23/09/2014
Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan
Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Datoโ Dr. Haron Din
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu
ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau
dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk
bermohon agar Allah SWT mengembalikan
semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari
dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan
bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang
hilang atau dicuri.
(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir. (Gambar )
(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut
kaedah seperti berikut;
Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan
Mubin (ู
ุจูู) yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah
supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,
kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama,
berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai
mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali
di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan
Yaasin daripada mula.
c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan
ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik
membaca Yaasin daripada mula.
d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah
balik membaca Yaasin daripada mula.
e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian
patah balik membaca Yaasin daripada mula.
f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69).
Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di
mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam
dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan
bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28
kali.
(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan
ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui
barang telah hilang.