10/07/2026
KANGAR, PERLIS, 9 Julai 2026 – YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Sempadan Utara Semenanjung – Pembinaan Menara Tinjau di Sempadan Malaysia-Thailand (Pos Batu Putih) dan Projek Pembinaan Jeti APMM di Sempadan Malaysia-Thailand (Pos Batu Putih).
Lawatan ini diadakan di Pos Batu Putih, Kangar, Perlis bagi meninjau secara lebih dekat perancangan dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur keselamatan.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan maklumat projek, pengenalan serta latar belakang projek yang disampaikan oleh Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ir. Norikhwan bin Abu Seman, Pengarah JKR Perlis, serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JKR Malaysia dalam menyokong keperluan agensi keselamatan negara melalui penyediaan infrastruktur strategik yang selamat, berfungsi dan berdaya tahan.
Lawatan tapak ini turut menjadi platform penting bagi menyelaras keperluan teknikal, mengenal pasti isu pelaksanaan di tapak serta memastikan perancangan projek dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan selaras dengan aspirasi "Delivery is Our Priority."
JKR Malaysia akan terus komited dalam memastikan setiap projek yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cekap, berkualiti dan memberi manfaat kepada keselamatan serta kesejahteraan negara.