24/09/2026
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini memasuki fasa Ujian & Pentauliahan. Pelbagai kerja persediaan pengoperasian sedang giat dilaksanakan melibatkan tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di sepanjang jajaran dari Kota Bharu ke Gombak.
Aspek kesiapsiagaan operasi ini amat penting bagi memastikan perkhidmatan komersial ECRL yang bakal bermula dalam masa terdekat dapat beroperasi dengan lancar, selamat, serta menepati piawaian keselamatan tertinggi.
Pihak ECRL menasihatkan orang ramai, khususnya komuniti yang tinggal berhampiran jajaran ECRL, agar sentiasa mematuhi tanda amaran dan dilarang melintasi landasan rel atau menceroboh kawasan stesen sewenang-wenangnya.
Utamakan keselamatan nyawa anda. Tindakan pencerobohan di sepanjang jajaran ECRL bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah merupakan suatu kesalahan undang-undang yang boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa.