Kompleks Bersepadu Kem. Komunikasi & Multimedia, Off Jalan Lintas Kepayan

Kompleks Bersepadu Kem. Komunikasi & Multimedia, Off Jalan Lintas Kepayan Kompleks Bersepadu KKMM menempatkan Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, BERNAMA & JASA ENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.

Dahulu bangunan ini dikenali KOMPLEKS BERSEPADU KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN. Kini ia dikenali sebagai KOMPLEKS BERSEPADU KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA ringkasnya KKM ini telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutuan di bawah program Private Funding Initiative (PFI). Ia terletak di kawasan 17.54 ekar di Jalan Lintas, Kepayan, Kota Kinab

alu, Sabah. Pembinaanya bermula pada Mac 2009 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2011. Kompleks setinggi 5 tingkat ini menempatkan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan BERNAMA. Bangunan bernilai kira-kira RM74.8 juta ini terdiri daripada 2 blok utama, iaitu blok pentadbiran setinggi 5 tingkat dan blok studio radio dan TV yang mempunyai kemudahan terkini dan 2 buah bilik rakaman suara latar serta bilik suntingan. Kemudahan-kemudahan lain ialah seperti surau dalam bangunan, masjid, kafeteria dan balai pengawal keselamatan, selain tempat meletak kenderaan yang luas disediakan untuk kemudahan kakitangan dan para pengunjung. Sebuah auditorium bakal di bina dan dijangka boleh memuat kira-kira 800 penonton pada satu-satu masa di tapak yang sama. Pada 19 Disember 2011, Jabatan Kerja Raya Sabah dengan rasminya menyerahkan Kompleks Bersepadu KPKK dan bangunan ini mula digunakan secara berfasa selepas itu hingga kini.

Kalangan wargakerja KKMM yang berminat meluaskan ilmu secara sambilan dalam bidang-bidang berkaitan seperti dipaparkan d...
14/09/2018

Kalangan wargakerja KKMM yang berminat meluaskan ilmu secara sambilan dalam bidang-bidang berkaitan seperti dipaparkan di sini, sila layari laman sesawang yang tertera.

06/07/2018

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA. SELAMAT DATANG..

05/06/2018

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI DI APLIKASI HRMIS
Untuk makluman Modul Pengurusan Rekod Peribadi adalah modul asas di dalam HRMIS yang mengandungi maklumat peribadi, keluarga, pendidikan, akaun bank, anugerah dan pengalaman kerja bagi penjawat awam. Maklumat yang dijana melalui pelaksanaan modul ini merupakan satu rekod yang sah dan boleh digunakan sebagai rujukan dan pelaksanaan sebarang urusan perkhidmatan seperti penempatan, kenaikan pangkat, pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri dan Surat Pengesahan Diri & Perakuan Pegawai (eGL).
.
Walau bagaimanapun masih terdapat pegawai di Bahagian/Jabatan/Agensi KKMM yang masih belum mengisi atau mengemaskini maklumat terkini di dalam modul tersebut.
Semua pegawai dikehendaki mengisi dan mengemaskini maklumat terkini seperti berikut di dalam Modul Rekod Peribadi HRMIS:-

i. Gambar (rujuk Syarat dan Peraturan muatnaik gambar-LAMPIRAN B);
ii. Alamat tempat tinggal/ surat menyurat;
iii. Pendidikan tertinggi;
iv. Nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit;
v. E-mel rasmi KKMM (sekiranya ada)/e-mel peribadi;
vi Keluarga (ibu/bapa/suami/isteri/anak- perlu diisi . . lengkap);
vii Akaun bank ( lengkapkan cawangan bank); dan
viii. Maklumat-maklumat lain (seperti anugerah yang . diperolehi, pengalaman bekerja dan lain-lain).
.
Pengemaskinian maklumat tersebut hendaklah dibuat selewat-lewatnya 8 Jun 2018 (Jumaat). Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas boleh diajukan kepada Unit HRMIS melalui talian 03-89115830/5829/5828.

Sila ambil perhatian


Sumber info:
Unit Pengurusan Data HRMIS
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Aras 22, Kompleks KKMM
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 W.P. PUTRAJAYA

Pemakluman penting kepada semua wargakerja jabatan dan agensi KKMM dan juga orang ramai.
04/05/2018

Pemakluman penting kepada semua wargakerja jabatan dan agensi KKMM dan juga orang ramai.

04/05/2018
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTaC)  sedang giat melaksanakan Kempen Melawat Malaysia (VM 2020) di d...
29/04/2018

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTaC) sedang giat melaksanakan Kempen Melawat Malaysia (VM 2020) di dalam dan luar negara. VM2020 ini telah diumumkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa dalam pembentangan Bajet 2018. Kempen Melawat Malaysia (VM 2020) yang bertemakan ‘Travel.Enjoy.Respect’ bertujuan untuk menarik pelancong asing ke negara ini seramai 36 juta orang dengan penjanaan pendapatan pelancongan negara sebanyak RM168 billion. VM2020 merupakan satu misi nasional yang mana pelaksanaannya akan memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam industri pelancongan dan kebudayaan negara dan menjadi pemangkin untuk mencapai sasaran-sasaran di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP).

Sehubungan itu, MoTaC mohon sokongan dan kerjasama padu setiap Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya untuk bersama-sama menjayakan kempen nasional ini. Bagi memastikan kempen ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan holistik, MoTaC telah menyediakan bahan promosi iaitu logo VM 2020 untuk digunakan secara meluas dalam setiap promosi dan publisiti program/aktiviti yang dilaksanakan di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

4. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi email [email protected] dan Sekretariat VM 2020 seperti maklumat di bawah:

(a) Pn Norlizah Binti Jahaya 03-8891 8420
(b) Encik Ahmad Kamarudin Bin Yusoff 03- 8891 8468
(c) Pn Shanina Binti Samsuri 03-8891 8441
(d) Cik Shazalina Binti Ghazalli 03-8891 8494
(e) Encik Rafidi Ismail 03- 8891 8404

29/04/2018




Kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi Selamat Menunaikan tanggungjawab anda.

29/04/2018



13/04/2018
25/03/2018

​Bagi para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 yang tidak dapat hadir ke majlis itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Mac 2018 bolehlah menuntut insentif APC daripada Unit Prestasi, Seksyen Sumber Manusia, Tingkat 7, Wisma TV atau menghubungi no.telefon 03-2288 8363 untuk keterangan lanjut terutama bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mempelawa wargakerja Ke...
25/03/2018

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mempelawa wargakerja Kementerian/Jabatan/Agensi sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). AKRAB merupakan akronim daripada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja dalam meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

Wargakerja kementerian/jabatan/agensi yang berminat dan memiliki personaliti positif, altruistik serta komited adalah dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada kami, AKRAB KKMM dengan mengisi borang permohonan AKRAB secara atas talian melalui capaian https://goo.gl/13zBZ8.

PELAWAAN MENGHADIRI KURSUS ASAS HAKMILIK STRATAAnjuran Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Sumber Asli ...
07/03/2018

PELAWAAN MENGHADIRI KURSUS ASAS HAKMILIK STRATA

Anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

:
3 – 5 April 2018 (Selasa – Khamis)

:
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Behrang, 35950 Tanjung Malim, Perak

Penyertaaan :
Pegawai Gred 17 hingga 54

Yuran :
RM30.00

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang penyertaan melalui laman web INSTUN www.instun.gov.my, atau dengan mengisi Borang Permohonan Kursus INSTUN/UM/01 yang dilampirkan dan dikembalikan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KKMM sebelum atau pada 18 Mac 2018 (Rabu) untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus ini boleh menghubungi urus setia ditalian 03-8911 5925 / [email protected]

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Address

Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Off Jalan Lintas, Kepayan
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

6088712344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Bersepadu Kem. Komunikasi & Multimedia, Off Jalan Lintas Kepayan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share