05/09/2024
Berkaitan masalah aliran tunai Intel.
Dalam dunia industri semikonduktor, sebenarnya bukan hanya melibatkan syarikat Intel dan AMD sahaja. Intel memiliki "patent" untuk "x86 architecture" (32bits), manakala AMD memiliki "patent" untuk "x86_64 architecture" (64bits). Berdekad, di bawah perjanjian bersama, Intel dan AMD bersaing secara sihat untuk CPU.
Untuk CPU, Intel generasi ke 13 dan 14 mengalami masala, yang memberi kelebihan kepada pesaing AMD.
https://www.theverge.com/2024/7/26/24206529/intel-13th-14th-gen-crashing-instability-cpu-voltage-q-a
Namun industri semikonduktor juga sekarang banyak berkembang sekitar peranti mudah alih, yang rata-rata banyak guna "ARM architecture". Intel pernah nak bersaing, tetapi Atom (cip x86 Intel) gagal buat impak. Syarikat (Apple, Nvidia, Broadcom, Intel, etc) banyak yang reka produk mereka berdasarkan binaan ARM.
Lebih menarik, pendatang baru "RISC-V architecture" juga semakin mendapat tempat dalam industri.
Intel rekabentuk dan hasilkan produk semikonduktor di kilang sendiri, yang kita panggil syarikat "semiconductor fab". "Fab" merujuk kepada istilah "fabrication". Manakala banyak syarikat semikonduktor yang hanya tumpu pada rekabentuk, yang kita panggil syarikat "semiconductor fabless". Jadi syarikat "fabless" ini akan cari syarikat "semiconductor foundry", di mana Intel adalah salah satu.
Pada tahun 2021, Intel buat keputusan cuba buka "foundry" kepada syarikat lain, terutama syarikat "fabless" untuk cabar penguasaan syarikat Taiwan, TSMC yang banyak terima tempahan berkaitan binaan ARM. Samsung di tangga kedua. Di China p**a, syarikat semikonduktor tempatan banyak guna perkhidmatan SMIC. Persaingan "foundry" p**a berkaitan teknologi pemampatan transistor, yang kita selalu dengar istilah 7nm, 12nm...
Di Malaysia, kita ada syarikat "foundry" ini, contoh Silterrra, tetapi hanya mampu ada teknologi >90nm kalau tak silap.. Jadi klien pun biasa2 la mungkin.
https://www.silterra.com/
https://www.malaysiastock.biz/Blog/BlogArticle.aspx?tid=24716
Cuma strategi "foundry" Intel gagal mungkin sebab kurang permintaan..
Untuk industri semikonduktor, kita tak bercakap lagi pasal teknologi mesin "EUV lithography", yang mana dipelopori oleh syarikat Belanda, ASML. Syarikat "foundry" perlukan mesin ini, di mana buat masa ini hanya mesin ASML (kalau tak silap) yang membolehkan "foundry" capai teknologi 7nm. Jadi TSMC sedar berkaitan ini, dan buat tempahan banyak. Intel terlampau yakin dengan mesin sendiri, sehinggalah baru-baru ini Intel buat tempahan dengan ASML, dengan kos sangat tinggi. Mungkin ini yang memberi impak kepada aliran tunai Intel.
https://www.tweaktown.com/news/98185/intel-places-orders-to-secure-all-of-asmls-high-na-euv-machines-built-this-year/index.html
https://www.trendforce.com/news/2024/07/01/news-price-for-asmls-hyper-na-euv-rumored-to-double-causing-tsmc-samsung-and-intel-to-hesitate/