Twin Systems Sdn Bhd

Twin Systems Sdn Bhd Twin Systems Sdn Bhd was incorporated in 16 March 2011 by a group of IT
professionals.

Selamat Hari Pekerja 2026! 💪🇲🇾Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berjuang dan berbakti, anda adalah Jan...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026! 💪🇲🇾
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berjuang dan berbakti, anda adalah Jantung Keluarga dan Nadi Negara.
Pekerja MADANI KESUMA Bangsa!
Ikhlas, daripada seluruh warga Twin Systems sdn. bhd. 🤝



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari ...
20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan keberkatan buat kita semua.

Aidilfitri bukan sekadar kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga ruang untuk kita memperkukuh silaturahim, memaafkan kesilapan, dan meraikan kebersamaan.

Moga setiap langkah kita dipenuhi dengan rahmat Allah, dan setiap senyuman menjadi pengikat kasih sayang antara keluarga, sahabat, dan masyarakat.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H



MASA DEPAN KESELAMATAN DAN KESAHIHAN DATADalam dunia digital yang semakin kompleks, isu keselamatan dan kepercayaan terh...
01/03/2026

MASA DEPAN KESELAMATAN DAN KESAHIHAN DATA

Dalam dunia digital yang semakin kompleks, isu keselamatan dan kepercayaan terhadap data menjadi semakin kritikal. Dua konsep utama yang kini mendapat perhatian besar ialah Confidential Computing dan Digital Provenance.

Secara ringkas Confidential Computing ialah teknologi yang melindungi data-in-use — iaitu data semasa sedang diproses dalam sistem. Manakala Digital Provenance p**a merujuk kepada kemampuan untuk mengesahkan asal-usul dan ketulenan data atau kandungan digital.

Gabungan Confidential Computing dan Digital Provenance bukan sekadar trend, tetapi keperluan. Bisnes yang mengutamakan kedua-dua aspek ini akan lebih dipercayai oleh pelanggan, sentiasa bersedia dengan ancaman siber, dan lebih kompetitif dalam pasaran global yang menekankan privasi dan integriti data.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami;
Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1447H. Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kekuatan, dan ilham b...
18/02/2026

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1447H. Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kekuatan, dan ilham baharu dalam setiap langkah kita. Dari kami Twin Systems sdn bhd, ikhlas mengucapkan selamat berpuasa...



Pada bulan lepas, kami sepasukan ada menjalankan kerja pembekalan barang-barang untuk kelengkapan fotografi di UiTM Shah...
10/02/2026

Pada bulan lepas, kami sepasukan ada menjalankan kerja pembekalan barang-barang untuk kelengkapan fotografi di UiTM Shah Alam. Antara kelengkapan yang dibekalkan adalah seperti lampu studio, softbox pelbagai saiz, dan beberapa aksesori fotografi.

Setiap peralatan diperiksa dengan teliti untuk memastikan kualiti, fungsi, dan kesediaan sebelum ia boleh digunakan oleh staf media dan pelajar fotografi. Proses ini bukan sekadar proses teknikal, tetapi usaha bersama dalam memastikan kelengkapan yang dibekalkan berada dalam keadaan terbaik. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami;

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)



Selamat menyambut Malam Nisfu Syaban! 🌙 Jom kita sama-ama perbanyak istighfar, doa, dan sedekah. Semoga kita semua dalam...
02/02/2026

Selamat menyambut Malam Nisfu Syaban! 🌙 Jom kita sama-ama perbanyak istighfar, doa, dan sedekah. Semoga kita semua dalam lindungan-Nya. Selamat beribadah! ✨



Dalam dunia digital masa kini, kestabilan dan kelajuan internet menjadi keperluan asas bagi setiap isi rumah dan pejabat...
01/02/2026

Dalam dunia digital masa kini, kestabilan dan kelajuan internet menjadi keperluan asas bagi setiap isi rumah dan pejabat. Namun, masalah “dead zone” atau kawasan tanpa liputan Wi-Fi sering berlaku, terutamanya di rumah bertingkat atau pejabat yang besar. Di sinilah Wi-Fi Mesh Router memainkan peranan penting.

Wi-Fi Mesh Router ialah sistem rangkaian tanpa wayar yang menggunakan beberapa unit router kecil (node) untuk membentuk satu rangkaian tunggal. Setiap node berfungsi sebagai pemancar isyarat, memastikan liputan internet lebih luas dan konsisten di seluruh ruang rumah atau pejabat.

Antara ciri utama Mesh Router;
• Liputan menyeluruh: Tiada lagi kawasan “blind spot” kerana setiap node saling berhubung.
• Pengurusan pintar: Sambungan peranti dialihkan secara automatik ke node terdekat untuk kelajuan optimum.
• Mudah dipasang: Hanya perlu sambungkan node tambahan tanpa konfigurasi rumit.
• Reka bentuk moden: Saiz kecil dan estetik, sesuai diletakkan di ruang tamu atau bilik kerja.

Wi-Fi Mesh Router ialah pelaburan bijak bagi sesiapa yang mahukan pengalaman internet lancar tanpa gangguan. Dengan teknologi mesh, setiap sudut rumah atau pejabat boleh menikmati kelajuan dan kestabilan yang sama, menjadikan kerja, hiburan, dan komunikasi lebih mudah. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami;

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)



Pihak kami telah menjalankan kerja pemasangan peranti ZK Smart AC1 di Balai Bomba Larkin sebagai sebahagian daripada ini...
23/01/2026

Pihak kami telah menjalankan kerja pemasangan peranti ZK Smart AC1 di Balai Bomba Larkin sebagai sebahagian daripada inisiatif peningkatan keselamatan dan kecekapan operasi. Peranti ini berfungsi sebagai terminal kawalan akses pintar yang menyokong pengesahan tanpa sentuhan melalui pengecaman wajah, cap jari, tapak tangan, kad dan kata laluan.

ZK Smart AC1 direka dengan teknologi pengecaman wajah berasaskan cahaya tampak dan algoritma anti-spoofing yang canggih, mampu mengesan wajah dari jarak sehingga 2 meter dengan sudut pengesanan sehingga 30 darjah.

Dengan pemasangan ini, Balai Bomba Larkin kini dilengkapi sistem kawalan akses yang lebih moden dan selamat, sejajar dengan keperluan operasi kritikal dan pematuhan keselamatan. Kami komited untuk terus menyokong transformasi digital dalam sektor perkhidmatan awam melalui teknologi yang terbukti berkesan dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami;

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)



Generasi Gajet Sukar Dikawal?Dalam dunia yang serba mencabar kini, penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak dilihat sanga...
19/10/2025

Generasi Gajet Sukar Dikawal?

Dalam dunia yang serba mencabar kini, penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak dilihat sangat meluas sekali. Baik di mana sahaja kita berada pasti akan terlihat suasana atau keadaan di mana kanak-kanak leka menonton video atau bermain gajet. Sehingga ada yang sanggup tidak mahu makan atau melakukan lain-lain aktiviti kerana terlalu seronok dengan interaksi dan hiburan daripada gajet yang digunakan.

Keadaan seperti ini adalah sangat membimbangkan. Sekiranya dibiarkan kemungkinan pendedahan jangka masa panjang dari kandungan dalam aplikasi atau sosial media akan membentuk sahsiah dan karakter seorang kanak-kanak berlaku tanpa kawalan yang sewajarnya.

Saranan supaya tidak memberikan langsung akses gajet ini kepada mereka mungkin bukan satu langkah yang bijak memandangkan perkembangan pendidikan yang memerlukan teknologi maklumat berjalan seiring dengan peredaran masa.

Walaupun begitu, ada sesuatu yang kita boleh lakukan untuk memantau atau menyekat konten tertentu daripada diakses oleh mereka. Buat tetapan PARENTAL CONTROL pada peranti/gajet anak-anak sebelum menyerahkannya kepada mereka. PARENTAL CONTROL – Salah satu fitur keselamatan yang boleh disesuai dan diaktifkan untuk mengawal pengalaman pengguna/anak anda diinternet dan aplikasi digital.

Berikut antara ciri-ciri PARENTAL CONTROL;
1. Menetapkan had masa skrin/penggunaan gajet
2. Menapis kandungan sesuai mengikut umur
3. Melihat laporan ringkas aktiviti penggunaan gajet
4. Menyekat aplikasi pilihan untuk akses dan muat-turun

Secara asas, sila lihat gambar untuk cara tetapan PARENTAL CONTROL. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami;

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)



Hari ini, kami amat berbesar hati dapat membekalkan 40 unit headset dan perkakasan-perkakasan komputer lainnya bertujuan...
17/09/2025

Hari ini, kami amat berbesar hati dapat membekalkan 40 unit headset dan perkakasan-perkakasan komputer lainnya bertujuan melancarkan tugasan, komunikasi dan produktiviti di Bangunan Yayasan Pelajaran Johor, Larkin Jaya, Johor.

Semak spesifikasi pembekalan kami sebagai rujukan;

Brand: Heatz
Model: ZG28
Type: Transparent wired gaming headset
Connectivity: 3.5mm audio jack and USB
Speaker: 50mm
Microphone: Flexible, noise-canceling, 6.0x5.0mm in size
Cable: 2-meter PVC
Earmuffs: Leather and mesh
Headwear: Adjustable, PVC pipe, steel, and stretchable sheath
Light Effect: Three-color static RGB
Frequency Response: 20Hz-20KHz
Weight: 315g

Headset berkualiti dan selesa amatlah penting di pejabat kerana ia membantu meningkatkan fokus, mengurangkan gangguan bunyi sekitar, dan memastikan komunikasi yang jelas semasa mesyuarat atau panggilan kerja. Dengan penggunaan jangka masa panjang, keselesaan ergonomik juga memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan dan produktiviti staf.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan — sokongan anda adalah inspirasi kami untuk terus menyediakan solusi teknologi terbaik. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di:

Twin Systems Sdn Bhd
TG-F-06, UTM-MTDC, Technology Center II,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor
https://wa.me/+60136755710 (Airie)
https://wa.me/+60127246944 (Shahrizan)
https://wa.me/+60177039473 (Rahmat)



Address

TG-F-06, UTM-MTDC TECHNOVATION PARK II
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6075204562

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Twin Systems Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Twin Systems Sdn Bhd:

Share