NADI Malaysia

NADI Malaysia Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

13/11/2026

Demam merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kanak-kanak. Namun, bilakah demam boleh dirawat di rumah dan bilakah ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan rawatan segera? Apakah tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan bagi memastikan keselamatan si kecil?

Jom sertai webinar Studio Sihat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang demam dalam kalangan kanak-kanak, punca-punca yang berkemungkinan, cara menguruskan demam di rumah serta tanda-tanda bahaya yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Bersama: Dr Yap Hsiao Ling, Pakar Perunding Pediatrik, Ketua Jabatan Kecemasan Pediatrik, Hospital Tunku Azizah
Tarikh: 13 November 2026 (Jumaat), Masa: 10.30 pagi

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan meningkatkan keyakinan dalam menguruskan demam anak dengan betul. Kenali tanda-tanda amaran dan ketahui bila masanya untuk mendapatkan rawatan demi kesihatan dan keselamatan anak-anak!

Saksikan secara langsung di YouTube Studio Sihat!

📍 Google Meet:
👉 https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

YouTube Live:
https://www.youtube.com/

WAJIB daftar melalui:

NES (MCMC) 👉 Cari aktiviti dalam NES menggunakan KOD sahaja: W197

Hubungi petugas NADI terdekat anda. Layari nadi.my

Usahawan NADI Dr. Mislina Atan dari NADI Taman Seri Paya Rumput, Melaka , mengembangkan perniagaan Alina Batik bukan sekadar menghasilkan produk berkualiti, tetapi juga mempelajari cara untuk memperkenalkannya kepada pasaran yang lebih luas.

Melalui Program NADIpreneur, beliau berpeluang mempelajari kemahiran pemasaran platform digital bagi meningkatkan keterlihatan jenama dan menarik lebih ramai pelanggan dalam talian.

Hasil usaha tersebut, Alina Batik berjaya meluaskan pasarannya dan menerima tempahan dari dalam serta luar negara.

Pengalaman beliau membuktikan bahawa kesediaan untuk terus belajar, meneroka teknologi digital dan menyesuaikan diri dengan perubahan mampu membuka peluang baharu dalam dunia perniagaan.

Kisah Alina Batik menjadi inspirasi kepada usahawan tempatan untuk terus berkembang dan melangkah lebih jauh dengan sokongan NADIpreneur, antara inisiatif keusahawanan di bawah Perkhidmatan Pintar NADI. 💙

KeusahawananDigital

NADI Menyokong Inovasi dan Transformasi Digital!NADI turut memberikan sokongan kepada 3rd My4IRC Summit 2026 yang berlan...
11/11/2026

NADI Menyokong Inovasi dan Transformasi Digital!

NADI turut memberikan sokongan kepada 3rd My4IRC Summit 2026 yang berlangsung pada 11 hingga 12 November 2026 di Universiti Malaya-Wales, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Driving Supply Chain & Service Excellence Through Innovation and Technology”, persidangan ini menghimpunkan pakar industri, ahli akademik dan peneraju teknologi untuk berkongsi idea serta meneroka potensi kecerdasan buatan (AI), automasi dan teknologi Industri 4.0.

Seiring dengan usaha memperkukuh literasi dan kemahiran digital komuniti, NADI turut membawakan inisiatif 1 NADI 1 Prompt Engineer bagi memperkasa kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi AI serta pembangunan keupayaan prompt engineer di peringkat akar umbi.

Reruai NADI telah menerima kunjungan YB Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Sri Mohd Shahar bin Abdullah, yang berkesempatan melihat usaha dan inisiatif NADI dalam memperkasa kemahiran digital serta menyokong transformasi teknologi komuniti.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan NADI dalam menyokong perkembangan teknologi dan inovasi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada komuniti untuk mengadaptasi kemajuan digital.

Teknologi berkembang, komuniti turut melangkah maju!

10/11/2026

Malaysia sedang membangunkan pelan nasional bagi peralihan infrastruktur maklumat kritikal negara kepada kriptografi pascakuantum sebagai persediaan menghadapi ancaman baharu susulan perkembangan pengkomputeran kuantum. 🔐💻

Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dan terselaras melalui kerjasama MCMC, MKN, NACSA serta syarikat telekomunikasi, termasuk penyelidikan dan pembangunan bagi menguji penyelesaian serta memastikan perkhidmatan penting tidak terjejas. 🛡️⚙️

10/11/2026
10/11/2026

Malaysia menggesa peluasan ketersambungan digital melangkaui kawasan berpenduduk dengan memberi tumpuan kepada lokasi ekonomi utama seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya melalui penerokaan konsep Coverage of Economic Areas (CoEA). 🌐📶

Setakat September 2026, liputan Internet di kawasan berpenduduk mencapai 99.75% manakala langganan 5G mencecah 31.3 juta. Usaha turut diperkukuh melalui 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kempen keselamatan Internet serta pengukuhan keselamatan dalam talian. 💻🛡️

10/11/2026

Senggugut atau sakit haid sering dianggap perkara biasa yang perlu ditahan setiap bulan. Namun, tahukah anda bahawa sakit haid yang terlalu kuat, berpanjangan atau mengganggu aktiviti harian mungkin petanda masalah kesihatan yang memerlukan perhatian?

Jom sertai webinar Studio Sihat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang punca senggugut, cara membezakan sakit haid biasa dengan gejala yang perlu diberikan perhatian, serta bilakah anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor.

Bersama: Dr. Nurleiyana Ramly, Pegawai Perubatan, MRIC Healthcare

Tarikh: 10 November 2026 (Selasa), Masa: 10.30 pagi

Jangan anggap kesakitan sebagai sesuatu yang perlu ditahan begitu sahaja! Tingkatkan kesedaran tentang kesihatan haid dan ketahui bila masanya untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Saksikan secara langsung di YouTube Studio Sihat!

📍 Google Meet:
👉 https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

YouTube Live:
https://www.youtube.com/

WAJIB daftar melalui:

NES (MCMC) 👉 Cari aktiviti dalam NES menggunakan KOD sahaja: W196

Hubungi petugas NADI terdekat anda. Layari nadi.my

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby computer & electronics services