RAJIN SOLAT

RAJIN SOLAT SUMBER RUJUKAN BERKAITAN SOLAT WAJIB DAN SOLAT SUNAT.

14/10/2021

SUMBER RUJUKAN BERKAITAN SOLAT WAJIB DAN SOLAT SUNAT.

7 Tips Ajar Anak Solat Yang Mudah, Dari 1-10 Tahun Dan KeatasBERIKUT ADALAH TIP UNTUK AJAR ANAK SOLAT:1) CONTOH TAULADAN...
14/10/2021

7 Tips Ajar Anak Solat Yang Mudah, Dari 1-10 Tahun Dan Keatas

BERIKUT ADALAH TIP UNTUK AJAR ANAK SOLAT:

1) CONTOH TAULADAN YANG BAIK.
Ibubapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak. Ajar anak solat untuk dekatkan diri mereka dengan Islam.

Inilah adalah salah satu cara didikan berkesan yang dinyatakan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab agungnya, Tarbiyatul Aulad tentang peri pentingnya kita menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

2) UMUR 0 – 2 TAHUN – WUJUDKAN SUASANA YANG SOLEHAH (BIAH SOLEHAH)
Walaupun anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Jangan jadikan alasan untuk kita tidak ajar anak solat.

Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”

3) UMUR 2 – 3 TAHUN – AJAK ANAK
Usah jemu untuk selalu ajak dan ajar anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakan kita. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”

4) UMUR 4 – 6 TAHUN – MENGAPA KITA SOLAT?
Sudah tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat. Ajar anak solat kenapa ia sangat penting dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.

Contohnya:

Ummi: Allah s**a kalau kita solat.
Anak: Kenapa? (Dalam umur begini anak s**a bertanya kenapa, bagaimana dan mengapa)
Ummi: Kalau kita solat, nanti Allah sayang. Ummi sayang. Abi sayang.

Pada tahap ini juga, dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya. Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

5) UMUR 7 – 9 TAHUN – PENEKANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Ini ialah 3 tahun yang kritikal. Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.

Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan.

6) UMUR 10 TAHUN KE ATAS – DENDA DAN HUKUMAN
Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka? Hanya kita sebagai ibubapa yang mengetahuinya. Proses ajar anak solat bukan terhenti apabila dia sudah berusia 10 tahun. Ia adalah satu permulaan yang bakal membentuk keperibadiannya pada masa depan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam buku Tarbiyatul Aulad menyebut bahawa memukul adalah jalan terakhir setelah ibubapa sudah putus harap. Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

7) DOA
Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.

Proses ajar anak solat dan pentarbiyyah tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia adalah proses yang amat panjang. Usah jemu dalam proses pentarbiyyahan ini. Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibubapa dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.

NIKMAT ATAU BEBANAN?Anak adalah anugerah terindah dalam sebuah keluarga.Jadi tiada seorang pun ibbapa yg mahu melihat an...
13/10/2021

NIKMAT ATAU BEBANAN?

Anak adalah anugerah terindah dalam sebuah keluarga.Jadi tiada seorang pun ibbapa yg mahu melihat anak kecundang. Tapi semua inginkan yang terbaik.

Tataplah seorang demi seorang anak-anak kita. MasyAllah, setiap hari semuanya semakin membesar. Buat ibu, pastinya sering merasakan baru sahaja melahirkan mereka.

Begitu cepat masa berlalu. Dari satu fasa ke satu fasa dalam kehidupan anak-anak membesar.

Dimana kita orang tuanya juga akan tiba ke fasa dibaluti kain putih. Kemudian, meninggalkan anak-anak membesar menjadi Soleh dan Solehah.

ketika itu, akhlak mulia dan doa anak-anak paling kita harapkan. Hanya itu boleh dibuat teman selain amal soleh serta sedekah yang dihulurkan.

Anak-anak kita seterusnya akan masuk ke alam remaja. Kemudiannya ke alam dewasa. Saat memasuki usia remaja hati-hati, mereka mula tertarik kepada perhatian kawan-kawan.

Jadi, binalah memori keakraban antara kita dan anak bermula dari kecil. Jangan biarkan ada dihati anak, kawan lebih mengambil tahu hal mereka berbanding orang tua.

Marilah sama-sama kita cipta memori terindah dengan Hadiah Terindah buat Anak-Anak.

Solat adalah tonggak utama mendidik anak-anak ke arah anak soleh dan solehah. Jadi didiklah anak solat Seawal Usia 2 Tahun. Dengan cara Solat di Depan Anak-Anak.

Seterusnya, Sejukkan Hati lihat Anak 4 Tahun Solat Sendirinya. Macam mana?Hadiahkan Alat Solat seperti Telekung, Kopiah, Gadget untuk Solat dan sebagainya.

"TAK PERLU UBAH ANAK MALAS" 🥰Ramai ibu bapa ambil mudah tentang masalah anak malas, sampai menyebabkan masalah anak maki...
12/10/2021

"TAK PERLU UBAH ANAK MALAS" 🥰

Ramai ibu bapa ambil mudah tentang masalah anak malas, sampai menyebabkan masalah anak makin teruk.

Puncanya dari malas belajar boleh menyebabkan anak lebih ketinggalan dan susah nak ingat apa yg dibelajar.

"Nak kongsi cara bantu anak jadi rajin belajar tanpa disuruh"

Pertama selalu bagi ganjaran pada anak iaitu hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya.

Jangan sesekali meremehkan kemampuan anak. Tunjuk kita mempercayai kemampuan mereka.

Sekiranya kita menunjukkan sikap meremehkan kemampuan mereka, semangat atau ghairah belajar mereka akan hilang.

Kesimpulannya, didik dan bantulah anak dengan penuh kasih dan sayang.

Semoga bermanfaat, Sekian terima kasih. 😊

11/10/2021

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang s**a diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. (Riwayat Bukhari & Muslim).


“ 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇,𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇 , 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 “ Puan N...
11/10/2021

“ 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇,𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇 , 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 “ Puan Nur Azrin,37.
PANEL INI 100% MEMBANTU ANAK BELAJAR SOLAT DENGAN CEPAT DAN PANTAS
MANFAAT PANEL ITADREES:

✅MUDAH DAN CANGGIH
✅SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR (KANAK2 DAN DEWASA)
✅SENANG NAK BAWA KEMANA SAHAJA
✅DILENGKAPI 5 WAKTU SOLAT FARDU , SOLAT2 SUNAT SERTA BACAAN ZIKIR

UNTUK INFO LANJUT , SILA TEKAN LINK WHATSAPP DIBAWAH 👇🏻

http://www.wasap.my/+601161007442rajinsolat
http://www.wasap.my/+601161007442rajinsolat
http://www.wasap.my/+601161007442rajinsolat

ATAU , TINGGALKAN NOMBOR ANDA DIRUANGAN KOMEN.

P/S : BARANG SAMPAI BARU BAYAR !

10 Kelebihan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Ramai Orang Tidak Tahu.....................1.Tidak Merasa Azab Kubur....
10/10/2021

10 Kelebihan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Ramai Orang Tidak Tahu.....................
1.Tidak Merasa Azab Kubur.
2.Membantu Masuk Syurga.
3.Pembaca Akan Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Kedalam Syurga.
4.Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW.
5.Menjadi Pengganti Soal Jawab Dengan Mungkar Nakir.
6.Wajah Akan Dicerahkan Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat.
7.Mengampun Dosa Pembaca.
8.Hati Beriman.
9.Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling.
10.Melindungi Dari Seksa.
............

10/10/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Semoga hari anda di penuhi dengan elemen positif.

"RAHSIA SOLAT DHUHA"( MENDATANGKAN REZEKI DAN MENOLAKAN KEMISKINAN ).......................................................
09/10/2021

"RAHSIA SOLAT DHUHA"

( MENDATANGKAN REZEKI DAN MENOLAKAN KEMISKINAN )........................................................................................................................................

Jom kita solat gais,

Cara-caranya:
1.Niat diiringi dengan Takbiratul Ihram.
2.Membaca doa Iftitah.
3.Membaca surah Al-Fatihah.
4.Membaca satu surah dalam Al-Quran.
5.Bacaan yang afdal adalah dari surah Asy-Syam pada rakaat pertama dan rakaat kedua surah Al-Lail.
6.Ruku`.
7.I`tidal.
8.Sujud pertama.
9.Duduk antara dua sujud.
10.Sujud kedua.
11.Setelah selesai rakaat pertama,lakukan rakaat kedua sama seperti rakaat pertama,kemudian tasyahud akhir.
12.Memberi salam.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,😘 Lafaz solat sunat dhuha:"usholli sunnatan d-dhuha rak ataini lillahi ta alaa"Ma...
08/10/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,😘

Lafaz solat sunat dhuha:
"usholli sunnatan d-dhuha rak ataini lillahi ta alaa"

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah taala.

ALHAMDULILLAH MASIH DIBERI PELUANG UNTUK PERGI SOLAT JUMAAT..🤲...SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA HIDUP DI DUNIA ...
08/10/2021

ALHAMDULILLAH MASIH DIBERI PELUANG UNTUK PERGI SOLAT JUMAAT..🤲...

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMINNN🤲

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RAJIN SOLAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RAJIN SOLAT:

Share