17/04/2021
Alhamdulillah. Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Firdaus Press Kota Bharu Centre (KBC) telah menjemput seorang Technologist dan juga Technopreneur yang banyak menyumbang kepakaran beliau di dalam dan luar negara dalam solusi digital dan teknologi menjadi panel penceramah di Firdaus Press (KBC).
Beliau adalah Tuan Effendy Zulkifly yang juga merupakan Blockchain Architect bertaraf antarabangsa dan Pengarah Biro Latihan dan Pendidikan, Malaysia Industry Forward Association yang terdiri dari keahlian syarikat-syarikat hebat di kalangan pemain Industri 4.0.
Di acara 'Tech Tarik 4.0 : Diskusi Buku' ini, beliau akan membahaskan sebuah buku akademik terbitan Springer yang berkaitan teknologi dari perspektif Islam.
Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada para pendengar nanti. Acara dibuat secara jemputan khas dan tertutup kerana pematuhan kepada SOP kerajaan dan tempat yang terhad.
Namun rakaman ulangan akan disiarkan di Facebook Firdaus Press KBC setelah selesai acara.
Terima kasih atas sokongan kepada Firdaus Press Kota Bharu Centre.