Factory Mobile Nilam Puri

Factory Mobile Nilam Puri Pusat servis iPhone, Android, Laptop PC & MAC

Kami turut menjual laptop dan hp terpakai serta baru.

Pusat Servis Profesional untuk iPhone, Android, Laptop PC dan Macbook

17/03/2026
🔥Laptop Berkuasa Untuk Kursus Berat🔥Sesuai untuk Kejuruteraan, Game Design, Animasi 3D, VFX, Video Editing & Digital Med...
14/01/2026

🔥Laptop Berkuasa Untuk Kursus Berat🔥

Sesuai untuk Kejuruteraan, Game Design, Animasi 3D, VFX, Video Editing & Digital Media
✔ AutoCAD, SolidWorks, MATLAB, ANSYS jalan lancar
✔ Unity, Unreal, Blender & Adobe tanpa lag
✔ GPU Dedicated – simulasi & rendering laju
✔ Multitasking projek + report + presentation serentak
🎓 Pilihan pelajar Engineering & kreatif
Beli sekali, guna dari semester 1 sampai kerja 💻
👉 Kalau kursus berat, jangan guna laptop biasa.

RM2999

Terima kasih wakil Bos KZ Garage.Ipad wife beliau mati tiba2 bila tengah guna. Bila technician cek tiada lain yang probl...
11/01/2026

Terima kasih wakil Bos KZ Garage.

Ipad wife beliau mati tiba2 bila tengah guna.

Bila technician cek tiada lain yang problem melainkan cpu. Reball semula, done!

Ada smartphone, laptop, iPhone atau Mac yang rosak motherboard? Boleh hantar terus ke Factory Mobile Nilam Puri, KB

atau WhatsApp 0196432090 untuk kita ambil di rumah atau pejabat.

🔥 LAPTOP NIPIS & RINGAN UNTUK GAMING + EDITING🔥Nak laptop yang laju, ringan dan fleksibel? Yang boleh buat kerja, kelas ...
10/12/2025

🔥 LAPTOP NIPIS & RINGAN UNTUK GAMING + EDITING🔥

Nak laptop yang laju, ringan dan fleksibel? Yang boleh buat kerja, kelas online, editing, malah gaming ringan? Ini pilihan paling berbaloi!

✨ Spesifikasi & Kelebihan POWER:

💻 Intel Core i5 11th Gen – laju, smooth, sesuai multitasking berat

🎮 Intel Iris Xe Graphics – optimize untuk editing, grafik & game ringan

🖥️ 13.3” Touchscreen – boleh lipat jadi tablet, siap support pen

🔋 Boleh cas guna powerbank – kerja di mana saja!

⚡ On terus bila buka skrin – tak payah tekan butang

💤 Tutup skrin terus tidur – tak perlu shutdown

🔊 2 Speaker depan padu – bunyi lebih jelas & kuat

🖥️ Support 2 monitor luar – untuk multitasking level pro

💡 Keyboard backlit – menaip dalam gelap pun steady

🔐 Integrated IC Reader – boleh baca kad IC/JPJ

👆 Fingerprint + Face ID – unlock sekelip mata

🏗️ Body Aluminium CNC – premium & tahan lasak

⚡ 16GB RAM + 256GB NVMe SSD – loading SUPER laju

💰 Harga: RM1,880 sahaja!
Laptop premium, boleh gaming ringan, editing lancar, fungsi lengkap — harga bawah RM2K!

---

❗Stok tak banyak. Siapa cepat dia dapat.
Nak saya reserve satu untuk anda? 😄

Whatsapp +60196432090

"LAPTOP SLOW? JOM TUKAR KE SSD! LEBIH LAJU, LEBIH JIMAT MASA!" DATANGLAH KE FACTORY MOBILE NILAM PURI...✅Siap pasang & s...
02/11/2025

"LAPTOP SLOW? JOM TUKAR KE SSD! LEBIH LAJU, LEBIH JIMAT MASA!" DATANGLAH KE FACTORY MOBILE NILAM PURI...
✅Siap pasang & setting
✅Sesuai untuk belajar & pekerja
✅Jaminan kepuasan
📲019-9972620
📍LOT 1155, Depan Balai Polis Nilam Puri, Kota Bharu, Malaysia

“SAYA INGAT LAPTOP MURAH MESTI LEMBAP…”Tapi lepas try yang ni, terus tak percaya. 😳Buka 5 tab Google, buka Word, Spotify...
31/10/2025

“SAYA INGAT LAPTOP MURAH MESTI LEMBAP…”

Tapi lepas try yang ni, terus tak percaya. 😳

Buka 5 tab Google, buka Word, Spotify, Canva serentak pun masih smooth! 🔥
Semuanya sebab dah upgrade ke SSD + RAM besar 8GB DDR4 — bukan calang-calang.

💻 Intel Core i5 6th Gen
⚡ SSD 256GB — buka fail sepantas 2-3 saat
🧠 8GB RAM — multitask tanpa hang
🎬 Intel HD 520 Graphics — sesuai untuk movie & kerja design ringan
💡 Buka skrin terus hidup (tak perlu tekan power)
🛌 Tutup skrin pun tak perlu shutdown, buka balik terus sambung kerja.

Sesuai sangat untuk:
📚 Pelajar
💼 Pekerja pejabat
💻 Bisnes online
🏡 Pengguna harian yang nak laptop bajet tapi laju

💸 Harga cuma RM700!
📍 Factory Mobile Nilam Puri
📦 Siap warranty 3 bulan
📞Wasap 0196432090

Jangan tunggu sampai habis stok — laptop ni laju bukan setakat prestasi, tapi laju juga orang beli! 😅

17/10/2025

💾 Validrive – Software Kantoikan Storage Palsu!

Pernah beli pendrive “2TB” harga RM30, tapi bila copy movie baru separuh dah corrupt? 😂

Itu tanda besar storage tu fake! Ramai kena tipu sebab nampak murah dan kononnya “kapasiti besar”

Nasib baik ada Validrive, software percuma dari Gibson Research yang boleh bongkar storage palsu dalam masa beberapa minit 🔍

Tak perlu install pun — cuma run, pilih drive, dan Validrive akan test semua ruang dalam storage tu untuk sahkan kapasiti sebenar.

👉 Kalau peta dia semua hijau, tahniah — storage tu legit!
Tapi kalau muncul warna merah atau kosong, maknanya ada ruang tipu — bahagian tu sebenarnya tak wujud 😱

Kelebihan Validrive:
✅ Ringan & pantas
✅ Tak rosakkan data (non-destructive test)
✅ Visual mudah faham – terus nampak mana real, mana fake

Kalau korang s**a beli hard disk, pendrive atau SSD secara online — ini software wajib ada!

Check dulu sebelum guna, jangan bagi scammer ketawa sambil makan duit korang

05/10/2025
SKRIN RETAK? PECAH? TAK RESPON? JANGAN RISAU!
02/09/2025

SKRIN RETAK? PECAH? TAK RESPON? JANGAN RISAU!

PROMOSI MERDEKA SSD!
28/08/2025

PROMOSI MERDEKA SSD!

26/08/2025

RAM slot DDR4 ni, dia punya MANJA... kalah anak raja. Kipas pusing, lampu power menyala, tapi skrin... GELAP MACAM MALAM JUMAAT. 👻

Benda ni jadi makin kerap untuk laptop zaman la ni yang pakai DDR4. Dulu zaman DDR3, rileks ja. Tahan lasak. Jarang sangat jumpa kes socket RAM problem.

Salah satu symptom awai yang boleh check ialah current draw dari motherboard tu sendiri. Ni trick dia:

➡️ STEP 1: WAJIB cabut battery laptop dulu. Kalau nak lagi cun, cabut semua benda (keyboard, SSD, screen), biar motherboard bogel ja supaya bacaan current tak campuq dgn current charging dan lain-lain.

➡️ STEP 2: Sambung motherboard tu kat DC power supply & tekan butang ON.

➡️ STEP 3: Perati bacaan current kat meter.

Selalunya, kalau current tu naik dari 0 sampai cecah dalam 0.4A - 0.6A lepastu dia stuck kat situ, itu petanda besaq :

BIOS dah initialize, CPU dah bangun, tapi system sangkut masa nak detect RAM. Macam orang terjaga dari tidoq, tapi takleh nak bangun dari katil.

Punca utama, pin DDR4 lagi banyak & halus (260 pin vs 204 pin DDR3). Jadi dia lagi sensitif kat habuk & contact issue.

TAPI, ADA LAGI PUNCA "SENYAP" LAIN YANG TERJADI PADA LAPTOP MODEN DDR4 ...

🌡️ PANAS-SEJUK (Thermal Cycling)
Laptop yang guna DDR4 ni lebih canggih, lebih laju dan lebih power. Dalam masa yang sama dia jugak lebih panas.

Bila on laptop, motherboard panas & kembang. Bila shutdown, dia sejuk & kecut.

Proses kembang-kecut ni, ulang ribu-ribu kali, akan bagi stress kat solder joint (pateri) bawah slot RAM tu. Lama-lama, solder tu retak halus.

🚶‍♂️ GEGARAN & LENTURAN (Flexing)
Motherboard laptop DDR4 selalunya lebih nipis berbanding motherboard laptop DDR3.

Bila kita selalu usung laptop tu sana-sini, dia akan mudah melentur sikit-sikit. Bila board kerap melentur solder joint yang retak kat slot RAM tu jadi lagi teruk.

📌 PIN 'SPRING' DALAM SLOT DDR4 YANG LEBIH HALUS
Dalam slot RAM tu sendiri ada beratus-ratus pin sesentuh yang haluih macam jarum.

Pin ni springy, tugas dia nak 'peluk' & tekan kaki RAM tu kuat-kuat bagi signal elektrik jalan cun.

Sebab dia haluih, dia senang problem. Pin ni boleh bengkok, patah, atau 'letih' (hilang spring). Bila pin dah tak menekan rapat, contact pun fail.

👉 CARA CHECK MANUAL SLOT RAM

➡️ Swap Test. Try basic test dulu, tukar ram, cuba slot yang lain.

➡️ Pressure Test. Pasang RAM macam biasa. Masa nak tekan butang ON, jari sebelah lagi TEKAN dengan LEMBUT & STABIL kat atas badan RAM stick tu.

Kalau laptop tiba-tiba boleh on & masuk Windows, SAH! Confirm ada contact yang loose kat socket tu. Tekanan tu tolong rapatkan balik pin yang longgaq.

Jangan tekan kuat-kuat macam nak patahkan motherboard tu pulak. Lembut-lembut sudah.

➡️ Visual Check. Tengok bawah microscope ada tak pin yang bengkok, patah, atau ada bendasing/habuk terperangkap tak. Kadang-kadang, rambut pun boleh jadi punca!

🛠️ CARA NAK REPAIR?

Kalau setakat habuk atau oxidation sikit-sikit, kita boleh cuci contact point dalam slot tu guna alcohol.

RAM stick tu blh cuci guna PEMADAM PEN. Gosok pelan-pelan kat contact kunin tu sampai berkilat. Nasib baik, trick mudah ni pun boleh settle masalah.

TAPI... kalau masalah berpunca dari cold solder atau pin spring dalam socket, kerja dia jadi heavy.
➤ Kena resolder kaki-kaki pin socket tu satu-persatu.
➤ Kena guna microscope, sebab pin dia haluih sangat.
➤ Lagi teruk kena tukar terus slot RAM tu.

Windows 10 akan tamat sokongan update dan Antivirus pada bulan Oktober ni, jadi bolehlah upgrade ke Windows 11 atau yg m...
26/08/2025

Windows 10 akan tamat sokongan update dan Antivirus pada bulan Oktober ni, jadi bolehlah upgrade ke Windows 11 atau yg masih mahu kekal interface Windows 10 boleh Upgrade ke Windows 10 LTSC yg mendapat sokongan sehingga tahun 2032.

Address

Lot 1155, Depan Balai Polis Nilam Puri
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Factory Mobile Nilam Puri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Factory Mobile Nilam Puri:

Share