26/05/2026
Di tempt anda telah bertakbir untuk menyambut AIDILADHA?
NOTA TAKBIR : BETUL KE TAKBIR AIDILADHA MULA 9 ZULHIJJAH?
Ada yang tanya, takbir muqayyad Aidiladha mula Hari Arafah atau Aidiladha?
Betul ke ada yang kata ia mula 9 Zulhijjah? Bila waktu nak bermula?
Jom kita bedah ilmu bersama..
Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha sebenarnya bermula pada waktu SUBUH HARI ARAFAH dan berterusan sampai tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.
So, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sampailah waktu Asar 13 Zulhijjah. Ini menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam!
Bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sampai terbitnya fajar sadiq, iaitu masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah.
Namun kalau mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.
Di mana disebutkan tentang hal ni?
1. Kitab Sabila al-Muhtadin (hal. 57) karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari menyatakan:
“Takbir bagi orang yang tiada mengerjakan pekerjaan haji mula-mula daripada Subuh Hari Arafah yaitu yang kesembilan Zulhijjah hingga Asar kesudahan Hari Tasyriq.”
2. Kitab Kifayah al-Muhtadi (hal. 103) oleh Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani juga menyebut:
“Kemudian daripada sembahyang Subuh Hari Arafah hingga kemudian daripada sembahyang Asar yang ada ia akhir Asar daripada segala Asar Hari Tasyriq yang tiga.”
Ada lagi..
3. Kitab Bughyah al-Tullab (hal. 233) oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, menuliskan:
“Dan Takbir Muqayyad itu pada hari raya Adha jua maka dimulai daripada Subuh Hari Arafah bagi orang yang lain daripada orang Haji hingga akhir Asar Hari Tasyriq.
Wallahua'lam
So, di tempat kalian Subuh 9 Zulhijjah dah start takbir belum?