NADI PPR Salak Selatan

NADI PPR Salak Selatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat.

NADI adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana NADI yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, NADI juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di NADI tersebut.

NADI X ESUKAN: Podcast kepentingan kesihatan dalan e-sukanTujuan Program NADI x E-Sukan – Podcast Kepentingan Kesihatan ...
10/06/2025

NADI X ESUKAN: Podcast kepentingan kesihatan dalan e-sukan

Tujuan

Program NADI x E-Sukan – Podcast Kepentingan Kesihatan dalam E-Sukan merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan pemain e-sukan. Aktiviti ini menampilkan Dr. Zatul, seorang pakar dalam bidang kesihatan dan pengasas Esports Medic, sebagai penceramah utama.

Aktiviti

Podcast meningkatkan kesedaran pemain e-sukan tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental. Ia juga memberi pendedahan mengenai amalan gaya hidup sihat dalam dunia e-sukan. Podcast ini menjelaskan risiko kesihatan yang berkaitan dengan e-sukan serta langkah pencegahannya. dalam masa yang sama ia menyediakan platform perbincangan antara pemain dan pakar kesihatan.

Kesan kepada Mangsa 📝Kesan buli siber adalah sangat mendalam dan boleh menjejaskan kesihatan mental serta prestasi akade...
04/06/2025

Kesan kepada Mangsa 📝

Kesan buli siber adalah sangat mendalam dan boleh menjejaskan kesihatan mental serta prestasi akademik seseorang. Mangsa berdepan dengan tekanan emosi, kemurungan, keresahan dan dalam kes tertentu, mencederakan diri atau percubaan membunuh diri. Kajian menunjukkan bahawa remaja dan mahasiswa yang menjadi mangsa buli siber cenderung untuk menarik diri daripada masyarakat dan mengalami gangguan tidur serta penurunan keyakinan diri.

Buli siber bukanlah isu kecil. Ia adalah realiti pahit yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak — pelajar, pensyarah, pentadbiran universiti dan masyarakat. Sebagai komuniti akademik yang bertanggungjawab, kita wajib mewujudkan budaya komunikasi yang sihat, menyokong mangsa dan menolak segala bentuk penyalahgunaan media digital. Bersama kita wujudkan ruang maya yang selamat, beretika dan menyantuni semua.

Dunia digital hari ini telah membuka pelbagai ruang komunikasi dan interaksi sosial tanpa sempadan. Namun, dalam keghair...
04/06/2025

Dunia digital hari ini telah membuka pelbagai ruang komunikasi dan interaksi sosial tanpa sempadan. Namun, dalam keghairahan menjelajah alam maya, wujud satu fenomena berbahaya yang semakin membimbangkan – buli siber. Tidak seperti buli fizikal yang berlaku di institusi pendidikan atau di tempat awam, buli siber tersembunyi di balik skrin dan boleh berlaku 24 jam tanpa henti. Ia merupakan ancaman senyap yang memberi kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental dan emosi mangsa.

Buli siber merujuk kepada sebarang bentuk penghinaan, pengancaman, penyebaran aib, dan gangguan yang dilakukan melalui medium digital seperti media sosial, aplikasi pesanan segera, emel atau laman web. Antara bentuk buli siber yang sering berlaku termasuklah mesej berbaur hinaan dan kecaman di media sosial, penyebaran gambar peribadi tanpa kebenaran, fitnah atau penyebaran berita palsu, pengasingan sosial dalam talian, dan menyamar sebagai orang lain.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 🚨🚨🚨PERHATIAN🚨🚨🚨KAMI PERLUKAN MAKLUM BALAS ANDA!!!Kami hanya perlukan 10minit - 15m...
29/05/2025

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
🚨🚨🚨PERHATIAN🚨🚨🚨
KAMI PERLUKAN MAKLUM BALAS ANDA!!!
Kami hanya perlukan 10minit - 15minit sahaja untuk menjawab panggilan survey dalam talian yang dikendalikan oleh IPSOS MALAYSIA.
APA ITU IPSOS?
🔴 IPSOS ialah 1 organisasi yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan pasaran dan pendapat umum.

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil berkata Kementerian Komunikasi giat memperkukuh keselamatan dalam talian, term...
29/05/2025

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil berkata Kementerian Komunikasi giat memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk pengesahan identiti pengguna, bagi melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual siber.

OBJEKTIF SIDANG KEMUNCAK ASEAN 20251. Memperkukuh kerjasama serantauMengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN dal...
27/05/2025

OBJEKTIF SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2025

1. Memperkukuh kerjasama serantau

Mengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan keselamatan demi kepentingan bersama.
2. Menangani isu serantau dan global

Menyelaraskan pendirian bersama terhadap cabaran seperti krisis ekonomi, pandemik, perubahan iklim, keselamatan siber, dan ketegangan geopolitik.
3. Mempromosi keamanan dan kestabilan

Mewujudkan dialog terbuka dan diplomatik untuk mencegah konflik serta mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
4. Mengukuhkan identiti Komuniti ASEAN

Membangunkan rasa kekitaan dan perpaduan serantau melalui inisiatif sosial, budaya, dan pendidikan yang menyatukan rakyat ASEAN.
5. Menggalakkan keterangkuman dan pembangunan mampan

Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan merangkumi negara-negara yang kurang maju dalam kalangan anggota ASEAN.
Negara yang Terlibat
Berikut ialah senarai 10 negara yang terlibat dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke - 46;

Malaysia
Brunei Darussalam
Kemboja (Cambodia)
Indonesia
Laos
Myanmar
Filipina (Philippines)
Singapura
Thailand
Vietnam

Timor-Leste (Timor Leste) kini telah diterima secara prinsip sebagai anggota ke-11 ASEAN, namun masih dalam proses pelaksanaan keanggotaan penuh. Negara ini menyertai sebahagian mesyuarat sebagai pemerhati.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan ruma...
27/05/2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan rumah kepada perhimpunan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN.

Dijadual berlangsung hujung bulan ini, sidang kemuncak berprofil tinggi ini akan menghimpunkan ketua-ketua negara bagi membincangkan isu-isu serantau seperti kerjasama ekonomi, keselamatan, perubahan iklim, digitalisasi dan hubungan luar.

Sebagai hos rasmi, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju strategik ASEAN untuk tahun mendatang. Dalam masa yang sama, rakyat terutama di ibu negara dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kesesakan lalu lintas dan sekatan jalan tertentu.

Sidang ini berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim, dan hubungan luar.

Dihadiri oleh ketua-ketu negara atau kerajaan dari 10 negera anggota iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sidang ini memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dasar dan inisiatif serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.

Melalui deklarasi dan perjanjian yang dipersetujui, ASEAN terus memperkukuh perpaduan dan identitinya sebagai satu komuniti serantau yang dinamik serta berpengaruh di peringkat global.

Address

NADI PPR SALAK SELATAN, BLOK B Jalan 3, KAMPUNG BARU SALAK SELATAN
Kuala Lumpur
57100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Salak Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI PPR Salak Selatan:

Shortcuts

Share