23/05/2024
Truecaller mengumumkan kelak aplikasi mereka boleh menjawab panggilan telefon bagi pihak pemilik dengan menggunakan suara sebenar mereka. Ciri ini diberikan nama Personal Voice. Truecaller akan bekerjasama sama dengan Microsoft Azure AI Speech bagi merealisasikan ciri Ini. Pengguna Truecaller mengkases Personal Voice menerusi AI Assistant dan kemudian melatih model AI dengan membaca beberapa baris perkataan yang diberikan oleh aplikasi. Selepas dilatih, ia akan menjadi pengganti pemilik dan menjawab telefon apabila diperlukan. Sepanjang masa transkrip akan dipaparkan pada skrin telefon supaya pemilik boleh melakukan pilihan untuk menjawab panggilan yang penting.