25/04/2017
NASI LEMAK MACIK HIPSTER 7E MALURI
4.40pagi di hadapan 7-Eleven #0017 Jalan Perkasa, Taman Maluri. Kelihatan ramai warga Maluri beratur semata-mata nak beli nasi lepak yang dijual oleh seorang akak yang aku gelar "Macik Hipster". Yang beratur nak belinya panjang. Biasanya terdiri dari kaki-kaki games macam aku yang s**a overnight Sampai jam 5-6 pagi semata-mata untuk berhibur bermain online games kegemaran. Ada juga Customer dari pusat judi mesin kuda dan roulette berhampiran. Kaki-kaki disco dan pun dan pekerja disco dan pun yang balik lewat-lewat pagi. Ada juga pelanggan yang terdiri daripada student-student kolej di Maluri yang menyewa di atas lot-lot rumah kedai yang berada di sepanjang Jalan Jejaka, Jalan Mahkota dan Jalan Perkasa.
Nasi lemak macik hipster ni menjadi makanan pilihan kami warga Maluri di waktu pagi, terutama kepada kaki-kaki overnight macam kami. Bagi aku ia menjadi pilihan bukan sebab tak ada persaingan dari kedai dan gerai lain. Di sini kiri kanan ada saja restoran mamak yang buka 24jam. Antara yang paling ramai orang s**a lepak, Ameer Ehsan dan As-Safa. Nasi lemak macik hipster ni ada keunikannya yang membuatkan ada pelanggan yang sanggup tunggu dan beratur panjang. Antara sebabnya semestinya ia sedap dan ianya tak lokek. Satu bungkus nasi lemak biasa yang hanya ada lauk telur rebus potong, timun potong, sambal dan ikan bilis kacang cukup untuk membuatkan kita kenyang sehari kerana portionnya yang besar.
Bagi aku aku p**a lebih s**a bihun gorengnya. Sedap secukup rasa, bihunnya lembut dan tidak lokek. Biasa aku beli aku akan cakap "bihun goreng extra satu" letak telur rebus, letak bilis kacang, letak timun potong dan taknak sambal sebab aku tak s**a rasa pedas. Nah! Portionnya yang besar sampai cukup kalau untuk dua orang makan hanya dengan harga RM2.50. Kalau lebih bernasib baik dapat stok yang last kopek tu, dicedoknya dan dibungkus sebanyak tidak. Harganya tetap sama. Jarang orang berniaga macam akak ni di tahun 2017 ni. Biasanya orang nak letak portion berkira-kira. Tapi tidak di nasi lemak macik hipster ni.
Dalam jam 6.15 pagi atau lewat 6.30pagi biasanya nasi lemak dan lauk pauk yang akak tu dagangan dah tinggal bekas saja. Dia pun dah bersiap-siap kemas sementara tunggu drebar teksi datang jemput. Barangkali suaminya yang bawak teksi itu sebab setiap hari dia naik teksi yang sama. Selepas dia siap kemas Tupperware lauk dan termos nasi yang dah habis dijual tadi, akak nasi lemak tadi akan masuk ke 7eleven terlebih dahulu. Membeli akhbar metro, makanan kucing, barang barang keperluan lain dan yang paling penting minta surat khabar THE SUN dua tiga naskah, untuk dibaca dan mungkin juga untuk buat balut nasi lemak yang nak didagangkan keesokan paginya.
Begitulah ragam harian akak yang aku gelar Macik hipster itu bersama perniagaannya yang kencang setiap pagi dinantikan oleh kami warga Maluri yang sentiasa lapar ini. Dia berniaga setiap pagi dari jam lebih kurang 4.30 pagi sehingga 6.30 pagi dan tutup pada hari minggu dan hari cuti am.
Saja je la aku rajin nak menaip panjang-panjang nak bercerita. Yang korang rajin baca buat apa. Aku nak practise menaip je.