03/12/2025
A good read. Bila otai bersuara😎
RAHSIA GELAP KENAPA KEDAI SURRENDER BILA CPU LAPTOP HANGUS ☠️
Pernah tak rasa sakit hati bila hantar laptop repair, technician check dua tiga hari, lepas tu dia call bagi jawapan yang paling kita takmau dengar: "NO FIX"?
Bila tanya pasai apa, dia jawab "CPU Short" atau "CPU Dead".
Mesti dalam hati terdetik, "Aik? Tukar ja la CPU tu. Takkan tu pun tak reti? Kedai repair kot..."
Jadi, betul ka kedai tu tak reti atau ada sebab lain?
Sebenarnya, bila CPU laptop rosak, tu bukan sekadar kerosakan biasa. Tu ibarat satu perangkap maut untuk bisnes repair. 😭
Perangkap ni berpunca dari macam mana dunia pembuatan cip ni berfungsi.
Dalam dunia komputer, hanya ada dua pembuat chip cpu, iaitu INTEL dan AMD. (Apple kita tolak tepi, tapi konsep depa pun sama ja).
Desktop CPU menggunakan jenis LGA (Land Grid Array) atau PGA (Pin Grid Array). Kedua-dua ni jenis cpu yang boleh cabut dan pasang pada motherboard desktop.
Jadi Intel dan AMD jual chip cpu depa kepada distributor. Kita boleh pi kedai PC dan beli processor seketul dalam kotak.
Untuk laptop, cip cpu adalah jenis BGA (Ball Grid Array) yang kena solder terus ke motherboard. Intel/AMD anggap ni sebagai "non-serviceable part" untuk end-user. Jadi, depa tak ada insentif nak buat packaging runcit.
Cip ni HANYA dihantar direct dari kilang Intel/AMD ke kilang pemasangan motherboard macam Quanta, Compal, Wistron, Foxconn yang buat laptop untuk Dell, HP, Acer dll.
Jadi, dari mana kedai repair nak dapat stok CPU laptop seketul-seketul ni?
Biasanya sumber dari Grey Market di China, ada dua jenis utama:
1. FACTORY OVERSTOCK
Kilang pasang laptop (OEM) kadang-kadang ada lebihan stok cip yang terlepas ke pasaran luar ikut pintu belakang. Stok ni dikenali sebagai cip baru atau NEW OLD STOCK. Stok ni sangat rare dan harga dia selalunya keras.
2. REBALLED / REFURBISHED
Ini yang paling banyak bersepah kat pasaran China. Cip ni dicabut dari motherboard laptop yang rosak tapi kondisi CPU tidak diketahui dan selalunya DIANGGAP hidup oleh supplier.
CPU ni dibersihkan, di-reball, dan dijual balik. Stok ni dikenali sebagai REBALLED CPU. Risiko paling besar bagi stok ni adalah kita tak tau keadaan CPU tu macam mana, samada OK ataupun TAK OK.
Bila kita faham dua sumber kat atas tu, baru kita nampak beban yang kedai kena tanggung.
Isu dia bukan setakat pasang cip ja, tapi siapa yang nak tanggung kerugian bila benda tak jadi?
A. Polisi "Soldered = Void"
Supplier Grey Market CPU di China ada peraturan standard:
"Warranty valid only for dead-on-arrival (DOA). Once soldered/mounted on PCB, no return/refund."
Maksudnya warranty daripada supplier hanya valid jika CPU yang diterima tu rosak sebelum pemasangan, contohnya bila kita tengok bawah microscope ada kesan crack pada DIE cpu atau pun ada kesan menggelembung (popcorn) pada bawah CPU.
Tapi, warranty akan VOID apabila kita dah pasang CPU tu.
Depa buat macam ni sebab depa tak tau skill technician yang pasang CPU tu. Kalau technician set profile suhu mesin BGA salah sampai cip tu rosak, depa tak nak tanggung.
Jadi sebaik saja kedai letak flux dan panaskan cip tu, risiko berpindah 100% dari supplier kepada kedai tadi. Kalau pasang siap tapi tak hidup, duit hangus.
B. Risiko Beli Factory Overstock
Kalau jumpa stok ni, harga modal dia memang tinggi melangit sebab barang original dan baru. Masalahnya, supplier tetap pakai polisi "No Warranty After Soldering".
Kalau kita beli modal RM500, pasang-pasang tak hidup, duit RM500 tu hangus macam tu saja. Kedai rugi total.
C. Risiko Beli Reballed
Kalau beli yang reballed p**a, harga murah sikit, tapi ibarat main judi. Kita tak tau CPU tu dah berapa kali buka dan pasang pada motherboard sebelum ni.
Kalau nasib baik dapat cpu yang OK lepas pasang, kalau nasib tak baik dapat CPU yang TAK OK lepas pasang. Kadang-kadang tu, lepas pasang OK, tapi lepas seminggu customer pakai, CPU tu mati.
Jadi, kesemua keadaan ni, pusing pi, pusing mai, memang merugikan kedai.
Bila kedai ambik job tukar CPU, kedai sebenarnya bertindak sebagai syarikat insurans.
Katakan kedai caj RM500. Modal cip RM250. Kalau CPU tu boleh pakai selepas pasang pun, dalam tempoh waranti sebulan cip tu "kong", kedai kena keluar lagi RM250 untuk beli cip ganti.
Untung yang daripada RM250 tadi dah bertukar sekelip mata jadi RM0. Tu tak campur masa technician yang buat kerja lagi.
Sebab tu banyak kedai pilih "No Fix". Risiko rugi tu 200% lebih tinggi dari potensi untung.
💡 MORAL OF THE STORY:
Bila kedai bagitau "No Fix" untuk masalah CPU, tu bukan sebab depa malas atau tak pandai. Tapi sebab tiada jaminan kualiti dari pembekal cip, dan risiko tu terlalu besar untuk diletakkan atas bahu customer dan kedai.
✅ TIPS KALAU TERKENA "CPU DEAD":
1. Tukar Motherboard Terus: Cari motherboard secondhand yang elok satu set. Ini lagi selamat sebab kita tau kondisi motherboard dan CPU tu.
2. Kira Susut Nilai: Kalau kos repair dah cecah 50% daripada harga market laptop tu, baik kuburkan saja dan beli laptop baru.
Jadi lepas ni, kalau dengar "CPU Rosak", kita tau dah kenapa technician muka kerut seribu. 😅