08/08/2026
Pada 5 Ogos Armiena Group telah memeterai 1 Memorandum Perjanjian (MoA) antara Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Dengan Industri Dalam Dan Luar Negara, INDEX POLYCC 2.0 yang bertempat di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).
Bagi menyempurnakan kolaborasi bersama di dalam Majlis Pertukaran Nota Kolaborasi ini , majlis telah disempurnakan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat yang terdiri daripada Presiden MBOT, YBrs. Eur. Ing. Ts. Mohamad Sukor Zainal Abiddin, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Puan Hilmun binti Mohamed, serta Pengarah POLISAS, En Hisamudin bin Mohd Tamim bersama Timbalan Pengarah Akademik, Puan Hajjah Wan Zuraida binti Wan Yusoff dan Timb. Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mustafizul Hilmie bin Abd Rahman.
Pihak Armiena Group juga berbesar hati menerima watikah Perlantikan sebagai penasihat industri dan hadir di Majlis Penyerahan Surat Lantikan Kepada Penasihat Industri (IAC).
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Mesyuarat Penasihat Industri POLISAS 2026–2028 yang dipengerusikan oleh YH Dato' Haji Abd. Rahman Daud, sebagai platform perkongsian idea dan pandangan dalam memperkasakan kecemerlangan TVET POLISAS.