunakan alkohol untuk tujuan tersebut.

5. Keringkan Skrin

Setelah selesai mencuci, lap untuk keringkan skrin tersebut. Jangan lap terlalu kuat. Dan jika masih terdapat sedikit kesan lembap pada skrin tetapi tidak dapat dihilangkan dengan lap, biarkannya kering dengan sendiri.

Jangan tekan terlalu kuat semasa mengelap skrin tersebut. Ingat tu!

6. Basuh Kain Mikrofiber yang Digunakan

Setelah selesai mencuci skrin, tibalah p**a masa untuk anda mencuci kain mikrofiber p**a. Rendamkan kain tersebut dalam air yang bersabun. Seeloknya guna air yang suam. Gosok kain tersebut untuk hilangkan kotoran ataupu bekas alkohol (jika ada guna).

Selepas direndam, elakkan daripada memerahnya. Sebaliknya biarkannya kering dengan sendiri.

Kaedah #2: Basmi dengan Gel Alkohol

Kaedah ini sangat bagus jika anda ingin membasmi kuman yang terdapat pada skrin sesentuh anda. Hal ini kerana banyak kuman yang terdapat pada skrin sesentuh peranti anda itu, lebih-lebih lagi pada telefon pintar.

Jika berminat dengan kaedah ini, gunakannya dengan berhati-hati. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Dapatkan gel alkohol, ataupun juga dikenali sebagai sanitizer tangan.
2. Ambil tuala yang bersih, ataupun paper towel.
3. Letakkan sedikit gel tersebut pada kain tersebut.
4. Sapu pada permukaan skrin sesentuh dengan berhati-hati.
5. Lapkan kotoran dan lebihan gel yang tinggal dengan kain mikrofiber (atau tisu bersih).
6. Siap!


Tips Tambahan

1. Kalau anda tidak ada kain mikrofiber juga, anda boleh gunakan paper towel yang bersih.

2. Pastikan anda matikan peranti anda sebelum mula membersih skrin.

3. Anda digalakkan untuk mendapatkan case kepada peranti anda, untuk elakkan daripada mudah tercalar dan terdedah.

4. Jika mahu, anda boleh membeli satu kit penjagaan skrin. Kit tersebut akan ada kain anti-statik. Namun, harganya agak mahal.

5. Mahukan perlindungan yang lebih? Anda boleh dapatkan screen protector ataupun screen guard. Ia boleh melindungi skrin anda daripada mudah calar.

6. Pastikan kain mikrofiber anda dijaga dengan baik agar anda boleh menggunakannya dengan banyak kali pada masa hadapan.

7. Isopropyl alcohol adalah jenis alkohol yang terbaik untuk digunakan pada permukaan skrin komputer, tidak kiralah pada tablet ataupun skrin komputer.

Amaran

1. Jangan ludah dan lap skrin sesentuh anda.

2. Jangan tekan terlalu kuat semasa mengelap dan mencuci skrin. Hal ini boleh merosakkan permukaan skrin tersebut.

3. Elakkan daripada bahan pencuci yang mengandungi ammonia kerana ia boleh merosakkan skrin.

4. Elak menyimbah air/larutan secara terus pada permukaan skrin, ia boleh ada kemungkinan air tersebut masuk ke dalam peranti anda. Sebaliknya, tuang/spray air tersebut pada kain mikrofiber, kemudian lap pada skrin.

Kesimp**an

Sayangkan peranti anda? Tidak kiralah tablet, laptop ataupun telefon pintar, saya yakin bahawa semua orang menyayanginya. Oleh itu, anda perlulah pandai menjaganya terutama pada bahagian skrinnya.

Harap artikel cara cuci skrin sesentuh yang ringkas ini membantu anda

like page kami Laptop Depot

credit to : https://www.panduansaya.com/teknologi/cuci-skrin-sesentuh-touch-screen/

25 TIPS PENJAGAAN KOMPUTER RIBA YANG PERLU ANDA TAHU1.Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa ...
05/10/2016

25 TIPS PENJAGAAN KOMPUTER RIBA YANG PERLU ANDA TAHU

1.Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pada komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.

2. Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.

3. Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.

4. Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
5. Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.

6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.

7. Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.

8. Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.

9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.

10. Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.

11. Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian.

12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru.

13. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.

14. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.

15. Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.

16. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.

17. Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.
Guna kesington key bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.

18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.

19. Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.

20. Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.

21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)

22. Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.

23. Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.

24. Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.

25. Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda.

like page kami: Laptop Depot untuk maklumat & produk

credit to : http://sarawak.uitm.edu.my/infotech/index.php?option=com_content&view=article&id=53

"HOT MODEL RESTOCK"Grab now with affordable price.. your satisfaction is our priority!!!For Sales! - We have all brand B...
05/10/2016

"HOT MODEL RESTOCK"

Grab now with affordable price.. your satisfaction is our priority!!!

For Sales! - We have all brand Battery,Keyboard,Screen,Adapter & etc in market for new and for replacement . We also accept laptop repair.

-HIGH QUALITY
-NEW CONDITION
-TRUSTED SELLER
-LOW PRICE
-GOOD SERVICES & FAST DELIVERY

whatsapp 018-6669532 (Naemah)

Good Morning =)like our page : Laptop Depot
05/10/2016

Good Morning =)

like our page : Laptop Depot

"HOT MODEL RESTOCK"Grab now with affordable price.. your satisfaction is our priority!!!For Sales! - We have all brand B...
04/10/2016

"HOT MODEL RESTOCK"

Grab now with affordable price.. your satisfaction is our priority!!!
For Sales! - We have all brand Battery,Keyboard,Screen,Adapter & etc in market for new and for replacement . We also accept laptop repair.

-HIGH QUALITY
-NEW CONDITION
-TRUSTED SELLER
-LOW PRICE
-GOOD SERVICES & FAST DELIVERY

whatsapp 018-6669532 (Naemah)

Happy Saturday =)like our page : Laptop Depot
01/10/2016

Happy Saturday =)

like our page : Laptop Depot

Address

LOT 2. 007. 2ND FLOOR, Plaza LOW YAT
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60321102010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laptop Depot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Laptop Depot:

Share