22/12/2025
Nampak remeh,tapi sekali dh terkena infection boleh bepeluh jugak tahan sakit waktu bersihkan luka. Credit to Mobile Heaven
'Emm, malas la nak ganti, takde masa"
Lelaki ini menyedari jari kanannya bengkak dan terdapat beberapa kesan warna hitam sejak 2 minggu.
Dia diberitahu doktor di klinik di puncak Alam bahawa jarinya terkena jangkitan kuman dan kemudian diberi ubat tahan sakit dan antibi0tik. Tapi keadaannya tak berubah akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Dia terkejut bila dimaklumkan ada kemungkinan jarinya terpaksa dipotong sekiranya lambat dirawat. Mujurlah jarinya sudah semakin sembuh dan hanya perlu ke hospital untuk dicuci luka.
Screen protector (tempered glass) di handphonenya sudah retak (crack) sejak 4 bulan tetapi tidak diganti atau ditanggalkan hingga menyebabkan jarinya dijangkiti kuman.
Jadi kepada korang, kalau screen protector retak atau rosak, sila tanggalkan terus ya. Ganti baru jika perlu.