Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta Terletak di Batu 13, Jalan Lama Benta-Kuala Lipis.

Asalnya adalah Kem PGA, sebelum ditukar fungsi menjadi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Benta pada tahun 1996. Page ini adalah sebagai wadah perantara secara elektronik antara Jabatan atau Agensi Kerajaan yang lain dan masyarakat luar dengan PUSPEN Benta.

📢 PENGUMUMAN 📢Assalamualaikum w.b.tUntuk makluman kepada semua yang berkenaan, penangguhan Sesi Lawatan Keluarga pada 22...
26/06/2026

📢 PENGUMUMAN 📢

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman kepada semua yang berkenaan, penangguhan Sesi Lawatan Keluarga pada 22hb Jun 2026 - 28hb Jun 2026 dilanjutkan lagi sehingga 5hb Julai 2026 dan akan dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menurut pegawai kesihatan, tindakan ini penting bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak demam influenza dan memberi ruang kepada penghuni untuk mendapatkan rehat yg secukupnya. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

19/06/2026

📢 PENGUMUMAN 📢

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman kepada semua yang berkenaan, Sesi Lawatan Keluarga pada 22hb Jun 2026 - 28hb Jun 2026 ditutup sementara dan akan dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Selamat datang ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta Sekalung tahniah dan salam penuh penghormatan kepada T...
06/05/2026

Selamat datang ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta

Sekalung tahniah dan salam penuh penghormatan kepada Tuan Mohd Azizi bin Salleh atas pelantikan sebagai Pengarah Puspen Benta bermula 4 Mei 2026.

Kami seluruh warga kerja Puspen Benta sungguh berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Tuan Azizi sebagai peneraju baharu, dengan keyakinan bahawa kepimpinan ini akan terus memperkukuh serta memacu kecemerlangan dan nilai integriti dalam setiap aspek perkhidmatan.



Berasah parang bersepuh lama, Menjadi senjata pahlawan handal, Segala cabaran ditempuh bersama, Pendeta berbakti jasanya...
05/05/2026

Berasah parang bersepuh lama,
Menjadi senjata pahlawan handal,
Segala cabaran ditempuh bersama,
Pendeta berbakti jasanya ditinggal.

30 April 2026 menjadi detik kenangan perpisahan bagi warga kerja Puspen Benta bersama Tuan Haji Rosland Bin Hussen yang mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Latihan AADK (PLAK) bermula Mei 2026.

Terima kasih di atas segala jasa dan teladan baik yang telah dicurahkan. Seluruh warga kerja mengucapkan syabas, tahniah serta mendoakan perjalanan kerjaya beliau dan semoga Allah merahmati beliau dalam segala yang diusahakan. Aamiin.

Bismillahirrahmanirrahim.. Seluruh warga kerja PUSPEN BENTA mengucapkan, 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada semua.Sem...
19/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim..

Seluruh warga kerja PUSPEN BENTA mengucapkan,

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada semua.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat kita semua.

23/12/2025

MAKLUMAN

GANGGUAN/KEROSAKAN TALIAN TELEFON PUSPEN BENTA

UNTIK SEBARANG URUSAN BOLEH EMEL KEPADA
[email protected]

Harap maaf, terima kasih.

Address

Batu 13, Landasan Terbang Benta, Jalan Lama Benta-Kuala Lipis
Kampong Budu
27300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093230408

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share