NADI Kg Baru Kemasik

NADI Kg Baru Kemasik Menyediakan Perkhidmatan Internet, Print, Photostat, Binding. **kelas ict dan keusahawan secara percuma Keterangan Lanjut :



No Telefon : 0162638526

Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Baru Kemasik adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya pagel ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Digi.

12/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

📚 Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

👕 Program Pakaian Sekolah NADI
✅ Harga istimewa untuk Ahli NADI
✅ Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
✅ Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
✅ Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

📍 Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
📱 Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
✋🏻 Malaysia Madani




12/08/2026
Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dal...
12/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!

11/08/2026

MAHA 2026 KEMBALI LAGI!
Pameran pertanian terbesar negara kembali
menghimpunkan inovasi, teknologi, warisan,
agropelancongan dan pelbagai pengalaman menarik
dalam satu destinasi.
� 28 Ogos hingga 6 September 2026
� 10.00 pagi hingga 10.00 malam
� MAEPS Serdang, Selangor
Terokai inovasi. Raikan warisan. Cipta kenangan
bersama di MAHA 2026.
Layari laman sesawang MAHA 2026 di
www.mahaofficial.com.my.
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)
Jumpa anda di sana!




MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
11/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh
dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan
teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang
kepada anda untuk melihat transformasi industri
pertanian dalam memastikan kestabilan serta
keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif
dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan
mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri
perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan
agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan
digabungkan bagi menjanjikan kepuasan
pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
� 28 Ogos – 6 September 2026
�10.00 pagi – 10.00 malam
�MAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk
meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya
pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor
agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita
semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA
2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan
hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa
hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi
Keterjaminan Makanan.
“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
11/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN
AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA)
2026 KINI KEMBALI!
Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA
2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan,
inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor
agromakanan negara di satu lokasi.
� 28 Ogos – 6 September 2026
� 10.00 pagi – 10.00 malam
� MAEPS Serdang, Selangor
Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari,
pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian
moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan,
hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti
menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Daripada pameran interaktif, jualan produk agro,
demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan
hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya
dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA
2026!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian
daripada pameran pertanian terbesar negara yang
bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri
agromakanan Malaysia, malah memperkukuh
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
keterjaminan makanan demi masa depan negara.
“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

08/08/2026
PERTANDINGAN NADI E- SUKAN MADANI LEGEND ( PERINGKAT NEGERI TERENGGANU)08/08/2026
08/08/2026

PERTANDINGAN NADI E- SUKAN MADANI LEGEND ( PERINGKAT NEGERI TERENGGANU)

08/08/2026

Address

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL
Kemasik
24200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162638526

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Baru Kemasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg Baru Kemasik:

Shortcuts

Share