Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Sri Lukut

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Sri Lukut Kerajaan melalui MCMC telah menubuhkan NADI untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar kolektif.

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

✨ Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 ✨Alhamdulillah, selesai sudah Program Senam Sihat MADANI Merdeka anjuran NADI ...
29/08/2026

✨ Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 ✨

Alhamdulillah, selesai sudah Program Senam Sihat MADANI Merdeka anjuran NADI Kampung Sri Lukut!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir, turut serta dan memeriahkan program pada hari ini. 🥰👏🏻

Terima kasih atas semangat dan tenaga yang luar biasa! Semoga program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim serta menggalakkan kita semua untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.

🇲🇾 Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 69! 🇲🇾





13/08/2026
09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

TAKWIM BULANAN NADI KAMPUNG SRI LUKUT OGOS 2026
04/08/2026

TAKWIM BULANAN NADI KAMPUNG SRI LUKUT OGOS 2026

08/07/2026

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, memudahkan urusan harian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Orang ramai boleh merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tepat.


TAKWIM BULANAN NADI KAMPUNG SRI LUKUT JULAI 2026
03/07/2026

TAKWIM BULANAN NADI KAMPUNG SRI LUKUT JULAI 2026

26/06/2026

“Generasi Muda - Aku Kasih Malaysia"

TAKWIM BULANAN NADI KAMPUNG SRI LUKUT JUN 2026
03/06/2026

TAKWIM BULANAN NADI KAMPUNG SRI LUKUT JUN 2026

03/06/2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2563587




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Komunikasi

19/05/2026

Address

Kg Sri Lukut, Kahang
Kluang

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162253865

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Sri Lukut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share