NADI Kampung Padang Tara

NADI Kampung  Padang Tara 📆 Dibuka Setiap Hari,Kecuali Cuti Umum
⏰ 9.00 AM-6.00PM

☎️ Tel NADI: +60 16-232 9726
Pengurus: +6 014-813 2834
Pen Pengurus: +6 013-702 8901

Dibuka Setiap Hari, Kecuali Cuti Umum

9.00 Am -6.00Pm

Hubungi :

Pengurus (0148132834)
Penolong Pengurus (0148079201)

10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”� 28 Ogos – 6 September 2026 �10.00 pagi – 10.00 malam �MAEPS Serdang, SelangorLayari...
08/08/2026

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
� 28 Ogos – 6 September 2026
�10.00 pagi – 10.00 malam �MAEPS Serdang, Selangor

Layari: www.mahaofficial.com.my Media sosial rasmi: (Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





08/08/2026

MAHA 2026 KEMBALI LAGI!
Pameran pertanian terbesar negara kembali
menghimpunkan inovasi, teknologi, warisan, agropelancongan dan pelbagai pengalaman menarik dalam satu destinasi.
📅 28 Ogos hingga 6 September 2026
🕙 10.00 pagi hingga 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor
Terokai inovasi. Raikan warisan. Cipta kenangan bersama di MAHA 2026.
Layari laman sesawang MAHA 2026 di
www.mahaofficial.com.my.
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)
Jumpa anda di sana!




See less

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
08/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

� 28 Ogos – 6 September 2026
� 10.00 pagi – 10.00 malam
� MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
keterjaminan makanan demi masa depan negara.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my Media sosial rasmi: (Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





Mahir Masak
05/08/2026

Mahir Masak

Mahir Prompt
05/08/2026

Mahir Prompt

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,TAKWIN AKTIVITI /PROGRAM NADI KAMPUNG PADANG TARA BAGI BULAN OGOS 2026.Bagi yang bermi...
04/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
TAKWIN AKTIVITI /PROGRAM NADI KAMPUNG PADANG TARA BAGI BULAN OGOS 2026.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan info program/ aktiviti di NADI Kampung Padang Tara boleh menyertai group KOMUNITI
NADI melalui link di bawah
https://chat.whatsapp.com/D3l8tXF5QtCL2GTIESeIeC
atau hubungi 016-232 9726

🔴 LIVE WEBINARJOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer MalaysiaAdakah anda tahu scammer kini mengguna...
04/08/2026

🔴 LIVE WEBINAR

JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia

Adakah anda tahu scammer kini menggunakan pelbagai taktik baharu untuk memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan, percintaan dan penghantaran bungkusan?

Sertai webinar ini untuk mempelajari:
✅ Cara mengenal pasti modus operandi Job Scam, Love Scam dan Parcel Scam.
✅ Taktik terkini yang digunakan oleh scammer di Malaysia.
✅ Langkah melindungi diri, keluarga dan maklumat peribadi daripada menjadi mangsa penipuan.
✅ Tips keselamatan digital yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

📅 Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
🕒 Masa: 3.00 Petang – 4.30 Petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa

📌 Syarat Penyertaan

✔️ Berdaftar sebagai Ahli NADI
✔️ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

⚠️ Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan melindungi diri daripada ancaman scam yang semakin berleluasa.

📍 Layari NADI berhampiran anda untuk maklumat lanjut

03/08/2026

📢 PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY PERWIRA CYBER 2026 KINI DIBUKA!

1 NADI, 1 Perwira Cyber!

Jom sertai NADI x Cybersecurity Perwira Cyber 2026 dan menjadi Perwira Cyber di Pusat NADI anda – individu rujukan komuniti dalam aspek keselamatan siber. 🛡️💻

Cara pendaftaran:
1️⃣ Kunjungi Pusat NADI berhampiran.
2️⃣ Daftar sebagai Ahli NADI (jika belum) & cipta akaun Cybersecurity LMS.
3️⃣ Log masuk ke LMS, enrol ke Program Perwira Cyber 2026 dan lengkapkan borang pendaftaran.
4️⃣ Peserta yang berjaya akan menerima e-mel pengesahan berserta maklumat program dan arahan seterusnya.

⏰ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026

📩 Sebarang pertanyaan:
[email protected]

🚀 Rebut peluang untuk menjadi Perwira Cyber dan bersama-sama memperkasakan komuniti dengan ilmu serta kesedaran keselamatan siber!

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Kampung Padang Tara
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Padang Tara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kampung Padang Tara:

Shortcuts

Share