02/10/2026
Memperkukuh kerjasama digital ke arah bandar pintar Pulau Pinang.
TM One menerima kunjungan delegasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke TM One Data Centre, Seberang Jaya pada 24 September 2026, bagi berkongsi keupayaan infrastruktur digital dalam menyokong agenda bandar pintar.
Delegasi diketuai oleh TPr. Gs. Mohd Bashir bin Sulaiman, Pengarah Perancangan Pembangunan MBPP, bersama Puan Azrina binti Abu Bakar, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MBPP.
Turut menyambut delegasi ialah Tuan Ts. Saravanan Belusami, Pengurus Besar Perniagaan TM One Wilayah Utara, dan En. Muhammad Izanie, State Head TM One Pulau Pinang.
Lawatan ini merangkumi perkongsian keupayaan pusat data TM One serta inisiatif pendigitalan MBPP, termasuk AI, IoT, Digital Twin dan Virtual Island of Penang (VIP).
TM One komited menyokong aspirasi Penang2030 melalui penyelesaian digital yang selamat, berdaya tahan dan mampan.