Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Semarak Binjai

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Semarak Binjai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah bertujuan mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan masyarakat.

Intipati Belanjawan 2027 untuk rakyat yang membawakan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk rakyat, merangkumi kos sara h...
10/10/2026

Intipati Belanjawan 2027 untuk rakyat yang membawakan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk rakyat, merangkumi kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Jom ikuti tayangan siaran langsung BELANJAWAN 2027 di NADI TAMAN SEMARAK BINJAI pukul 3.30 ptg ini..
09/10/2026

Jom ikuti tayangan siaran langsung BELANJAWAN 2027 di NADI TAMAN SEMARAK BINJAI pukul 3.30 ptg ini..

Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, secara langsung di NADI seluruh negara.

📅 Jumaat, 9 Oktober 2026
⏰ 3.30 petang
📍 NADI seluruh negara

Jom Singgah ke NADI berhampiran dan ikuti pembentangan Belanjawan 2027. 🇲🇾

Takwim NADI TAMAN SEMARAK BINJAI bagi bulan Oktober 2026..
03/10/2026

Takwim NADI TAMAN SEMARAK BINJAI bagi bulan Oktober 2026..

28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, kami menzahirkan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Al-Fatihah. 🤲🏻

CYBERJAYA, 7 September 2026 – YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, hari ini meluncurkan Galeri Usahawan NADI ...
08/09/2026

CYBERJAYA, 7 September 2026 – YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, hari ini meluncurkan Galeri Usahawan NADI di Lobi Menara 1, MCMC.
Galeri ini menghimpunkan pelbagai produk usahawan NADI dari seluruh negara sebagai platform promosi dan jualan secara fizikal, sekali gus memperluas akses pasaran serta meningkatkan keterlihatan produk tempatan.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut berkesempatan melawat galeri tersebut selepas menghadiri Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik PKD–NADI yang diadakan di MCMC, Cyberjaya.

Cyberjaya, 7 September 2026 – Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), ...
08/09/2026

Cyberjaya, 7 September 2026 – Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pusat Komuniti Desa (PKD), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berlangsung hari ini di MCMC, Cyberjaya.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini menjadi platform penyelarasan dan perbincangan strategik antara MCMC, Kementerian Komunikasi dan KKDW bagi memperkukuh kerjasama antara NADI dan PKD, termasuk meneliti fungsi, kemudahan serta sumber sedia ada untuk mengenal pasti potensi sinergi yang dapat memberi manfaat lebih besar kepada komuniti.
Sesi pembukaan turut diserikan dengan ucapan oleh YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, diikuti YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyampaikan amanat kepada para peserta bengkel.

Takwim NADI TAMAN SEMARAK BINJAI bagi bulan September 2026
04/09/2026

Takwim NADI TAMAN SEMARAK BINJAI bagi bulan September 2026

🇲🇾💪 SEMARAK SEMANGAT MERDEKA! | SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 💪🇲🇾Alhamdulillah, selesai sudah Program Senam Sihat Mada...
30/08/2026

🇲🇾💪 SEMARAK SEMANGAT MERDEKA! | SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 💪🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 yang berlangsung penuh meriah di Gelanggan Futsal Padang Awam Binjai pada Sabtu, 29 Ogos 2026! 🎉🇲🇾

Lebih membanggakan, program ini turut menjadi sebahagian daripada Misi Cipta Rekod Bersama yang melibatkan penyertaan serentak menerusi 1,099 rangkaian NADI di seluruh Malaysia dalam usaha mencipta rekod untuk Malaysia Book of Records (MBOR). 🏆🇲🇾

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua peserta, komuniti setempat serta semua pihak yang hadir, membantu dan memberikan sokongan. ❤️

Terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan program ini! 🥰

Sihat bersama, aktif bersama, semangat Merdeka bersama! 🇲🇾💪

12/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

📚 Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

👕 Program Pakaian Sekolah NADI
✅ Harga istimewa untuk Ahli NADI
✅ Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
✅ Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
✅ Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

📍 Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
📱 Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
✋🏻 Malaysia Madani

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI
Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.
Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.
Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:
•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.
Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.
Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.

Address

No 820P BAWAH Jalan AIR PUTIH BGN KEDAI PMINT KG BATU 4, BINJAI(hadapan Perumahan Rumah Murah Binjai)
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Semarak Binjai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share