MHS Brothers Services

MHS Brothers Services See what lies ahead with a broad & enthusiastic view...

26/07/2026

π—œπ—‘π—¦π—£π—œπ—₯π—”π—¦π—œ | π—›π—”π—™π—œπ—­ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑, π——π—˜π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—£ π—¦π—˜π— π—˜π—¦π—§π—˜π—₯ π——π—œ π—”π— π—˜π—₯π—œπ—žπ—” 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—žπ—”π—§

Ramai masih beranggapan bahawa seorang hafiz al-Quran hanya mampu menceburi bidang keagamaan.

Namun, kisah kejayaan Muhammad Rujhan Najib membuktikan tanggapan itu tidak lagi relevan.

Beliau merupakan seorang hafiz al-Quran dan pelajar tajaan MARA yang berjaya menamatkan pengajian di The Pennsylvania State University (Penn State), Amerika Syarikat, selain menerima Anugerah Dekan pada setiap semester sepanjang pengajian.

Perjalanan beliau tidak terhenti di bilik kuliah.

Di Malaysia, beliau berkhidmat sebagai Policy Research Intern di Bahagian Perancangan Strategik MARA dan menyumbang cadangan dasar dalam sektor pendidikan.

Di Amerika Syarikat p**a, beliau membina pengalaman sebagai Machine Learning Engineer bersama NittanyAI Advance dan Project Green Thumb.

Beliau kemudian meneruskan penyelidikan dalam bidang Machine Learning di National University of Singapore (NUS) menerusi Program IRIS.

Mengimbas kembali perjalanan itu, Muhammad Rujhan merakamkan penghargaan kepada MARA yang bukan sahaja menyediakan biasiswa, malah membuka ruang untuk beliau menyumbang kembali kepada institusi yang telah banyak membentuk perjalanan akademik dan profesionalnya.

β€œSaya ingin merakamkan penghargaan yang tulus kepada MARA atas sokongan biasiswa yang diberikan sepanjang pengajian saya…”

Kisah Muhammad Rujhan membuktikan bahawa hafazan al-Quran dan penguasaan teknologi boleh bergerak seiring. Dengan disiplin, ilmu dan peluang yang dimanfaatkan sebaiknya, beliau membuktikan seorang hafiz mampu melakar kecemerlangan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan menyumbang kepada pembangunan negara.


Address

Kajang

Telephone

+60176182797

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MHS Brothers Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MHS Brothers Services:

Shortcuts

Share