06/03/2024
GROW WITH PEOPLE AROUND YOU
Semalam setelah lama tak update di media sosial ni, saya ada buat satu status yang tanya siapa berminat nak buat bisnes bersama saya.
Saya tak sangka yang ada banyak jugak feedback positif nak buat sama2. Bagi saya feedback yang diberikan ada tunjuk minat tu dah sangat besar bagi saya dah. Syukur Alhamdulillah.
Tujuan saya buat status tu sebenarnya adalah bukan suka2 ya. Memang misi kami di Kanaz Group untuk tahun 2024 adalah develop people with passion. Ya, untuk kami grow lebih lagi, kami tak boleh dengan kapasiti yang ada sekarang. Kami kene develop more people with talent and passion.
Tahun ni adalah anniversary yang ke-10 saya dalam dunia perniagaan. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang 10 tahun ni. Sangat warna warni pengalaman tu, ada yang naik sampai tak ingat dunia dan ada yang jatuh tersembam tersungkur menyembah bumi sampai tak mampu nak angkat muka.
So, sepanjang 10 tahun ni, inshaa Allah, saya dan juga rakan-rakan saya ada sedikit pengalaman dan juga network kenalan berkaitan dengan perniagaan ini. Kalau ada org tanya bagaimana nak mulakan bisnes dari kosong hingga capai multi million ringgit, inshaa Allah kami boleh beri jalan dan cara bagaimana nak sampai ke sana. ( Cara tu adalah cara yang kami pernah buat laa ya. Yang tak pernah buat kita tak advise).
Jadi, setelah berbulan berfikir dan rangka bagaimana nak go through tahun 2024 ini, kami sepakat nak buat bisnes kami ini bersama anda. Ya, Anda yang tengah baca status ini.
Syarat utama nak buat bisnes dengan kami adalah perlu ada :
1) Jiwa
2) Semangat ingin berjaya
Cukup 2 ni aja. Modal? Tak perlu modal. Semuanya kami fund. Mula dengan kami, kami kongsikan network, cara, strategi dan langkah bagaimana nak sustain.
Cuma, tuan-tuan dan puan-puan, bisnes yang anda akan buat bersama kami adalah bisnes IT. Secara spesifiknya adalah software engineering business. Kami sudah sediakan ready made product IT, ERP solution yang mengandungi Accounting, HR, Invoicing, Inventory, Team Management, Staff KPI, Purchasing Management, Sales Record, Sales Management Tools dan Business Overview dashboard. Semua ini dah diuji, dan dah ada pengguna dah pun. Support technical team lengkap, cuma perlukan business development team sahaja untuk bersama kami dan kita growkan solution ini bersama.
Jika anda nampak ada peluang lain atau features yang perlu ditambah dalam produk ini, boleh advise, kita akan tambahkan untuk customization kegunaan pelanggan kita.
Bila kita sebut kita buat bisnes bersama, bukanlah maksudnya kerja anda hanya menjual sahaja. Kita perlukan input anda juga untuk berikan buah fikiran bernas bagaimana kita nak susun gerak kerja, ibarat anda adalah salah seorang pengarah dalam syarikat kami !
Kalau ada yang tanya kenapa produk IT dan bukan produk lain, jawapannya adalah kerana produk IT ini mempunyai margin yang baik dan kita boleh tawarkan peratusan keuntungan yang selesa untuk anda.
Berapa keuntungan yang kita nak kongsikan untuk anda tu? 40% ya tuan-tuan dan puan-puan.
Tapi, ada jugak kawan - kawan saya yang personal mesej saya tanya semalam, kalau dia yang masih bekerja ni macam mana nak buat bisnes. Terikat dengan jadual kerja yang pack. Jangan risau, jika anda bekerja, tapi masih nak buat bisnes cuma taknak jalankan proses operasi tu, kita ada program pelaburan perniagaan.
Kita akan guide anda untuk jadi "pelabur budiman" ( angel investor). Cuma bezanya adalah kita akan bawakan portfolio pelaburan yang risiko sangat rendah dan hampir pasti mendapat pulangan. ( tak 100% laa confirm ya). Program pelaburan kita ini khas untuk mendidik anda yang ingin jadi Sophisticated Investor , yang mana anda akan memiliki net worth minimum RM 3 juta.
Ini 2 program berbeza yang kita nak tawarkan kepada anda.
Kepada yang berminat dan nak tau lebih lanjut tentang program "Business With Kanaz Group" ini, kami nak jemput anda ke HQ kami untuk sesi penerangan . Detail boleh rujuk di komen yang pertama ya.
Nota : Minggu ini ada billionaire Malaysia yang minta rakyat Malaysia hentikan kempen b0ik0t sesetengah jenama Mat Salleh ni, bagi saya adalah, apa yang kami sedang buat ini adalah kami wujudkan produk yang selalu didominasi oleh bangsa dan negara lain. Kami wujudkan produk keluaran 100% anak tempatan dan Melayu bumiputera Islam. So, sokonglah kami, tinggalkan solution atau produk negara lain tu. Hahahahahah
Jangan Lupa tengok komen pertama