20/11/2025
How to train a world champion in mobile app development?
Baru-baru ini saya berpeluang membantu persediaan akhir wakil Malaysia ke WorldSkills Asia seorang peserta berusia 21 tahun yang akan bertanding dengan pesaing hebat dari negara gergasi seperti China, Korea dan Chinese Taipei.
Pengalaman ini membuat saya tertanya-tanya: Bagaimana kita boleh melahirkan lebih ramai anak muda Malaysia yang mampu bersaing — dan menang — di peringkat dunia pada usia 21 tahun?
Pada pandangan saya, perjalanan ini perlu bermula jauh lebih awal. Untuk menjadi juara dunia pada usia 21 tahun, seseorang pelajar mungkin perlu menjadi juara kebangsaan seawal usia 19 tahun. Ini bermakna pengesanan bakat dan latihan berstruktur mesti bermula di peringkat sekolah menengah, sebelum masuk universiti.
Kita sudah ada platform awal yang baik seperti Malaysia Techlympics, MYdigitalmaker, dan sekolah khusus seperti DIP di Malaysia Digital Economy Corporation Permata Pintar.
Satu lagi sumber bakat penting ialah pelajar terbaik dan berprestasi tinggi dalam mata pelajaran Sains Komputer, yang biasanya menunjukkan kemahiran awal dalam penyelesaian masalah, pemikiran algoritma dan kreativiti teknikal.
Golongan ini juga perlu dikenal pasti dan dibimbing melalui laluan pembangunan kemahiran yang jelas.
Langkah seterusnya ialah memastikan bakat-bakat ini disalurkan ke ekosistem latihan yang sesuai — contohnya di institusi seperti FTMK UTeM — untuk mempersiapkan mereka ke standard antarabangsa.
Saya ingin dengar pandangan anda:
Apa lagi yang Malaysia perlu lakukan untuk membina aliran bakat muda bertaraf dunia secara konsisten?