02/08/2021
"Otai tolong cek coverage"
"Rumah saya ada unifi ke"
"Ada port lagi ke dekat rumah saya"
"Macam mana nak tahu ada unifi ke tak"
Ni kalau aku nak listkan pertanyaan yang nak kan unifi fibre/maxis fibre memang banyak.
Ok dia simple je nak tahu ada ke tak internet fibre iaitu unifi atau maxis fibre dekat area rumah korang, cuma tengok ada ke tak kotak seperti di dalam gambar ni?
Rumah Taman
- untuk rumah taman kotak ni selalu berada di belakang rumah
- untuk rumah taman di kawasan kedah dan perlis khusus nya yang di bina atas bendang kotak ni ada di depan rumah.
- tergantung di tiang dan bagi yang rumah high end/mewah mereka akan guna kotak warna hijau dan selalunya berada di depan rumah.
Rumah Kampung
- untuk kawasan-kawasan kampung tanah lot, kotak kelabu atau hitam ni di letak di jalan utama depan rumah.
Untuk rumah condo,flat,apartment nanti aku buat dalam entry yang lain ye.
Senangkan nak tahu ada internet fibre ke tak kan? Walaupun korang dah tahu ada internet fibre masih perlu rujuk dengan agen-agen TM untuk cek alamat dan terus mereka akan bagitau sekali ada port ke tak.
Selalunya untuk 1 kotak DP (Distribution Port) pihak TM sediakan 8 port sahaja dan untuk satu lorong rumah kebanyakan TM sediakan 1 DP sahaja!😳 Tapi ada lagi 2 extraport yang banyak orang xtahu, so perlu request tengok ada lagi x port ni yang lebih. Kalau ada bertuahlah tuan!
Maksud nya hanya 8 rumah terawal yang daftar sahaja akan dapat. Bila nampak je kotak Ajaib ni cepat-cepat lah daftar. Nak tunggu port baru pehhh!! Pehhh! Pehh! Boleh koyak mental! Hahaha.
Jadi nak tunggu-tunggu lagi? Tiada masalah. Proses seterusnya bila PORTFULL, aku akan minta buat survey untuk Alternate Port atau Extra Port. Untuk masalah alamat MISSING UNIT tu hilang dari system juga boleh suruh agent tolong buat survey hantar email pada tm.
Proses ni jangan di minta siap harini kahwin esok dapat anak. Proses ni kena tunggu pihak teknikal buatkan survey dulu dan kalau boleh mereka akan beritahu boleh process order.
Nak hantar survey ni bukan boleh pakai air liur je kena lah bagi kerjasama bagi detail lengkap untuk aku email ke pihak TM yang berkenaan.
Boleh tengok pada yang berikut :