NADI PPR Kerinchi

NADI PPR Kerinchi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

KELAS KEUSAHAWANAN (BINA EMPAYAR PERNIAGAAN)📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis) ⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hariSek...
21/10/2026

KELAS KEUSAHAWANAN (BINA EMPAYAR PERNIAGAAN)

📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Sekiranya berminat, sila hadir ke NADI PPR Kerinchi (seawal 9:45 pagi) untuk pendaftaran dan mengikuti kelas secara atas talian di NADI

Sebarang pertanyaan > 019-692 9142 (NADI PPR Kerinchi)

18/10/2026
Tarikh : 18 Oktober 2026Tempat : Dewan Chengal, IWK EcoPark Lembah PantaiMasa : 8 pagi - 2 petangProgram Gen Bina : Smar...
18/10/2026

Tarikh : 18 Oktober 2026
Tempat : Dewan Chengal, IWK EcoPark Lembah Pantai
Masa : 8 pagi - 2 petang

Program Gen Bina : Smart Parent Interactive Hub. Program hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai keselamatan digital dan ancaman siber yang boleh menjejaskan keluarga, khususnya anak-anak.

Turut hadir Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil.

Antara aktiviti yang menarik dalam program ini adalah Cabaran Digital Reality Check, Langkah Respon & Reaksi, Cabaran Detektif Digital dan Refleksi. Inisiatif seumpama ini merupakan usaha penting dalam membentuk masyarakat yang lebih celik teknologi serta mampu melindungi diri daripada pelbagai ancaman dan risiko keselamatan siber.

18/10/2026
18/10/2026

Uhuk-uhuk! 🥴🌫️

Jerebu boleh mengaburi penglihatan, jangan sampai scammer mengaburi mata dan fikiran anda!

Jangan mudah percaya. Semak sebelum klik dan lindungi maklumat peribadi anda.

Ragu-ragu? Layari Sebenarnya.my dan gunakan chatbot AIFA untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum percaya atau berkongsi.

Jika menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian, hubungi 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Jaga kesihatan, lindungi diri daripada scammer!

  Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil pada Program Smart Parents Interractive Hub di IWK Eco Park Pantai Dalam ha...
18/10/2026

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil pada Program Smart Parents Interractive Hub di IWK Eco Park Pantai Dalam hari ini.

Turut sama Pengarah Wilayah Persekutuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Irwan Mohamed.

📸fotoBERNAMA

📱 NADI MEMBER APP KINI BERWAJAH BAHARU!Lebih mudah, lebih menarik dan lebih banyak ganjaran untuk anda!Kini, pelbagai ke...
17/10/2026

📱 NADI MEMBER APP KINI BERWAJAH BAHARU!

Lebih mudah, lebih menarik dan lebih banyak ganjaran untuk anda!

Kini, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan NADI boleh diakses terus melalui aplikasi NADI MEMBER.

✨ Apa yang menarik?
👤 Daftar sebagai ahli NADI dengan mudah
📍 Cari lokasi NADI berdekatan anda
💻 Buat tempahan komputer di NADI
📚 Terokai dan daftar program NADI
❤️ Semak rekod saringan kesihatan
🎁 Kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah menarik!

Belum jadi ahli NADI? Tak perlu tunggu lagi! Daftar sendiri terus melalui aplikasi.

📲 Muat turun atau kemas kini NADI MEMBER APP sekarang!

🍎 App Store (iOS)
https://apps.apple.com/my/app/nadi-member/id6753041480

🤖 Google Play (Android)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nadi.nadi_member_2

🌐 Ketahui lebih lanjut di https://nadi.my/

🌸 SURIE MOBILE SPA 🌸Badan penat, lenguh-lenguh atau bakal melahirkan cahaya mata?Manjakan diri dengan sentuhan urutan tr...
12/10/2026

🌸 SURIE MOBILE SPA 🌸

Badan penat, lenguh-lenguh atau bakal melahirkan cahaya mata?

Manjakan diri dengan sentuhan urutan tradisional Melayu dan penjagaan ibu berpantang dalam keselesaan rumah sendiri. 💕

✨ Tempahan kini dibuka!

📲 WhatsApp: 013-248 1037

Sentuhan tradisi, layanan sepenuh hati. ❤️

11/10/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,EKSPLORASI JEJAK WARISAN KAMPONG BHARUMaklumat program adalah seperti beri...
10/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,

EKSPLORASI JEJAK WARISAN KAMPONG BHARU

Maklumat program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
🕢 Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Laman Kampong Bharu @ Pusat Komuniti Kampong Bharu

Program anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dengan kerjasama Kelab Rekreasi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (KRPKB) ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Pertandingan Eksplorasi Jejak Warisan Kampong Bharu, Best Photo Explorace, Best Video Explorace, Busana Melayu Kreatif dan Pertandingan Mewarna serta menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada para pemenang.

Terima kasih.

Address

Blok C-00-01 PPR Kerinchi, Jalan Pantai Permai Off Jalan Pantai Dalam
Kuala Lumpur
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Kerinchi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI PPR Kerinchi:

Shortcuts

Share