NADI PPR Seri Alam

NADI PPR Seri Alam Pusat sebarab maklumat nasional (NADI) Yang beroperasi terletak di PPR Seri Alam 2

Pusat Internet Komuniti adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama On Site Services Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. Objektif penubuhan Pusat Internet Komuniti (PIK) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, PIK juga dilaksanakan sebagai satu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar. PIK PPR Seri Alam 2 menyediakan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar. Kemudahan yang disediakan seperti 20 buah komputer dan bilik latihan untuk program latihan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pembangunan modal insan dan aktiviti komuniti. Salah satu objektif penubuhan PIK adalah membantu golongan masyarakat di kawasan bandar yang kurang berkemampuan dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Pusat Internet 1Malaysia (PIK) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) terutamanya di bandar-bandar terpilih di seluruh negara.

π‰πŽπŒ π’π„π‘π“π€πˆ π’π„ππ€πŒ π’πˆπ‡π€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ Ayuh warga komuniti PPR SERI ALAM 2 Wahyu!Mari kita beriadah, kekal sihat...
26/08/2026

π‰πŽπŒ π’π„π‘π“π€πˆ π’π„ππ€πŒ π’πˆπ‡π€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŽ‰ Ayuh warga komuniti PPR SERI ALAM 2 Wahyu!
Mari kita beriadah, kekal sihat & meriahkan Bulan Kemerdekaan bersama-sama!

πŸ“… Tarikh : 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat : NADI PPR SERI ALAM 2

MENARIK UNTUK PESERTA:
❀️ Saringan kesihatan percuma
🍽️ Makanan & Minuman Disediakan
πŸƒβ€β™€οΈ Senam sihat bersama komuniti
🎁 Cabutan Bertuah Juga Menanti Anda

PAKAIAN SUKAN TEMA: MERDEKA
Pakai pakaian s**an bertemakan warna Jalur Gemilang! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ž Pertanyaan: Petugas NADI PPR SERI ALAM 2 di Whatapps - 017-386 0592

πŸ‡²πŸ‡Ύ Bersama Bergerak, Malaysia Cergas, Rakyat Madani!

πŸŽ‰ SEMUA DIJEMPUT HADIR! πŸŽ‰


MAHA 2026 KEMBALI LAGI! Pameran pertanian terbesar negara kembali menghimpunkan inovasi, teknologi, warisan, agropelanco...
12/08/2026

MAHA 2026 KEMBALI LAGI!



Pameran pertanian terbesar negara kembali menghimpunkan inovasi, teknologi, warisan, agropelancongan dan pelbagai pengalaman menarik dalam satu destinasi.



πŸ“… 28 Ogos hingga 6 September 2026

πŸ•™ 10.00 pagi hingga 10.00 malam

πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Terokai inovasi. Raikan warisan. Cipta kenangan bersama di MAHA 2026.

Layari laman sesawang MAHA 2026 di www.mahaofficial.com.my.

Media sosial rasmi:

(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)



Jumpa anda di sana!











12/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting πŸ‘† rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak p**ak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

12/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim β€œPay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa d...
12/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

πŸ“š Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

πŸ‘• Program Pakaian Sekolah NADI
βœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
βœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
βœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
βœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

πŸ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
πŸ“± Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
βœ‹πŸ» Malaysia Madani

09/06/2026

Kementerian Komunikasi berhasrat melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera prompt di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sebagai usaha memperkukuh literasi dan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan generasi muda.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu bukan sekadar memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi AI, malah mampu membina keupayaan anak muda untuk membangunkan aplikasi baharu yang memberi impak langsung kepada komuniti setempat.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2565974



Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi

29/05/2026

Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.

Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.

Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?

Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.


29/05/2026

πŸ“’ Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! πŸ“±βœ¨

Anda hanya perlu:

βœ… Download aplikasi NADI
βœ… Daftar sebagai ahli NADI
βœ… Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



Address

Blok 9 PPR Seri Alam 2
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Seri Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI PPR Seri Alam:

Shortcuts

Share