Smutar Basement

Smutar Basement Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smutar Basement, 4750-B, KG DUSUN, Jalan BAYAM, Kota Bharu.

01/05/2022
3 Fasa Hati sebelum terputusnya sesebuah hubungan... 1. Terasa hati.Apa yg kita buat, adakalanya boleh menyebabkan pasan...
25/01/2022

3 Fasa Hati sebelum terputusnya sesebuah hubungan...

1. Terasa hati.

Apa yg kita buat, adakalanya boleh menyebabkan pasangan terasa...cth perbuatan yg menyebabkan pasangan terasa hati ialah apabila kita buat sesuatu keputusan tanpa berbincang, kita tidak menjaga pergaulan, kita tidak menjalankan kewajipan, kita tidak mengawal lisan sebelum melafazkan apa jua bentuk ucapan, kita membelakangkan pasangan, kita tidak menghargai dan menghormati diri pasangan, kita mengabaikan pasangan...

Bila kita kerap buat dia terasa, maka dtg fasa kedua iaitu...

2. Jauh hati.

Terasa tp tak dipujuk...terasa tp dibiarkan mcm xde apa2...rasa sedih dgn perbuatan ataupun tersinggung dgn ucapan pasangan...bila cuba utk cari penyelesaian, selalunya akan berakhir dgn pergaduhan...ego sentiasa memenangi perbalahan...jauh hati adalah kekecewaan yg dihimpun, terasa yg dipendam, luka yg dibiarkan...

Bila terlalu b*k rasa jauh hati dgn pasangan, maka seterusnya hadir fasa hati yg terakhir...

3. Tawar hati.

Puncak kepada segala rasa yg terbuku didlm hati sejak drpd terasa hati dan jauh hati...tawar hati ialah keadaan hati yg dah penuh dgn parut...keadaan dimana dah tak rasa apa2 lagi dah dgn perbuatan atau ucapan pasangan...dah tak kisah bab perasaan, dah tak peduli bab emosi...hati dah mati dek kerana kesakitan yg berulang kali...had hati utk menerima kesakitan tu dah smpai limitnya...

Fasa ni yg paling bahaya sbb kebanyakan hubungan akan terputus bila hati dah tawar utk meneruskan hubungan tu...

Yg ajaibnya, b*k pujukan dan kesedaran semasa di fasa tawar hati tapi tidak di fasa terasa dan jauh hati...bila keadaan hati tu dah di fasa terakhir, maka xb*k yg boleh kita lakukan...

Hati itu mgkin akan dibawa pergi utk selamanya 😊✌️

Kredit: Firdaus Syakirin

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka ...
17/01/2022

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,

1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,

1. Marah anak.
2. 'Pukul' anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.

Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,

1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.

Rasanya macam baru saja dia lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.

Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?

Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka p**a.

Jadi ibu ayah sekalian.

Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.

1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.

Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.

Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama..
Kredit to owner

Anak lelaki kita,Biar dibiasakan mengurus keluarga. Dari urusan mengemas, mencuci dan juga mengurus para ahlinya.Biar ke...
04/01/2022

Anak lelaki kita,
Biar dibiasakan mengurus keluarga.
Dari urusan mengemas, mencuci dan juga mengurus para ahlinya.

Biar kelak bila sudah berkeluarga,
Tidaklah kekok membina dan menguruskan keluarga bersama isteri mereka.

Tidaklah tersipu-sipu bila terpaksa menenangkan anak yang meragam.
Tidaklah malu menyuci pinggan mangkuk selepas makan.
Tidaklah segan menyidai pakaian di pagar rumah.
Tidaklah terkial-kial mengemop lantai.
Tidaklah geli mencebuk berak anak.
Tidaklah dia rasa mengurus anak-anak dan rumah, urusan isteri semata-mata.

Anak lelaki kita,
Perlu diajar sejak kecil mengurus keluarga.
Jangan ditunggu sudah dewasa baru mahu diajarkan mereka.
Lagi parah jika si isteri terpaksa lakukan semua.

Anak lelaki kita,
Perlu diajar dan dilatihkan kita.
Agar mereka tidak lokek masa, tenaga dan wang yang ada,
Untuk keluarganya.

Sungguh besar tanggungjawap kita untuk kembali latihkan anak-anak lelaki kita agar menjadi pemimpin yang diredhaiNya.

~Ada Syurga Di Bawah Bumbung Rumah Kita~

Kredit:ummu naufal

Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian HidupWaktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk ...
01/01/2022

Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup

Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.

Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family.

Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
- Kereta mula meragam
- Rumah mula nak bocor sana sini
- Yuran sekolah anak makin naik
- Mula banyak orang benci kita
- Hubungan dengan mertua
- Isteri mula merungut tak cukup makan
- Suami stress gaji kena potong
- Rumahtangga mula goyang
- Badan mula sakit sana sakit sini
- Badan dah tak fit
- Bawa kereta cepat mengantuk
- Hutang keliling pinggang
- Ah Long mula kejar
- Hubungan adik-beradik mula renggang

Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?

Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.

Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”

Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.

Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.

Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!

Hassan Adli

Jiwa Tenang

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)Dia memiliki penampilan diri yang m...
10/12/2021

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK

1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.

2. Lisanun Na'imah (tutur bahasa yang indah)
Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.

3. Qolbur Rahmah (hati yang menyenangkan)
Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.

4. Shodrul Muftihah (lapang dada)
Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.

5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)
Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.

Semoga kita sentiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama'.

Jadikanlah,
Yang indah itu budi.
Yang lembut itu hati.
Yang tipis itu benci.
Yang tebal itu iman.
Yang tajam itu akal.
Yang baik itu sifat.
Yang manis itu senyuman.
Yang rapat itu persaudaraan.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

Credit: kalam_dakwah

DOSA YANG DITANGGUNG LELAKI- LELAKI BUJANG Menanggung Dosa Sendiri Apabila sudah baligh..Sedangkan Dosa Anak gadis Ditan...
20/11/2021

DOSA YANG DITANGGUNG LELAKI

- LELAKI BUJANG Menanggung Dosa Sendiri Apabila sudah baligh..Sedangkan Dosa Anak gadis Ditanggung p**a oleh Bapanya..

- LELAKI YANG MENIKAH Menanggung Dosa sendiri..Dosa isteri..Dosa anak Perempuan Yang Belum kahwin dan Dosa anak Lelaki yang belum Baligh...

- Hukum Menjelaskan..Anak Lelaki Bertanggung Jawab pada Ibunya..dan Sekiranya dia tidak Menjalankan Tanggung Jawabnya Maka dosa baginya Terutama anak Lelaki yang paling Tua..Manakala Perempuan tidak...Perempuan Hanya perlu taat kepada Suaminya...

- Isteri Yang berbuat baik Mendapat pahala.. kalau Berbuat tak Baik Dosanya Ditanggung P**a oleh Suaminya...

- Suami wajib Memberi Nafkah pada isteri..Tapi isteri Tidak...
Walaupun Begitu isteri boleh Membantu...Tak Layak bagi Suami Bertanya Pendapatan isteri Lebih-lebih lagi Menggunakan Pendapatan isteri Tanpa izin..

- Diakhirat kelak, Seorang lelaki akan Dipertanggung Jawabkan Terhadap 4 wanita ini Isterinya..Ibunya..Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya...

- Banyak Lagi yang Harus Ditanggung oleh Lelaki, Lebih-lebih lagi Yang bergelar Suami.. Kalau Dibayangkan Beratnya Dosa-dosa yang Ditanggungnya seperti Gunung dengan Semut..

- Itu sebabnya Mengikut kajian..Nyawa orang perempuan lebih Panjang Daripada lelaki.. Lelaki màti Cepat Kerana Tak tahan Dengan beratnya Dosa-dosa yang ditanggung..
Kita Sebagai insan Takkan Dapat Lari dari Qadha dan Qadhar dari Allah..

- Nyawa dan Jasad ini hanya Dipinjamkan oleh-Nya...Suatu hari nanti Pasti kita Akan kembali Menghadap yang Esa...
Kita sendiri tidak Tahu Apakah nasib kita di Akhirat kelak...Apakah yang Bakal kita Hadapi bila kita Ditanya oleh Kedua Malaikat...

Buat Anak Perempuan/Wanita yg Bergelar Isteri, marilah kita Sama2 Ringankan Beban Kaum Adam 😊 Mulailah Dari Menutup Aurat kita.
Buat Kaum Adam,,,,Didiklah Kaum hawa Di Jalan Yg Di Redhai Oleh Allah Dgn Penuh Kelembutan Dan Kasih Sayang 😊.
Sama2,Saling membantu, sama2 Saling Mengingatkan.

- Semuanya Kuasa Allah..
Kita berserah kepada-Nya dan Semoga “Perjalanan” kita ke “sana” akan diterangi dengan Cahaya-Nya…INSYAALLaH…

Semoga bermanfaat 🙏😊

Aamiin ♥

Kredit : Dalamislamcom

1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasaka...
16/11/2021

1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.

2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.

3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum p**ang ke rumah. Bawa p**ang positif vibe ke rumah.

4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.

5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.

6. Bila anak tantrum, s**a menangis menjerit. S**a rosakkan barang rumah, s**a usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.

Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.

Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.

Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.

Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.

Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik. Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.

Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.

Kredit: hajar syazwan

TIDAK ADA SUAMI YG JUJUR🥺Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bosnya.?Taukah dirimu kalau suamimu mung...
03/11/2021

TIDAK ADA SUAMI YG JUJUR🥺

Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bosnya.?

Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering mendapat hinaan di luar sana.?

Taukah dirimu mungkin suamimu bahkan baru saja mempertaruhkan nyawanya demi dirimu dan anak" mu.

Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering menahan lapar demi dapat bawa p**ang wang.

Sebelum engkau cemberut padanya,,,
Hitung lah dulu telah berapa juta titis keringat yang diperjuangkannya.

Sebelum engkau marah padanya,,,
Tataplah lekat-lekat matanya, mungkin tanpa kamu sadari mata itu telah banyak mengeluarkan air mata demi melihat dirimu tersenyum 😊 😞

Ketahuilah
Bila sampai hari ini dia belum dapat memenuhi segala keinginanmu, itu hanya kerana faktor keadaan.

Tak seorang pun kepala keluarga yg tidak ingin melihat keluarganya bahagia.
Sebelum engkau marah kepadanya, lihatlah dan renungkan lah apa yg telah dilakukan oleh seorang suami.

Betapa suamimu sudah kerja keras banting tulang demi memenuhi kebutuhan keluarganya.

Sebagian ayah tak pandai menceritakan kepedihannya pada anak istrinya, ia telan sendiri.
Ia tak mau anak istrinya tahu betapa susahnya ia berjuang.. Ia hanya ingin anak istrinya bangga terhadap dirinya, terhadap pekerjaannya..

Untuk para ayah di mana pun berada.
Smoga lelahmu menjadi berkah,

Amiin ya Allah🤲🏻
Kredit: Rhival Yhosep

👉🏻 PEREMPUAN di uji di DUNIA- Kena pakai TUDUNG.- Kena pakai STOKIN.- Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA.- Kena banyak FIT...
25/10/2021

👉🏻 PEREMPUAN di uji di DUNIA
- Kena pakai TUDUNG.
- Kena pakai STOKIN.
- Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA.
- Kena banyak FITNAH.
- Kena TAAT perintah SUAMI.
- Kena menjaga MARUAH DIRI.
- Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS.
👉🏻 Tapi di AKHIRAT.
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti.
👉🏻 LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia :
- Tidak payah pakai TUDUNG.
- Tidak payah pakai STOKIN.
- AURAT senang di jaga.
- Tidak risau dengan FITNAH.
- MUDAH nak buat apa sahaja.
👉🏻 Tapi di AKHIRAT :
- Tanggung dosa DIRI SENDIRI.
- Dosa ISTERI.
- Dosa ANAK-ANAK.
- Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat.
- Dosa tidak beri NAFKAH.
- Dosa tidak menjaga PANDANGAN.
- Dosa ADIK-ADIK.
- Dosa sesama MANUSIA.
- Dosa tidak SOLAT.
SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di DUNIA.
LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL.
.
Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH.
.
Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN .
Semoga bermanfaat

Simple tetapi mendalam
23/10/2021

Simple tetapi mendalam

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka ...
20/10/2021

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,

1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,

1. Marah anak.
2. 'Pukul' anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.
Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,

1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.
Rasanya macam baru saja dia lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.
Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka p**a.
Jadi ibu ayah sekalian.

Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.

Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama..
Kredit : jom_dakwah

Address

4750-B, KG DUSUN, Jalan BAYAM
Kota Bharu
15200

Telephone

0199996099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smutar Basement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share