Perpustakaan Bergerak E-Pustaka Perlis

Perpustakaan Bergerak E-Pustaka Perlis Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak PPANPS merupakan salah satu medium utama sebagai penggalak tabiat membaca dan pencarian maklumat untuk orang ramai.

Perkhidmatan Yang Disediakan:

-Bahan Bacaan
-Pendaftaran Ahli
-Peminjaman Buku
-Multimedia
-Internet

SEJARAH PERPUSTAKAAN BERGERAK DI PERLIS.Sehingga tahun 2012, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempuyai 3 buah ...
06/02/2023

SEJARAH PERPUSTAKAAN BERGERAK DI PERLIS.

Sehingga tahun 2012, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis mempuyai 3 buah perpustakaan bergerak yang memberikan perkhidmatan di seluruh negeri Perlis. Perpustakaan bergerak ini memberikan perkhidmatan seminggu sekali di setiap hentian.

Sambutan daripada masyarakat setempat adalah amat menggalakkan. Perkhidmatan bas bergerak ini mencakupi segenap pelosok desa dan sekolah – sekolah di sekitar Negeri Perlis dengan menyediakan bahan – bahan bacaan yang sesuai untuk semua golongan penduduk selain memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar untuk merealisasikan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang pertama telah dilancarkan pada 17 Jun 1980 oleh YAB Datuk Jaafar Hassan, Menteri Besar Perlis ketika itu. Sejak lebih 30 tahun diwujudkan, perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat.

SUMBER:perlislib.gov.my

Jika tidak sahih,jangan sebar.
06/02/2023

Jika tidak sahih,jangan sebar.

Perhatian kepada rakyat Malaysia. Andakah anda rasa anda malas nak manjawab whatsapp dan mula mengasingkan diri? Anda su...
03/01/2022

Perhatian kepada rakyat Malaysia. Andakah anda rasa anda malas nak manjawab whatsapp dan mula mengasingkan diri? Anda sudah tiada rasa keseronokan untuk buat kerja yang anda s**a? Anda berasa lemah lesu tidak bermaya.

Ini mungkin menunjukkan kesihatan mental anda kembali bermasalah.

Cari seseorang yang anda percayai dan rapat untuk berbual untuk meluahkan rasa yang terbuku diminda. Sekiranya ia berpanjangan dan mula menjejaskan rutin harian anda, dapatkan bantuan segera.

Pada yang ingin mengetahui status kesihatan mental anda, bolehlah menjawab soalan dass di laman web http://tinyurl.com/ramlidass

Jom baca tips menerima sumbangan. Apa jua makanan yang anda terima, lakukan 3 perkara ini.Terima kasih   Sumber: Bahagia...
29/12/2021

Jom baca tips menerima sumbangan. Apa jua makanan yang anda terima, lakukan 3 perkara ini.

Terima kasih





Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

DERITA TUMIT TINGGI1 dalam 3 pengguna kasut tumit tinggi akan mengalami masalah ini dan risiko tercedera juga berganda. ...
29/12/2021

DERITA TUMIT TINGGI

1 dalam 3 pengguna kasut tumit tinggi akan mengalami masalah ini dan risiko tercedera juga berganda.

✅ Otot di belakang betis akan memendek, dan otot di hadapan akan memanjang. Keadaan ini akan mengakibatkan kekuatan otot terjejas

✅ Pemakaian kasut tumit tinggi juga mengakibatkan tekanan kepada sendi lutut. Dalam tempoh masa panjang, ia akan mengakibatkan radang dan kesakitan kronik.

✅ Akibat saiz kasut yang kecil dan sempit, jari kaki di bahagian tengah akan membengkok. Jari ini tidak mampu lurus walaupun tidak memakai kasut. Keadaan ini di namakan sebagai "Hammer toes".

✅ Tulang jari yang sering terhimpit akan membentuk radang yang menggalakkan pertumbuhan luar biasa tulang kaki. Tulang ini akan semakin membesar membentuk Bunion.

TIADA APA yang boleh dilakukan untuk menghentikan wanita dari memakai kasut tumit tinggi, apa yang boleh di lakukan untuk meminimakan kecederaan dan kasakitan;

1. Sentiasa lakukan senaman regangan kaki.

2. Lakukan senaman untuk menguatkan otot bahagian hadapan kaki. Contohnya, mengutip barang menggunakan jari kaki.

3. Lakukan latihan untuk keseimbagan badan. contohnya berdiri sebelah kaki untuk tempoh 30 saat

4. Berehat setiap kali berjalan menggunakan kasut tumit tinggi.

5. Elakkan memakai kasut tumit tinggi dengan kerap.

6. Pastikan saiz kasut sesuai dan tidak terlalu kecil

7. Pilih kasut yang memiliki tapak yang lebih tebal.

8. "Listen" , dengar apa yang badan anda katakan, jika berasa sakit, elakkan membeli dan memakai kasut tersebut walau betapa GOJES-nya kasut itu!

SALAM SEMUA... Saya Farhana Zainuddin dengan rendah diri nak tawarkan perkhidmatan RETORT SECARA PERCUMA untuk mana-mana...
28/12/2021

SALAM SEMUA...

Saya Farhana Zainuddin dengan rendah diri nak tawarkan perkhidmatan RETORT SECARA PERCUMA untuk mana-mana usahawan, NGO yang nak infaq makanan Ready To Eat ke mangsa banjir di Selangor, Pahang dan negeri-negeri yang terjejas..

Kami ada mesin retort yang boleh muatkan 500 pek dalam 1 masa, maksimum pengeluaran sehari 2000 pek, cuma kami tiada kekuatan untuk sediakan dan packing makanan..

Antara contoh makanan Ready To Eat boleh dibuat, sambal bilis, sambal ayam, nasi goreng, nasi putih dan lain-lain yang bersesuaian..

Dengan adanya produk retort ni, mangsa banjir boleh buka dan makan pada bila-bila masa tanpa perlu panaskan..

Mana-mana yang berminat untuk membuat infaq tersebut boleh hubungi saya.

Farhana: 019-4524610
Lokasi: MARA Halal Park Kuala Perlis

Boleh war-warkan..

Jom layari U-pustaka..
21/12/2021

Jom layari U-pustaka..

Jom pakat-pakat mai ke Perpustakaan Kanak-Kanak kerana kita akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena Cuti Sekolah bermu...
21/12/2021

Jom pakat-pakat mai ke Perpustakaan Kanak-Kanak kerana kita akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena Cuti Sekolah bermula 22 Disember 2021, Rabu jam 3.00 petang. Hadiah disediakan.
Adik-adik perlu mematuhi SOP seperti memakai pelitup hidung dan mulut, penjarakan SOP dan sebagainya. Sekiranya mempunyai gejala seperti demam, selesema, batuk adalah dilarang untuk ke perpustakaan.

🌺 Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🌺Rezeki adalah kurniaan yang Allah beri kepada kita. Rezeki tak semestinya :-1. Duit2...
21/12/2021

🌺 Assalamualaikum dan Selamat Pagi 🌺

Rezeki adalah kurniaan yang Allah beri kepada kita.

Rezeki tak semestinya :-
1. Duit
2. Harta
3. Pangkat
4. Kekayaan
5. Kemasyhuran

Rezeki boleh datang dalam :-
1. Pelbagai cara
2. Pelbagai bentuk
3. Bila-bila masa

Rezeki itu datang sebab :-
1. Kita cari
2. Allah nak bagi
3. Kamu pernah memberi

Kita tak boleh ramal, kita hanya boleh beramal jariah.

Assalamualaikum.. Selamat Pagi
21/12/2021

Assalamualaikum.. Selamat Pagi

Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala bencana dan perkara yang tidak diingini. Aamiin.. ✨🤲Hati-hati ya semua....
20/12/2021

Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala bencana dan perkara yang tidak diingini. Aamiin.. ✨🤲
Hati-hati ya semua. ❤️

Salam Zohor kawan-kawan
20/12/2021

Salam Zohor kawan-kawan

Address

Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Bergerak E-Pustaka Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perpustakaan Bergerak E-Pustaka Perlis:

Share