29/01/2026
SAMBUTAN ULANG TAHUN INFRA QUEST SDN. BHD. KE-29
28 Januari 2026 | Seoul Garden Korbi Grill, KB Mall Kelantan
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun penubuhan syarikat yang ke-29.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Datoβ Sr. Hj Zamri bin Hj Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), barisan pengurusan serta seluruh warga kerja Infra Quest Sdn. Bhd. yang bersama-sama memeriahkan sambutan dalam suasana penuh harmoni.
Sepanjang 29 tahun penubuhan, Infra Quest Sdn. Bhd. terus komited dalam memperkukuhkan peranan sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing dalam industri telekomunikasi, selaras dengan visi dan misi syarikat untuk memberikan perkhidmatan berkualiti serta berintegriti.
Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap pencapaian syarikat sepanjang penubuhannya, malah turut menjadi platform bagi mempererat hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan kakitangan, di samping menyuntik semangat baharu untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang dan mampan.
Semoga Infra Quest Sdn. Bhd. akan terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta kekal relevan dalam mendepani cabaran industri yang semakin mencabar.