NADI Kampung Tamu Darat

NADI Kampung Tamu Darat "Created to Create"

KITA LAKAR REKOD BERSAMA! NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simu...
18/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

15/09/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera- Makluman Penutupan Sementara Operasi -NADI Kampung Tamu Darat akan ditutup sementara ...
30/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
- Makluman Penutupan Sementara Operasi -
NADI Kampung Tamu Darat akan ditutup sementara pada ketetapan yang tertera sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
NADI akan beroperasi semula pada 01 September 2026 (Selasa)
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

🌫️ Ketika jerebu, utamakan kesihatan diri dan keluarga.Hadkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya, gunakan peli...
30/08/2026

🌫️ Ketika jerebu, utamakan kesihatan diri dan keluarga.
Hadkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya, gunakan pelitup muka yang sesuai apabila perlu serta pastikan udara di dalam rumah kekal bersih. 💧😷
Ambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan dan keselamatan bersama. 💙

🌫️ Ketika jerebu, utamakan kesihatan diri dan keluarga.

Hadkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya, gunakan pelitup muka yang sesuai apabila perlu serta pastikan udara di dalam rumah kekal bersih. 💧😷

Ambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan dan keselamatan bersama. 💙




🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾NADI PEKAN KOTA BELUD X NADI KAMPUNG TAMU DARATJom kita semarakkan bulan kemerdekaa...
28/08/2026

🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾
NADI PEKAN KOTA BELUD X NADI KAMPUNG TAMU DARAT

Jom kita semarakkan bulan kemerdekaan dengan aktiviti sihat, meriah dan penuh semangat patriotik! 💪🇲🇾

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi – 11.00 Pagi
📍 NADI Pekan Kota Belud

🎉 ANTARA AKTIVITI MENARIK:
🏃‍♀️ Senamrobik beramai-ramai
📸 Sesi bergambar & pengambilan video
🍽️ Sarapan pagi UNTUK 50 PESERTA TERAWAL
🎨 Pertandingan Mewarna (6–9 tahun)
🖥️ Pertandingan Membuat Poster Menggunakan Canva (10–12 tahun)
❤️ Saringan kesihatan & pameran mySalam Hospital Kota Belud

🎨 PERHATIAN PESERTA PERTANDINGAN MEWARNA:
Peserta diminta untuk membawa alat tulis dan pensel warna sendiri.

📢 Jangan lepaskan peluang untuk sertai program ini!
Ajak keluarga, anak-anak dan rakan-rakan. Mari bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan menyemarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾🔥

Jumpa anda di NADI Pekan Kota Belud! 💙💛❤️






10/08/2026

Pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI terus digerakkan, merangkumi bantuan rakyat, infrastruktur, keselamatan, teknologi, pendidikan dan bekalan air. 🇲🇾

Antara perkembangan 3–9 Ogos 2026 termasuk pelaksanaan BUDI95, pemasangan lampu solar, potensi Ultra 5G serta projek bekalan air luar bandar di Sabah. 📌




10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
07/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.
"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
07/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!
Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.
"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





Kepada pelanggan yang merancang untuk memasang solar PV di rumah, ini peluang keemasan anda! ☀️Nikmati rebat sehingga RM...
24/07/2026

Kepada pelanggan yang merancang untuk memasang solar PV di rumah, ini peluang keemasan anda! ☀️

Nikmati rebat sehingga RM3,000 menerusi program Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home yang kini sedang berlangsung! ✨ Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui cara-cara untuk memohon serta syarat kelayakan 🔍

Untuk maklumat lanjut, layari www.mytnb.com.my/renewable-energy/solar-accelerated-transition-action-programme

*Tertakluk kepada terma dan syarat serta peruntukan Program SuRIA Home

Address

Kota Belud
89158

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+60195353927

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Tamu Darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kampung Tamu Darat:

Shortcuts

Share