Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NaDi PA Seri Sarawak

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NaDi PA Seri Sarawak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi ) PA Seri Sarawak PI1M PA Seri Sarawak dibuka bermula jam 9 pagi hingga jam 6 petang setiap hari, kecuali cuti umum.

Memulakan operasi pada 21 December 2015, Pusat Internet yang terletak di Blok A Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak adalah salah satu Pusat Internet 1 Malaysia yang di dirikan di Kuala Lumpur yang diwujudkan dalam kawasan bandar di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara. Pusat Internet PA Seri Sarawak adalah projek di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama p

ihak Celcom Malaysia (Celcom Axiata).Terletak di salah satu kawasan yang merangkumi kepadatan penduduk yang tinggi serta majoritinya adalah dari golongan berpendapatan rendah, pembukaan PI PA Seri Sarawak disambut baik dikalangan penduduk setempat. Objektif penubuhan Pusat Internet (PI) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar. Perkhidmatan yang disediakan di PI PA Seri Sarawak ialah komputer dengan internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan Wi-Fi percuma bagi penduduk sekitar. Terdapat 20 buah komputer yang di sediakan dimana 10 buah komputer ditempatkan di ruang legar untuk kegunaan orang ramai (ahli/bukan ahli) termasuk 2 komputer yang dikhaskan untuk pengguna orang kurang upaya (OKU) manakala 10 buah komputer lagi ditempatkan di dalam bilik latihan dengan internet berkelajuan 20 Mbps. Selain penggunaan komputer di dalam PI, pengguna juga boleh merasai perkhidmatan WIFI 1 Malaysia secara percuma dengan hanya mendaftar sebagai ahli di PI PA Seri Sarawak. Setiap individu hanya dibenar menggunakan komputer selama satu jam pada sesuatu masa berikutan jumlah pengguna yang ramai. Harga ditawarkan p**a sangat rendah iaitu RM 1.00 untuk kanak-kanak dan untuk orang dewasa bagi tempoh satu jam.

17/04/2026

Bimbing anak di alam maya. Jangan biarkan mereka belajar sendiri.

Bawah 16 tahun, mereka masih belajar memahami risiko dan membuat keputusan.

👨‍👩‍👧‍👦 Pantau. Bimbing. Lindungi.
🔒 Keselamatan bermula dari rumah.


17/04/2026

[TERKINI]

📌Sebuah kapal Malaysia telah tiba dari Selat Hormuz, sebuah lagi hampir memasuki perairan negara.

📌Presiden Perancis jemput Malaysia sertai sidang khas mengenai situasi di Teluk Hormuz yang dianjurkan bersama PM Britain.

-- PM Anwar Ibrahim



17/04/2026

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Selat Hormuz kini dibuka susulan perjanjian gencatan senjata yang dicapai di Lubnan manakala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan beliau percaya perjanjian untuk menamatkan perang Iran akan dicapai “tidak lama lagi”, walaupun masa sebenar masih belum jelas.

Araghchi berkata dalam satu hantaran di platform X bahawa selat itu dibuka kepada semua kapal komersial sepanjang tempoh gencatan senjata 10 hari yang diusahakan AS antara Israel dan kump**an Hizbullah yang disokong Iran, susulan persetujuan antara Israel dan Lubnan, lapor Reuters.

Berita penuh di Bernama.com




Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi ) PA Seri Sarawak, Blok A Perumahan Awam Seri Sarawak, Jalan Kenanga
Kuala Lumpur
55200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NaDi PA Seri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category