My Veteran Mall

My Veteran Mall Aplikasi digital sehenti yang memberi akses kepada Veteran ATM ke pelbagai kemudahan untuk pengurusan

MyVeteranMall diwujudkan untuk menggalakkan penyertaan Veteran ATM yang berdaftar di bawah JHEV ATM memperluaskan lagi capaian perniagaan mereka dan memberi banyak kebaikan melalui kemudahan di aplikasi ini. Platform ini mampu mengembangkan perniagaan mereka dengan sistem pemasaran yang baik. Kemudahan dalam aplikasi ini seperti eInfo, eDagang, eServis dan Tabung Pahlawan diwujudkan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti Veteran ATM dan keluarga. JHEV - Menyemak maklumat berkenaan dengan Veteran ATM yang melibatkan urusan dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM serta, untuk mendapatkan berita-berita terkini berkenaan dengan JHEV. eDagang - Platform yang menyediakan perniagaan atas talian khusus untuk Veteran ATM. eServis - Perkhidmatan Veteran ATM serta pembayaran bil-bil secara atas talian. Tabung Pahlawan - Saluran sumbangan secara atas talian untuk Tabung Pahlawan. MyVeteranMall membolehkan para veteran terus berhubung antara satu sama lain di samping membina perniagaan. Aplikasi MyVeteranMall boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Store hari ini.

Address

No. 2, Jalan 4/76C, Desa Pandan
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Veteran Mall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share