12/10/2026
🚨 BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN, JANGAN INGAT BOLEH TERUS GUNA WALI HAKIM YA!
Ramai yang mungkin masih keliru tentang perkara ni. 🤔
Bukan semua situasi membolehkan seseorang pengantin perempuan terus menggunakan wali hakim. Antaranya apabila tiada wali nasab, wali ghaib, wali tidak dapat dihubungi, wali enggan atau melibatkan anak tak sah taraf.
📌 Paling penting, setiap kes perlu melalui proses dan penilaian pihak mahkamah terlebih dahulu. Penggunaan wali hakim hanya boleh diteruskan selepas mendapat kelulusan yang sewajarnya.
Jadi, kalau korang atau ahli keluarga sedang merancang perkahwinan dan berdepan situasi macam ni, dapatkan nasihat daripada Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah negeri masing-masing.
Jangan tunggu saat akhir baru nak uruskan, ya! 💍
Save & share posting ni supaya lebih ramai bakal pengantin tahu. 🤎