Rizlen Gadget

Rizlen Gadget *๐™‡๐˜ผ๐™‹๐™๐™Š๐™‹/๐™‹๐˜พ
*๐™Ž๐™ˆ๐˜ผ๐™๐™๐™‹๐™ƒ๐™Š๐™‰๐™€
*๐™‰๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‰๐˜ฟ๐™Š/๐™‹๐™Ž๐™‹/๐™‹๐™Ž๐™‘๐™„๐™๐˜ผ
*๐™‹๐™Ž4/๐™‹๐™Ž3
*๐™‹๐™๐™„๐™‰๐™๐™€๐™
(1)

Makluman kepada semua pelanggan Rizlen Gadget! ๐Ÿ“ขโœจKedai kami akan bercuti sementara atas urusan luar bermula 22 September...
22/09/2026

Makluman kepada semua pelanggan Rizlen Gadget! ๐Ÿ“ขโœจ

Kedai kami akan bercuti sementara atas urusan luar bermula 22 September hingga 30 September. Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada 1 Oktober.

Sebarang pertanyaan atau urusan repair boleh mesej kami terlebih dahulu dan akan dibalas sebaik sahaja kami kembali beroperasi. Terima kasih banyak atas kefahaman dan sokongan korang semua! ๐Ÿ™

19/09/2026

PS4 Fat ni memang terkenal dengan macam-macam penyakit BLOD, disc tak baca, port HDMI barai, paling femes kipas melolong macam jet. Semua ni punca dari reka bentuk lama dia yang aliran udara kurang cun.
Macam kes abang ni, dia terus serah pada kami sebab konsol hidup kejap je lepas tu padam sendir punca PSU dah nak arwah. Paling sedih, puncanya sebab cooling fan tambahan kat belakang tu dah mati! Bila kipas tu jem, dia terus sekat angin panas keluar sampai haba terperap kat dalam. Aksesori macam ni kalau jalan elok memang tolong sejukkan, tapi bila rosak, dia jadi pembunuh senyap konsol korang. Rajin-rajinlah rasa casing tu panas luar biasa ke tak, baru tahan lama console nak bantai game.

18/09/2026

Tengah syok bantai game rdr2 tiba-tiba Arthur ngan kuda dia jalan sendiri ke gaung gara-gara DualSense PS5 kena drift bikin koyak betul, jadi terus kita bedah dan upgrade tukar ke analog Hall Effect yang guna sensor magnet bila takde benda bergeser kat dalam, settle terus masalah dan lepas ni memang tahan lasak gila payah nak rosak lagi, jimat duit takyah pening kepala nk beli controller baru seketul lepas nih! ๐ŸŽฎ๐Ÿงฒ

16/09/2026

Luaran nampak berkilat, habuk pun nampak sikit je, tapi tak bermakna dalaman dia selamat.
Ramai ingat kalau tak berhabuk tak payah servis, padahal thermal paste boleh jadi keras macam kapur, atau liquid metal dah mula kering dan bertompok lari dari cip. Haba tak dapat keluar elok jugak sudahnya. Bila dah sampai masa tu servis jelah, jangan tunggu cip panas terbakar baru nak menyesal.

15/09/2026

Kami akan Cuba untuk repair dulu sebarang kerosakan part dulu tapi kalau dh kami tidak MAMPU kami akan suggest customer untuk Tukar new part. Terima kasih kerana Percayakan kami untuk baik pulih consol anda. ๐Ÿ™

14/09/2026

Berbaloi ke simpan atau baiki balik PS4 lama? Sebenarnya kalau setakat rosak kecil macam port HDMI atau kipas, rugi sangat kalau biar berhabuk jadi tukun.
Lagi-lagi kalau firmware konsol tu jenis yang boleh kena jailbreak, nilai pasaran dia sekarang boleh melambung sampai RM800 - RM1,200 tau, lagi mahal dari unit biasa! Jadi sebelum rasa nak letgo murah-murah atau buang tepi, semak dulu versi sistem kat dalam tu .

13/09/2026

Setiap kali servis PS4, memang kami lerai habis semua barang sampai bogel kecuali dua benda: power supply dengan blu-ray disc drive selagi takde rosak apa-apa.
Bukan apa, disc drive ni nak bukak memang senang tapi risiko dia besar banyak spring kecik dengan gear halus yang sensitif, silap sikit nanti terus takleh sedut CD. Jadi kalau elok je, kami cuma cuci luaran dan untuk power supply kami tembak angin bagi habuk terbang keluar , baru selamat konsol kitow.

12/09/2026

Customer datang kedai bagitahu dia tengah pulun training sebab nak masuk tournament FC24 tak silap, tapi semalam tiba-tiba perasan player dalam game boleh gerak ke kanan je, nak pusing ke kiri memang keras tak jalan langsung. Bila kami buka check guna software, memang sah confirm analog dia kena drift teruk gila sampai belah kiri tu langsung tak cover input mati terus ( boleh tengoh dekat awal video tu ). Jadi kami pun bedah tukar analog baru kat dalam tu, settle terus masalah abang ni dan bolehlah dia sambung training balik dan untuk abang tu semoga champion yer hahaha ๐Ÿ‘!

11/09/2026

Tengok kipas PS4 ni, nak hidup segan mati tak mahu, gerak sikit-sikit terketar macam ni tanda motor dalam tu dah 'K.O.' dan langsung tak mampu nak pusing! Kalau dibiar paksa main lagi, haba terperap kat dalam silap-silap boleh jem cip APU terus mati tak boleh hidup. Terpaksalah kita bedah tukar kipas baru seketul biar dia pusing laju sedut angin balik, barulah sejuk beku dan selamat konsol nak bantai game!

Address

Pt 985D, Kampung Paya Lada, Kadok
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rizlen Gadget posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rizlen Gadget:

Shortcuts

Share